Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Serimuka Jagung

Salam semua,

Lambat lagi kita bersiaran hari ni. Ni pun kira sambil2 buat dissertation tetiba teringat pulak nak update blog. Hee..memang time2 kena buat kerja lah baru tetiba teringat nak update pong....

Neway, ini pun kira resipi tertangguh je sebab buat dah lama tapi baru nak update hari ni. Resipi ni kira ubahsuai dari resipi asli serimuka pandan atau Puteri Salat. Resipi ni dapat dari dapur Citarasawan. Memang tak mengecewakan lah outcome kuih ni. Lemak2 je rasa dia dan tak terlalu manis.

Ok, jpm tengok resipi.




Kuih Serimuka Jagung
Sumber : Kak Wan 

Lapisan Atas
100gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
200gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat KARA
300 ml air
1/4 teh pewarna kuning jika suka
1/2 tin jagung cream
Loyang 10 x 10"



Cara Binaan :-

1. Lapisan Bawah : Cuci beras pulut dan toskan.  Kukus dgn bahan-bahan lapisan bawah selama 1/2 jam (sehingga masak)
2. Angkat pulut, gaul sebati dan tekan ke dalam loyang yang di alas dengan plastik hingga padat. Ketepikan.
3. Lapisan Atas : Sebatikan semua bahan lapisan atas, kecuali jagung cream.  Whisk dan tapis. Kemudian masukkan jagung cream, gaul rata dan tuangkan ke dalam lapisan bawah. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus 1/2 jam lagi.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pisau plastik yang telah disapu dgn sedikit minyak.



Hmm...memang sedap kuih ni, tapi memang tak boleh lawan lah kuih serimuka asli (pandan). Tapi bagi yang gemar makanjagung macam ah kak ni, ok je. Selamat mencuba.



Tuesday, June 19, 2012

Kuih Getas

Salam semua,

Hari ni dapat semangat baru sikit. Tak tau ler semangat datang dari mana tapi kira tengah berkobar2 lah nak mulakan persediaan membuat Dissertation yang tinggal lagi 2 bulan lebih nak kena hantar ni. 

Neway, hari ni kita share resipi Kuih Tradisi lagi. Kuih ni memang kuih kegemaran ah kak tapi bukan semua orang suka sebab agak manis ala2 kuih keria tapi dari di buat dari pulut. Memang dah lama cari resipi kuih ni, last2 jumpa kat dapur CTDelima. Tq lah kak Siti sebab berkongsi resipi kuih ni dan kali ni kita kongsi pulak kat sini. Cuma rupa kuih getas kak CT nampak lagi mengancam dari kuih getas ah kak ni meaybe sebab bahan yang ada pun lebih kurang je...:)

Kuih Getas
Sumber : Dari Dapur CT

Bahan binaan :-

250 g tepung pulut
150 g kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam

Bahan Sira :-

3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara Binaan :-

1. Campur tepung pulut, kelapa dan garam, kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

2. Kepalkan adunan kepada bulat2 kecil dan leperkan (Ketebalan ikut citarasa)

3. Goreng hingga kekuningan dan ketepikan.

4. Untuk gula sira, didihkan air dalam kuali, kemudian masukkan gula, gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.

5. Bila gula agak pekat, kecilkan api, masukkan kuih yang telah di oreng tadi dan gaul rata. Bila gula agak mengeras, matikan api.


Ok, dah boleh di hidang untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba.

Saturday, April 21, 2012

Kuih Tiram




Salam bersiaran,


Oh nampaknya tuan tanah ni semakin malas bukan sebab tengah ibuk menyiapkan assignment, tapi memang penyakit M ni makin menjadi2 pulak lately ni. Assignment memang lah ke laut kan, lagi lah nak menghapdet blog ni.


Neway, sebelum blog ni makin bersawang, kita share resipi tertangguh ni ya. Kuih tiram ni sejenis kuih tradisi lah jugak kiranya. Ah kak ni memang gemar sangat lah kuih2 version bergula macam ni kan. Resipi ni dapat dari buku 'Belajar Memasak' oleh Norzailina Nordin. Beli buku ni sebelum nak datang London hari tu sebab semua resipi dalam buku ni kira kalau kat Malaysia memang gerenti tak buat sebab senang sangat nak dapat tapi bila dah jauh macam ni, semua kena buat sendiri so memang terbaik lah semua resipi dalam buku ni. Actually dah banyak juga resipi yang di cuba cuma tak berkesempatan nak hapdet je :)

Ok, jom tengok resipi.


Kuih Tiram
Sumber : Buku Belajar Memasak oleh Norzailina Nordin

Bahan binaan:-

500 g tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
160-180 ml air
50 g tepung ubi
90 ml minyak masak
secubit garam
Gula aising secukupnya
Minyak masak


Cara binaan :-

1. Masukkan telur dan air dalam mangkuk dan gaul hingga menjadi doh.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung ubi dan miyak masak hingga menjadi pes dan ketepikan.
3. Ambil sedikit doh, canaikan hingga nipis dan sapu pes tepung rata2 macam dalam gambar.
4. Gulung kemas secara memanjang.
5. Potong setebal 1.5 cm.
6. Canaikan nipis.
7. Goreng dalam minyak panas.
8. Bila keperangan, angkat dan tuskan..
9. Bila sejuk, gaul dengan gula aising.


Ok, dah siap, memang kaw lah buat kudap2 waktu petang. Selamat mencuba.


Monday, April 16, 2012

Kaswi Pandan


Salam bersiaran,

Hari ni tekak teringin nak makan kuih melayu pulak. So belek punya belek resipi, terjumpa lak gambar kuih kaswi. Memandangkan bekalan gula melaka pun dah tinggal sikit tapi daun pandan banyak lagi, so kita buat kuih kaswi pandan je lah.


Kuih kaswi pandan ni agak menyerlah sikit kaler hijau nya sebab campur lak dengan pewarna/perisa pandan cap kupoe2.


Alhamdulillah, menjadi kuih kaswi ku kali ni dan kuih ni sekali hadap je makan ngan bebudak tu. Suka rupanya makan kuih ni ya. Neway, resipi kuih ni dapat dari dapur Suzi. Dia buat dua version, pandan ngan blackmore (gula melaka lah tu).






Kuih Kaswi Pandan
Sumber : Dapur Suzi

Bahan Binaan :-

1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur makan
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja



Cara Binaan :-


1. Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.

2. Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.-saya guna acuan mufin, masa mengukus dipendekkan..dalam 15 minit je...

3. Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.

4. Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.

*Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..
 



Friday, March 9, 2012

Kuih Bakar Pandan


Salam semua,

Ohw...minggu ni memang not a good week for me as I'm still not stable. Kengkadang badan jadi panas tapi inside I feel so cold. Bila makan ubat, rasa sihat sikit tapi lepas tu jadi balik. Memang semua benda yang nak di buat rasa tak kena je. Dah lah minggu ni En. Hubby ada kerja kat luar, so memang lagi lah kelam kabut, mana nak membeli barang dapur, nak menghantar kek ke kedai dan macam2 lagi lah. Memang haru biru je rasanya minggu ni.


Ok, enuff of that. Today's recipe pun kira resipi tertangguh sebab kuih bakar ni buat masa majlis BBQ minggu lepas jugak. Btw, ini ler pertama kali buat kuih bakar ni, biasanya tengok my MIL je sebab my MIL memang buat berniaga kuih ni. Tapi tu lah kan, masa kat sana, tengok2 gitu je, kat sini baru terhegeh2 nak buat sebab ni pun kuih kegemaran En. Hubby dan bebudak kat rumah ni sebab memang dah selalu sangat makan kuih buatan embahnya ni.


So hari ni ah kak cuba lah buat kuih ni guna resipi yang sama macam yang my MIL buat cuma my MIL ni buat mana ada pakai sukat2, semua maian agak2 sebab dah biasa kan, tapi dia bagi sukatan anggaran untuk ah kak. Untuk resipi ni dapat dalam 3-4 keping sahaja kalau pakai acuan bahulu kemboja ni.

Ok, jom tengok resipi.


Kuih Bakar Pandan a.k.a Bahulu Kemboja
Sumber : Ibu Mertuaku :)

Bahan Binaan :

260 g tepung gandum
260 g gula
4 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air pandan
1 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan yang telah di sangai


Cara Binaan :-

1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Bancuh semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Bancuhan ni seakan-akan adunan kuih dadar.
3. Panaskan acuan dalam oven sebentar, keluarkan dan sapu sedikit minyak.
4. Tuang adunan dalam acuan 3/4 penuh dan tabur dengan bijan.
5. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.




Alhamdulillah, rasa dan tekstur memang sama macam yang my MIL buat cuma santan kat sini pakai santan dalam tin jadi kurang sikit lemaknya.

Selamat mencuba.

Saturday, February 25, 2012

Roti Jala Simple


Salam bersiaran,

Hari ni ada satu lagi Majlis Ilmu dan kali ni buat kat East Ham. Biasanya bila buat Majlis makan2 macam ni, kitprang akan pakat2 untuk bawak lauk atau masakan dari rumah masing2 buat tambah2 sebab nak harap semua tuan tanah yang sediakan memang pengsan lah kan. 

So hari ni ah kak bawak roti jala makan dengan kari daging ni selain 2 biji kek untuk sambutan Hari jadi pulak selepas habis majlis Yaasin tu nanti.


Roti jala ni memang sempoi je, resipi ibundaku. Kalau ikutkan umi memang tak pakai sukat2, semua main agak2 je. Tapi kat sini ah kak share kan resipi yang ada sukatan tapi cuma sebagai panduan. Kena agak2 sendiri untuk tengok tahap kecairan adunan roti jala tu.


Bahan binaan :-

2 cawan tepung gandum
sedikit garam
2 biji telur
1 1/2 cawan air (tambah lagi kalau terlalu pekat)
setitik pewarna kuning (lebih kurang)


Cara binaan :-

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Lagi elok kalau di blend supaya lebih cair dan mudah nak menjala :)
2. Dah siap, masukkan adunan dalam acuan roti jala dan bua pusingan diatas kuali non-stick.
3. Agak2 adunan dah masak, terus angkat dan gulung.


Dah siap. Simple kan. Boleh lah dimakan dengan kari daging atau ayam atau serawa durian atau sambal pun boleh.

Friday, February 24, 2012

Karipap Biasa vs Karipap Pusing


Salam bersiaran,

Antara kuih muih tradisi yang menjadi pojaan hati adalah karipap, tapi ah kak suka karipap pusing berbanding karipap biasa. Mungkin kerana karipap pusing ni di buat menggunakan dua jenis adunan tepung yang menjadikan kulitnya tu rapuh dan bila kena dengan inti kentang dan keledek memang wallah. My mum pulak suka karipap biasa je sebab dia malas nak menguli 2 jenis adunan tu. Hihi..macam2 kan. 


Neway, semalam kitorang joint venture buat karipap ni. Ah kak as usual lah mesti nak karipap pusing, so jenuhlah jugak mencanai doh tu kan. Resipi karipap ni pun ada macam2 jenis tapi dah berapa kali buat karipap ni, ah kak guna resipi dari Fotopages Rinchan ni. Yang bagusnya dia ada tunjuk step by step cara nak menguli doh karipap pusing tu.

As for the karipap biasa punya doh tu my mum tak guna apa2 sukatan, biasalah orang lama ni pakai agak2 je.



Karipap Pusing

Bahan binaan :-

1. Doh minyak

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan. 

Cara binaan Doh :-

1. Bulat2kan 2 jenis doh tadi. Doh minyak lebih besar dari doh marjerin.
2. Masukkan doh marjerin ke dalam doh minyak dan balutkan.
3. Gumpal doh kemas2 dan gelekkan di atas papan pencanai.
4. Gulung doh tadi seperti menggulung swiss roll.
5. Gelek semula doh tadi secara memanjang.
6. Gulung semula seperti menggulung swiss roll.
7. Potong setebal 1 cm.
8. Canai doh yang telah dipotong tadi.
9. Letakkan inti secukupnya dan kelim karipap.

For a detailed step by step picture boleh tengok kat SINI.




Inti keledek :-

2 biji ubi keledek, dipotong kiub (I used 1 kentang & 1 keledek)
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk (I guna daging)
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

Cara binaan :-

1. Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelakkan tumisan hangus.
2. Masukkan udang / daging, tumis lagi dan masukkan kentang /keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek..
3. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
  




Karipap Biasa

Bahan binaan :

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara Binaan :-

1. Di dalam satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulat2kan doh dan canai nipis. Kelim kemas dan boleh di goreng atau disimpan (frozen). 





Ok, dah pun siap. Kalau ikut resipi ni boleh dapat dalam anggaran 25 -35 biji karipap ikut size masing2 lah ya. Selamat mencuba.

Wednesday, February 22, 2012

Onde Onde a.k.a Buah Melaka



Salam bersiaran,

Ohw..hari ni takde menu yang spesel sebab agak busy dengan persiapan nak buat kek untuk En. Hubby punya birthday esok. So hari ni kita share salah satu resipi tertunggak lagi ya.


Seperti sedia maklum, ah kak memang sangat tak pandai nak buat kuih muih tradisional ni, yang pandai cuma makan je. Tapi disebabkan dah duduk jauh beribu batu ni, yang tak pandai pun boleh je jadi pandai. 

Ini ler first time dalam seumur hidup buat kuih onde onde atau buah melaka ni. Kalau tengok bahan binaannya memang senang sangat tapi kena cuba sendiri baru tau boleh buat ke tidak kan. Resipi ni tengok kat Fotopages Chef Hanieliza.



Bahan binaan : -

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja] 



Cara Binaan : -


1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.



Ok, dah pun boleh dimakan untuk hidangan petang atau pagi atau bila2 je lah. Selamat mencuba.


Thursday, February 9, 2012

Pulut Manis Pedas


Salam semua,

Kalau semalam kita makan kuih cucur badak, hari ni kita makan kuih lagi tapi kita makan pulut manis dengan pulut pedas pulak..amacam.....barulah balance ye tak. Ada manis, ada pedas.



Actually, inti cucur badak semalam masih ada balance lagi, so dari terbuang gitu je, baik lah kita jadikan dia benda yang boleh dimakan. Tak gitew???


So hari ni decide nak wat pulut manis ngan pulut pedas ni. Actually pulut pedas ni memang lah faberet ahkak dari kecik2 dulu sampai lah sekarang. Masa kecik2 dulu, asal bulan puasa je mesti kirim kat abah suruh beli kuih ni buat berbuka dan hampir setiap hari lah abah tak pernah mis beli kuih ni.

Tapi la ni, kalau nak makan, ha...ko buat lah sendiri nak ye... ok, jom tengok resipi. Oh ya, resipi pulut manis ni dapat dari blog Rencah Kehidupan ni, tapi yang pulut pedas tu resipi ikut resipi kuih badak kat SINI ya.



Bahan binaan :-

3 cawan pulut (di rendam semalaman)n- I guna 2 cawan je
100 ml santan ( I guna 175 ml)
sedikit garam

Bahan binaan inti :-

1/2 biji kelapa parut
3 sudu besar gula melaka (I guna molases sugar)
secubit garam
sedikit air (I tambah yang ni)


Cara binaan :- (My style)

1. Kukus pulut tadi bersama santan dan garam selama 1/2 jam atau hingga santan sekata dan pulut masak.
2. Untuk inti manis : Masukkan semua bahan inti dalam periuk dan kacau hingga pekat. Boleh tambah 1 sudu teh tepung jagung untuk bagi pekat, tak nak pun tak pe.


Untuk pulut manis:-

1. Kalau ikut resipi asal balut dalam daun pisang, tapi daun pisang nan ado, so ah kak letak inti kelapa manis dalam acuan jelly dan tekankan pulut keatasnya, kemudian terbalikkan.



Untuk pulut pedas :-

1. Kepal2 kan pulut buat bentuk bulat dan gaul dengan inti kelapa pedas tadi.


Ok, dah siap pun. Sebenarnya, bentuk pulut ni boleh ikut suka hati sendiri nak buat macam mana pun. Tak nak ada bentuk pun ok je, janji sedap dimakan. Selamat mencuba.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC