Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts
Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Kek Gulung Kasih


Salam bersiaran,

Huhu..kali ni pun kita share resipi tertangguh je lah yea sebab tuan  tanah sekarang tengah sibuk mengupdate assignment :)


Kali ni kita share resipi swiss roll. Resipi swiss roll ni guna resipi Kek Gulung Kasih dari dapur Dayang Jack macam yang dah buat dulu jugak sebab rasanya resipi ni yang paling menjadi dan paling kena dengan tekak. Cuma fillingnya guna mascarpone cheese and strawberry. End result, hmm...wallah. Sekelip mata je dah lenyap, kena pulak dengan tekstur kek yg gebus, macam cair je bila masuk dalam mulut hi...

Kek Gulung Kasih
Sumber : Dayang Jack @ Dapurku Sayang

Bahan Binaan :-


Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning



Cara Binaan :-


1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.

2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.

3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.

4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.

5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.

6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.

8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.

9. Gulung kek dengan kemas. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 



So far this is the best swiss roll recipe I've ever tried.


Selamat mencuba.

Tuesday, April 12, 2011

Mahalnya Gam Ko Nak Oi....

Ok, hari ni masih duk tercari-cari idea nak bekalkan si Dalea ke sekolah. Nampaknya idea nak bagi duit belanja memang tak boleh pakai. Mana taknya, semalam dia cakap ada subjek seni so kena lah bawak segala kertas warna, gam, gunting..dll. Tetiba gam dah keras, tak boleh nak guna. Jam dah kul 10 malam, sah-sah kedai dah tutup, so esoknya bagi lah RM2 suruh beli gam and balance buat belanja. Balik sekolah aku tanya "Dah beli gam?".."Dah". "Berapa sen gam?" "Dua"...Dua? Dua apa? Takkan dua posen? Tak logik..tapi takkan Dua Ringgit..lagi tak logik. Tanya lagi..."Dua posen ke?". "Dua Ringgit". "Ha!!..tengok rupa gam tu besar mana?" So..dengan slow motion dia keluarkan gam dari beg...."Hah! Besar ni RM2? Dalea bagi kat orang kedai tu dia tak pulangkan baki ke?" "Tak"......Pause yang sungguh panjang....Aku pun konpius, apa memang alatulis kat sekolah sekarang memang mahal2 ke atau anak aku yang tak reti bab2 akad jual beli barang ni???? Aduyai...makin pening aku di buatnya...


Jadi, untu tidak menambahkan serabut di kepala, aku gegodek ler resepi yang mudah2 ni untuk buat bekal dia. So, terjumpa resepi yang teramat mudah ni kat Dapur Dayang Jack. Nama resepi ni Kek Gulung Kasih. Tak tau lah apa signifikannya gulungan kasih ngan rupanya yang polkadot tu....



Kek Gulung Kasih


bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning




cara-cara :


  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 


Boleh buat bekal anak ke sekolah, mak bapak ke pejabat atau atuk nenek minum petang...memang debom...
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC