Salam bersiaran sekali lagi,
Hmm...bukan senang nak dapat upload resipi 2 kali sehari ni. Tapi memandangkan ramai kengkawan yang PM kat FB mintak resipi ni, maka ah kak tunaikan jugak hihi....
Neway, resipi ni memang mudah sangat nak buat. Dapat dari dapur MyResipi dan di ubahsuai sikit ikut selera sendiri.
Ayam Kung Pao Simple
Sumber : Rai@MyResipi.com
Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam
Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5
inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
sedikit garam
Cara Binaan :-
1. Utk bahan A - Isi ayam disalutkan sedikit garam dan
tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan
bawang besar
5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos
dan sedikit air.
6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api (Tapi tak letak sebab tak de).
Memang sempoi je resipi ni dan bila makan dengan nasi panas memang kaw liaw. Bila makan ayam ni teringat dulu2 selalu tapau kat kedai depan rumah. Sekarang, tak dapek ler nak tapau2 lagi, kenalah masak sendiri.
Selamat mencuba.
3 comments:
Salam ziarah...
ermmm enaknya buat berbuka ni...
Salam kenal,
Sila2..memang mudah untuk buka puasa ni.
PRO NUR MALIKA
di PENANG SELANGOR
::: :::
Trimakasih telah dikirim tautan blog ini-semoga bermanfa'at berguna dan yang punya blog terima kasih
Post a Comment