Showing posts with label Masakan Udang. Show all posts
Showing posts with label Masakan Udang. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Butter Prawn


Salam semua,

Hari ni kita share resipi butter prawn pulak. Actually butter prawn ni dah masak 2 ke 3 hari lepas tapi tak sempat2 nak update resipinya. Since hari ni rasanya banyak aktiviti lain yang nak di bereskan, so kita keluarkan lah resipi ni dari senarai menunggu blog post ni....Oh ya, kalau nak diikutkan memang banyak resipi butter prawn ni, tapi setelah di telek2, I decided to try out a few different recipe and combined it to suit my own style.

Bahan binaan :-

8 - 10 ekor udang besar dibuang kaki dan dikeringkan

Bahan A

1 sudu teh gula dan garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun (apa2 minyak pun boleh)

Bahan B

3 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar butter (untuk menggoreng)

Bahan C

1/2 biji bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih di cincang
1 tangkai daun kari
4 biji cili padi di hiris
2 sudu besar butter (untuk menggoreng)
1/4 cawan susu cair
Sedikit sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara Binaan :-

1. Perap udang dengan Bahan A selama 15 - 20 minit.
2. Goreng udang dalam minyak panas hingga masak, angkat dan tus kan minyaknya.
3. Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu besar butter (boleh campur sedikit minyak untuk mengelakkan telur menjadi hitam), masukkan bahan B. Cara masukkan telur : Sambil mengacau bancuhan telur dalam mangkuk, tuangkan ke dalam kuali dalam bentuk bulatan dan sentiasa dikacau mengikut bentuk bulatan hingga telur menjadi kuning keemasan, angkat dan tapis. (Tapi time ni main kacau je so tak nampak lah bentuk telur tu macam ala2 sarang gitew).
4. Panaskan lagi kuali dengan butter, masukkan bahan C dan masak hingga berbau harum. Masukkan udang tadi dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan telur tadi dan boleh diangkat dan dihidang.



Ok, dah pun siap. Memang nampak macam remeh nak buat butter prawn ni, sebab banyak step nak di buat, tapi sebenarnya mudah sangat. Selamat mencuba.

Thursday, January 26, 2012

Wantan

Salam semua,

Hmm...sebenarnya dah lama niat nak buat wantan ni sebab teringat2 masa makan kat Restoran Chan Abdullah kat Bangi dulu, sedap wantan dia. So last week lagi dah beli kulit wantan ni cuma slot masa je yang tak cukup nak masak wantan ni. Since hari ni masak simple je, so kita buat appetiser sekali.


Sebenarnya tak lah susah mana nak buat wantan ni, cuma buat isinya aje sebab kulitnya boleh beli yang dah siap. Neway, wantan ni boleh di goreng atau masak dalam sup. So, hari ni buat 2 version, separuh letak dalam sup bayam untuk bebudak makan dan lagi separuh buat goreng.


Bentuk wantan ni pun kita boleh buat ikut suka hati kita je cuma bentuk yang biasa ialah bentuk yang ala2 sup bunjut tu. Tapi hari tu masa tengok Masterchef Professional kat sini nampak diorang buat bentuk ala2 kipas ke sampan ni, nampak menarik sangat, so kita pun cuba lah. Tak susah sangat nak buat apa2 bentuk pun sebab kulit wantan ni jenis yang pliable.



Ok, for the recipe pun ada macam2 version, tapi as usual ah kak punya eversion main campak2 je.

Bahan binaan :-

200 g isi ayam atau udang (kita campur je sebab dua-dua pun ada)
1 batang carrot di sagat
sedikit daun bawang dihiris
1 sudu bear minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil kicap cair
sedikit garam dan gula secukup rasa
Kulit wantan secukupnya dan minyak untuk menggoreng


Cara binaan :-

1. Campur semua bahan ke dalam satu bekas dan gaul sebagti.
2. Sudukan isi ayam tadi ke atas kulit wantan tadi dan sapu sedikit air di hujung kulit untuk melekatkan wantan tadi.
3. Buat hingga habis dan boleh digoreng atau dimasukkan ke dalam kuah sup.


Dah siap, bolehlah di jadikan appetiser atau untuk minum petang.

Thursday, January 12, 2012

Rendang Udang Minangkabau

Salam bersiaran,

Hmm..hari ni kita masak udang pulak. Selalunya udang ni buat masak sambal je, takpun buat masak lemak cili api. Tapi asyik makan lauk yang sama pun bosan jugak. So, belek punya belek, jumpa resepi yang nampak menarik ni dari Buku Lauk Melayu. Memandangkan bahan2 pun dah ada, so kita cubalah masak rendang udang minangkabau ni.


Bahan binaan:-

Bahan A

10 ekor udang besar
minyak untuk menggoreng
4 sudu teh serbuk cili
1 1/2 mangkuk santan
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1/2 cawan kerisik

Bahan B (Dikisar)

1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
5 cm lengkuas

Cara Binaan :-

1. Panaskan minyak, goreng udang hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
2. Tumis bahan B dan serbuk cili hingga naik bau.
3. Masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau.
4. Masukkan serai dan daun kunyit. Masak hingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan udang dan kerisik, gaul hingga sebati. Sedia di hidang.


Ok, dah siap. Memang sedap rendang udang ni rupanya. Tak rugilah cuba resepi ni. Nak pulak makan ngan nasi panas2..pergh...memang layan.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC