Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Roti Gulung Sardin

Semalam ada tetamu kat rumah meneman kitorang anak beranak sebab en hubby berkursus. So pepagi dah bangun wat breakfast simple ni. Resepi asal dari dapur En. Mat Gebu tapi dehaka sikit, dia pakai tuna, kita pakai sardin sebab stok tuna tak de yang ada sardin je. Itu pun setin kecik je.

 
 Roti Gulung Sardin

BAHAN INTI :-)
1 tin ikan sardin
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
1 camca besar cili kering yang dah blend atau cili boh atau cili sos (kalau tak nak pun tak pe)
 Garam dan gula secukup rasa

BAHAN2 LAIN :-)
2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-) 
UNTUK INTI :- Tumis bawang hingga naik bau, masukkan sardin, cili blend atau yg sewaktu dengannya. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

  1. UNTUK SARDINE ROLL :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya. 
  2. Gulung kemas dan ketepikan. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. 

Wednesday, April 20, 2011

Snack Berkhasiat

Malam tadi En. Hubby balik lambat, tinggal kitorang berempat je. Tetiba dapat lampu lak nak cuba buat Muesli Bar. Sebenarnya dah lama hasrat tertangguh sebab ada je benda lain yang kena buat walaupun resepinya mudah je. Resepi jumpa kat rumah Rima.

Bahan-bahan boleh guna apa yang ada je, tak semestinya ikut sebijik2. Jom kita buat snack berkhasiat ni. Muesli ni ada macam2 jenis, ada yang letak yogurt lah, buah-buahan lah, ini kira yang basic lah. Muesli ni pun bagus bagi anak2 sebab dia ada kekacang dan oats yang boleh bagi extra energy dan vitamin.





Basic Muesli
Bahan :-
150g butter
1/2 cup honey
1/4 cup brown sugar

2 cups of rolled oat
2 cups of cereal (this one ikut suka, aku letak cornflakes, cherios, froot loops)
60 g nuts of your choice
50 g dried fruit ( aku guna dried cranberries)
1/4 cup choc chip (optional)

 Cara:-

1. Masak butter, honey dan brown sugar atas api sederhana. Bila dah agak pekat, alihkan dan sejukkan.
2. Campur semua bahan kering tadi dalam satu bekas besar.
3. Masukkan campuran butter tadi ke dalam bahan kering dan bolehlah kerah askar yang ada untuk menggaul sampai sebati. Bab2 ni memang bebudak suka punyalah.
4. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan baking pan yang dialas dengan parchment paper. Biar lebih sikit di kiri kanan supaya senang nak keluarkan muesli nanti.
5. Tabur campuran muesli ke atas baking pan dan bakar selama 20-30 minit.
6. Dah masak, sejukkan sekejap dan potong.
7. Make sure campuran butter tu di gaul sebati kalau tidak muesli akan pecah.






Tada...dah boleh dibawak ke sekolah atau ke pejabat. Snack yang sungguh berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga berpanjangan..cewah..macam iklan pulak.

Tuesday, April 5, 2011

I Say Cheese I Saw Strawberry

Masa blog walking kat dapur-dapur Chef tersohor tu jumpa lak resepi Blueberry Cheese Muffin yang nampak sungguh menarik hati. Tapi nak gi beli blueberry memang agak malas so kita turn the recipe upside down, guna je bahan yang ada. Since balance strawberry masa wat Red Velvet Cake tu ada lagi, maka jadi lah Strawberry Cheese Muffin pulak. Resepi kopipes je dari sini.


Strawberry Muffin

Ingredients

  • 2 1/4 cups self-raising flour, sifted
  • 1/2 cup caster sugar
  • 100g butter, melted, cooled
  • 2/3 cup milk
  • 2 eggs, lightly whisked
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 150g fresh or frozen blueberries
  • 60g cream cheese, cut into 12 cubes
  • 1 1/2 tablespoons blueberry jam

Method 

Preheat oven to 200°C. Lightly grease a 12-hole 1/2-cup capacity muffin pan. 

Combine flour and sugar in a bowl. Make a well in the centre. 

Whisk butter, milk, egg and vanilla in a jug. Pour into well. Add blueberries and gently fold until just combined. Half fill muffin holes with mixture. Top each muffin with a cream cheese cube and 1/2 teaspoon jam and cover with remaining mixture. 

Bake muffins for 15 to 20 minutes or until a skewer inserted into the top half of muffins comes out clean. Stand in pan for 5 minutes. Turn muffins onto a wire rack to cool slightly. Serve warm.

Cukup buat bekal sekolah Dalea 2 hari, balance maknya bawak gi kursus.

Sunday, February 13, 2011

Boleh Makan Ular Ke?

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Masa tu cakap omputeh pun tak berapa nak pandai lagi. So satu hari masa keluar jenjalan ngan pakcik aku, singgah lah kat kedai runcit ni. Kat luar kedai tu adalah signboard gambar Cikedis lah dan macam2 lah gambar jajan-jajan yang lain. Kat bawah gambar tu dia tulis "Turut Menjual Pelbagai Snek" (Lebih kurang cenggitu ler ayatnya). Aku pun tanya pakcik aku, "Kita boleh makan ular ke?, Cikedis tu kira ular ke?" Terkebil-kebil pakcik aku sekejap ngan soalan cepu gangsa aku tu. Biladia tengok signboard tu terus gelak guling2..ah..yang tu tipu sikit sebab tak guling2 lah..."Apa lah Ana ni, itu bukan ular, ular snake, yang ni snek (eja dalam bahasa melayu) kalau bahasa omputeh snack". "ohh..."..sambil tersenyum siput.


Tapi itu citer zaman dolu-dolu. Sekarang aku dah pandai dah cakap omputeh..he..he..
Dah lah tu, jom buat snack yang lazat ini.

Bahan:-
3 Keping Puff Pastry
1 Biji Telur
Sedikit Gula
Sedikit Almond Flake
Sedikit Choc Chip

Caranya:-

1. Pukul telur dan ketepikan;
2. Potong puff pastry menjadi 3 atau 4 dan susun atas loyang pembakar;
3. Sapu telur di atas puff pastry;
4. Taburkan gula, almond flake dan choc chip;
5. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 C

Hidangan ni sesuai untuk minum petang dan mesti bebudak suka punya lah.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC