Salam pagi minggu semua,
Hari ni cuaca menampakkan sinar mentari kat kota London ni, walaupun suhu kat luar tu 1C, tapi tetap ada cahaya matahari. So cuaca hari ni memang nyaman giler. Hari ni kitorang plan nak gi jenjalan melawat2 castle yang ada kat area London ni, so sebelum keluar as usual kena lah siapkan bekalan makanan untuk rakyat jelata yang ada kat rumah ni dulu. Ye lah, kalau kat Malaysia, rasa2 lapar boleh je lah singgah McD or KFC tak pun mana2 gerai tapi kat sini, rasanya baru sekali merasa makan KFC itupun kena cari yang halal punya. Dah tu rasa sama je macam beli ayam kat kedai kebab..aduss...
Neway, hari ni kita kongsi satu resipi ringkas dari blog Anymz Kitchen. Actually dia guna fruit cocktail, tapi yang ada dalam simpanan cuma laici dan saki baki peach balance buat vacherin hari tu, so kita ubah suai ler jadi puding peach ngan laici.
Bahan binaan:-
10 g serbuk agar2 atau agar2 tali
1 tin fruit cocktail atau apa2 jenis buah dalam tin yang lain pun ok
1 tin susu cair ( I used 1/2 evaporated milk and 1/2 fresh milk - sebab susu cair pun dah habis)
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air (guna setengah dari air buah2an - nak kurangkan air pun boleh)
Cara binaan:-
1. Masukkan serbuk agar2, air dan gula dalam periuk dan masak sehingga agar2 larut. (Kalau pakai agar2 tali, rendam dulu selama 2 jam).
2. Masak hingga mendidih, masukkan sus dan kacau rata.
3. Tutup api dan masukkan buah2an campuran tadi, tuang dalam acuan yang bersesuaian.
4. Sejukkan sebentar dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk custard sauce - Yang ini optional, tak nak pun boleh je.
1 tin susu cair
2 cawan air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Masakkan susu, gula dan air atas api perlahan sehingga hampir mendidih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan masukkan dalam susu tadi. Masukkan secubit garam dan esen vanilla. Biar mendidih, tutup api dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk dan boleh hidang dengan puding.
Ok, dah siap. Senang je kan. Puding ni rasa lemak2 manis je dan bila di makan dengan sos kastard tadi memang wallah.....
0 comments:
Post a Comment