Friday, January 13, 2012

Kuih Gulung / Ketayap

Salam pagi Jumaat semua,

OK, di hari Jumaat yang mulia ni, jom kita makan kuih tradisi pulak ye. Memandangkan kat UK ni memanglah payah nak cari kuih muih Melayu ni melainkan kalau gi restoran Malaysia kat central London, maka makin gigihlah ah kak mencuba buat kuih2 tradisional ni. 

Kali ni kita cuba resipi kuih ketayap atau kuih gulung ni dari blog Citarasawan. Kalau tengok kuih-muih dalam Blog Kak Wan ni memang nampak senang je nak membuatnya. Tapi apapun, kena cuba dulu baru tau senang ke susahnya :)

Bahan binaan:-

Bahan untuk kulit

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam
1 sudu marjerin di cairkan
sedikit minyak untuk disapu pada kuali
pewarna pilihan
(Kalau nak buat yang hijau, guna pewarna hijau dan 2 helai daun pandan - blend sekali dengan semua bahan diatas)

Bahan Inti

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah (Kat UK ni guna dark molases sugar)
sedikit air
sehelai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung/gandum


Cara binaan:-

1. Untuk inti : Masukkan kelapa parut, air dan gula merah serta daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan tepung untuk mengentalkan intinya. Kacau hingga sebati. Angkat dan keluarkan daun pandan.
3. Untuk kulit: Satukan semua bahan dan kisar hingga halus dan tidak berketul. Tapis.
4. Lengserkan minyak pada kuali dan sendukkan 1/2 senduk adunan dan layangkan dalam kuali agar adunan jadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, jangan terlalu lama.
5. Angkat dan terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung : Lipat kedua tepi kulit dan gulung).
6. Ulang sampai habis.


Ok dah siap dan boleh dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi. Pekena ngan kopi / teh panas waktu sejuk2 macam kat sini memang sedap.

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC