Tuesday, July 9, 2013

Hampir Setahun Rupanya

 


Salam Ramadhan Al Mubarrak,

Pergh..dah nak dekat setahun rupanya tak update blog ni. Bukannya tak masak setahun tapi tak sempat lah nak update. Bukan setakat tak sempat nak menaip, nak ambik gambo pun dah tak dan.

Semenjak dah balik ke pangkal jalan ni memang macam nilah realitinya. Dulu masa jadi student bolehlah hari2 masak dan siap posing2 bagai. Sekarang ni kalau masak pun terus ngap je. Weekend pun jarang2 gak masak sebab macam2 acara ada kat sana sini, maka makin tak berasap lah dapur kecilku ini.

Anyway, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga segala amalan kita mendapat keberkatan Ilahi dan semoga aku akan lebih produktif di bulan yang mulia ini. Kalau boleh memang sepanjang Ramadhan ni tak nak beli kat luar atau makan kat luar sebab terlampau ramailah manusia kalau time2 nak berbuka tu kan dan semua jenis nak makan dulu macam kan esok2 tak dapat makan dah. Semoga tercapai lah hajat di hati ni, InsyaAllah.

So, kalau ada kesempatan, maka adalah perkongsian resipi baru kat blog ni ya..Stay tune...:)

Monday, July 23, 2012

Nasi Minyak Lengkap

Salam ramadhan semua,

Hari ni dah masuk hari ke-4 kami berpuasa tapi kalau kat Malaysia baru masuk hari ke-3. Hari ni cuaca agak terik dan terasa bahangnya sampai ke dalam rumah. So memang tak larat sungguh nak keluar rumah. Kalau keluar pun pagi2 tadi sebelum cuaca betambah terik, itupun sebab nak kena gi check up kalau tidak memang tak sanggup rasanya nak keluar.

Kat London ni macam ni lah pulak rupa cuacanya. Kadang2 tu walaupun panas tapi terasa nyaman dan kadangkala agak sejuk dek tiupan angin. Tapi ada juga waktunya terutamanya macam minggu ni cuacanya agak terik, hampir sama macam kat Malaysia.

Neway, hari ni tak ada acara masak2 sangat sebab nak berbuka di rumah kawan. Paling tidak pun sediakan serba sedikit manisan sebagai buah tangan. So, hari ni kita share resipi Iftar semalam - Nasi minyak Terengganu dari dapur Kak Noor Masri, Ayam Masak Kerisik dan Orek2 dari Buku Resipi Lauk Pauk Melayu dan Acar Rampai, resipi olahan sendiri.

Jom intai resipi.



Nasi Minyak Terengganu
Sumber : Noor Masri

Bahan binaan: -

4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara binaan:-

1. Beras dicuci kemudian ditoskan
2. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
3. Goreng hingga naik bau/kekuningan
4. Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
5. Masukkan air dan susu
6. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
7. Kemudian gemburkan nasi guna garpu



Ayam Masak Kerisik
Sumber : Buku Lauk Pauk Melayu (Boleh cari kat MPH atau mana2 kedai buku)

Bahan Binaan:-

1 ekor ayam
2 biji buah tomato (di belah 4)
4 biji ubi kentang (di belah 4)
2 cm halia
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
5 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 tangkai cili merah di belah 2
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Binaan :-

1. Bersihkan ayam dan potong kecil
2. Perap ayam dengan bahan kisar dan rempah kari selama 1/2 jam
3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, halba, biji sawi, halia dan jintan manis.
4. Bila terbit bau, masukkan ayam, kentang dan air. Biarkan ayam empuk.
5. Kemudian masukkan santan, cili merah, kerisik dan akhir sekali buah tomato. Kacau rata dan boleh dihidang.

Note: Memang unik rasa hidangan ni, ada ala2 kari dan rendang sikit2 dan memang sesuai di hidang dengan apa jenis hidangan lain pun. Yang ni wajib cuba, highly recommended..cewah.


Acar Rampai

Bahan Binaan :-

1 biji timun di buang biji dan di potong jejari - Rendam dalam air garam
1 biji carrot di potong jejari - rendam dalam air garam
3 ulas bawang putih di hiris
1 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
1 sudu besar jus oren

Cara Binaan :-

1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan serbuk kunyit dan air biar hingga mendidih.
3. Masukkan timun dan carrot, kacau sebati.
4. Masukkan gula, cuka dan jus oren serta biji sawi. Kacau rata dan boleh diangkat.

Orek-Orek
Sumber : Buku Lauk Pauk Melayu

Bahan Binaan :

A
1 biji kentang
50 g kacang tanah
50 g ikan bilis
100 g tempe - agak2 je
1 sudu makan gula
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam

B - di kisar halus
3 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Binaan:-

1. Ubi kentang di potong memanjang dan di goreng. Goreng kacang tanah, ikan bilis dan tempe, ketepikan.
2. Tumis bahan B hingga terbit minyak.
3. Masukkan semua bahan A dan gaul sebati.


Tada..dah penuh pun meja. Actually nasi minyak ni boleh je digandingkan dengan lauk2 lain macam ayam masak merah, pajeri nenas atau rendang. Tapi so far, kombinasi lauk ni tidak mengecewakan especially ayam masak kerisik tu memang marvellous pekena dengan nasi minyak ni.

Selamat mencuba.

Sunday, July 22, 2012

Ayam Kung Pao Simple


Salam bersiaran sekali lagi,

Hmm...bukan senang nak dapat upload resipi 2 kali sehari ni. Tapi memandangkan ramai kengkawan yang PM kat FB mintak resipi ni, maka ah kak tunaikan jugak hihi....

Neway, resipi ni memang mudah sangat nak buat. Dapat dari dapur MyResipi dan di ubahsuai sikit ikut selera sendiri.

Ok, jom tengok resipi.

Ayam Kung Pao Simple

Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
sedikit garam 

Cara Binaan :-

1. Utk bahan A - Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api (Tapi tak letak sebab tak de).


Memang sempoi je resipi ni dan bila makan dengan nasi panas memang kaw liaw. Bila makan ayam ni teringat dulu2 selalu tapau kat kedai depan rumah. Sekarang, tak dapek ler nak tapau2 lagi, kenalah masak sendiri.

Selamat mencuba.

Puding Susu Buah Peach


Salam Ramadhan semua,

Hari ni sebenarnya dah masuk hari ketiga kami berpuasa di London. Kat sini waktu berpuasa agak panjang sebab tengah musim panas. Walaupun namanya musim panas tapi cuaca agak nyaman, tambah pulak kalau asyik mendung sepanjang hari, so walaupun kena puasa lama sikit tapi tak lah terasa sangat especially untuk anak2 kecil ni.

Ok, hari ni nak share resipi manisan dulu. Puding susu buah peach ni buat masa first day puasa. Actually resepi puding ni hampir sama je kalau di belek2, cuma berbeza dari segi penggunaan susu dan buah2annya saja. Neway, resipi ni resipi yang dah di ubahsuai dari resepi puding laici dulu.

Ok, jom tengok resipi :-


Puding Susu Buah Peach

Bahan Binaan :-

1 tin buah peach
500 ml air
500 ml susu cair atau susu segar
1/2 cawan gula (boleh di kurangkan kalau tak nak manis)
1 paket agar2 serbuk - 12 g
1 1/2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air - jadikan pes
sedikit esen vanilla dan pewarna kuning

Cara Binaan :-

1. Basahkan acuan/loyang dan susun buah peach, ketepikan.
2. Masak serbuk agar2 bersama air, gula dan air sirap buah peach tadi hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.
3. Masukkan susu cair/segar dan kacau lagi hingga agak mendidih.
4. Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning dan kacau.
5. Akhir sekali masukkan pes tepung jagung dan kacau hingga agak pekat.
6. Angkat dan tuang dalam acuan yang berisi buah peach dan sejukkan sebelum di hidang.


Tara..dah siap. Memang lemak2 je rasa puding ni. Kalau guna susu segar mungkin bertambah lemak dan perlu di lebihkan sedikit gula.

Selamat mencuba.



Wednesday, July 4, 2012

Kek Chiffon Labu


Salam semua,

Hari ni nak share resipi kek chiffon ni yang sangat gebus dan lemak-lemak manis je rasa dia. Ah kak ni memang lah gemar sangat makan kek2 macam ni cuma bab nak membuat kek2 yang ringan ni memang agak fail sikit tapi memandangkan labu yang di beli kelmarin tu dah makin mengecut, baik lah di transform sebelum menjadi santapan cik Tong Sam. Neway, hajat di hati nak buat kuih koci dan lepat labu tapi daun pisang pulak nan ado. Sementara nak beli daun pisang, mau benyek bencot dah lah labu nan sebelah tu, so masa jalan2 kat Blog Bila Chah Ke Dapur, nampak resipi Pumpkin Chiffon Cake ni. Nampak menarik giler ditambah pulak dengan description tuan punya resipi, buat meleleh ayaq liuq je.  So, jom kita tengok resipi :-



Kek Chiffon Labu
Sumber : Bila Chah Ke Dapur

Bahan Binaan :-


Bahan A
4 biji kuning telur
30g gula halus
60ml susu/santan
60ml minyak sayuran (saya gunakan minyak jagung cap Daisy)
80g labu (rebus, lenyek dan timbang)
120g tepung kek  (tepung superfine)
1/4 sudu kecil baking powder
Secubit dua garam

Bahan B
4 biji putih telur
100g gula hallus
1/4 sudu kecil cream of tar tar

Cara Binaan :-

1. Pukul kuning telur dengan gula hingga agak kembang dan warnanya bertukar menjadi pucat.
2. Masukkan susu dan minyak. Pukul lagi. Bila telah sebati,masukkan labu dan tepung. Kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul pula putih telur hingga berbuih.
4. Setelah berbuih, masukkan gula dan cream of tar tar. * Cream of tar tar berfungsi untuk menstabilkan adunan putih telur (meringue)
5. Pukul dengan high speed hingga menjadi meringue.
6. Gaulkan aduan putih telur dengan adunan tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja.
7. Masukkan pumpkin seed dan kacau sedikit - I omit this.
8. Tabur pumpkin seed dalam loyang dan tuang adunan kek perlahan-lahan.
9. Panaskan oven kira-kira 5 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160 deg C kira-kira 35 minit.




Ini lah hasilnya, kek yang tersangat lembut dan cair je dalam mulut hee.....silalah mencuba.

Thursday, June 28, 2012

Serimuka Jagung

Salam semua,

Lambat lagi kita bersiaran hari ni. Ni pun kira sambil2 buat dissertation tetiba teringat pulak nak update blog. Hee..memang time2 kena buat kerja lah baru tetiba teringat nak update pong....

Neway, ini pun kira resipi tertangguh je sebab buat dah lama tapi baru nak update hari ni. Resipi ni kira ubahsuai dari resipi asli serimuka pandan atau Puteri Salat. Resipi ni dapat dari dapur Citarasawan. Memang tak mengecewakan lah outcome kuih ni. Lemak2 je rasa dia dan tak terlalu manis.

Ok, jpm tengok resipi.




Kuih Serimuka Jagung
Sumber : Kak Wan 

Lapisan Atas
100gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
200gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat KARA
300 ml air
1/4 teh pewarna kuning jika suka
1/2 tin jagung cream
Loyang 10 x 10"



Cara Binaan :-

1. Lapisan Bawah : Cuci beras pulut dan toskan.  Kukus dgn bahan-bahan lapisan bawah selama 1/2 jam (sehingga masak)
2. Angkat pulut, gaul sebati dan tekan ke dalam loyang yang di alas dengan plastik hingga padat. Ketepikan.
3. Lapisan Atas : Sebatikan semua bahan lapisan atas, kecuali jagung cream.  Whisk dan tapis. Kemudian masukkan jagung cream, gaul rata dan tuangkan ke dalam lapisan bawah. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus 1/2 jam lagi.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pisau plastik yang telah disapu dgn sedikit minyak.



Hmm...memang sedap kuih ni, tapi memang tak boleh lawan lah kuih serimuka asli (pandan). Tapi bagi yang gemar makanjagung macam ah kak ni, ok je. Selamat mencuba.



Tuesday, June 19, 2012

Kuih Getas

Salam semua,

Hari ni dapat semangat baru sikit. Tak tau ler semangat datang dari mana tapi kira tengah berkobar2 lah nak mulakan persediaan membuat Dissertation yang tinggal lagi 2 bulan lebih nak kena hantar ni. 

Neway, hari ni kita share resipi Kuih Tradisi lagi. Kuih ni memang kuih kegemaran ah kak tapi bukan semua orang suka sebab agak manis ala2 kuih keria tapi dari di buat dari pulut. Memang dah lama cari resipi kuih ni, last2 jumpa kat dapur CTDelima. Tq lah kak Siti sebab berkongsi resipi kuih ni dan kali ni kita kongsi pulak kat sini. Cuma rupa kuih getas kak CT nampak lagi mengancam dari kuih getas ah kak ni meaybe sebab bahan yang ada pun lebih kurang je...:)

Kuih Getas
Sumber : Dari Dapur CT

Bahan binaan :-

250 g tepung pulut
150 g kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam

Bahan Sira :-

3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara Binaan :-

1. Campur tepung pulut, kelapa dan garam, kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

2. Kepalkan adunan kepada bulat2 kecil dan leperkan (Ketebalan ikut citarasa)

3. Goreng hingga kekuningan dan ketepikan.

4. Untuk gula sira, didihkan air dalam kuali, kemudian masukkan gula, gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.

5. Bila gula agak pekat, kecilkan api, masukkan kuih yang telah di oreng tadi dan gaul rata. Bila gula agak mengeras, matikan api.


Ok, dah boleh di hidang untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba.

Wednesday, June 13, 2012

Ayam Burma

Salam semua,

Hmm...hari ni kita bersiaran lewat sikit sebab bila dah nak masuk senja ni baru mata ni boleh bukak, kalau tak asyik membuta je dalam selimut. 

Hari ni kita share resipi Ayam Burma yang sangatlah sedap dan mudah nak disediakan. Resipi ni dapat dari dapur Mat Gebu dan rasa Ayam Burma ni seakan2 rendang pun ada, seakan2 kari pun ada.

Ok, jom tengok resipi.



Ayam Burma

Bahan Binaan :-

500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

Bahan Dikisar :-
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus




Cara Binaan :-


1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.

2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.  



Ha..senangkan dan rasa dia memang kelas. Kalau agak2 malas nak masak rendang, boleh je ganti dengan Ayam Burma ni. Selamat mencuba.


Thursday, May 31, 2012

Pandan Chiffon Mudah


Salam semua,

Wah, makin lama makin malas nampaknya tuan tanah nak menghapdet blog ni kan. Aktiviti memasak pun semakin kurang sekarang ni sebab keadaan tuan tanah yang tak berapa nak stabil kebelakangan ni.  Neway, kali ni kita share resipi kek chiffon pandan dari dapur Rinnchan.

Actually, kek chiffon ni memang lah kek kegemaran ah kak akan tetapi ah kak ni memang agak lemah bila bab nak membuat kek2 yang ringan ala2 angin ni sebab kalau tersilap gaya bakal menjadi santapan cik Tong Sampah. Akan tetapi juga, disebabkan tekak ni tetiba rasa teringin sesangatlah nak makan kek chiffon ni, maka ku gagahkan juga lah mencari resipi kek yang mudah2 dan  resipi dari Rinnchan ni nampaknya yang paling sesuai.

Ok, jom tengok resipi.



KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Rinnchan

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar 




Cara Binaan :-

1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.
2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B).
4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul.
5. Putar sehingga kembang.
6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang
dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
10. Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.. 
12. Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
13.Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi.
14.Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
15. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
* Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.  



Kek yang dah siap dibakar dan di potong. Alhamdulillah, cubaan kali pertama ni menjadi nampaknya dan kek pun sangat gebus. Yang paling tak tahan aroma pandan yang menyucuk2 hidung masa kek di bakar. To note : kek ni tak sampai 1/2 jam habis licin di kerjakan dik bebudak kat rumah ni *wink*.

Selamat mencuba.

Friday, May 18, 2012

Apam Indon


Salam bersiaran,

Huhu..lama betul tak hapdet resipi kan. Maklumlah tuan tanah sekarang ni tengah di landa penyakit M Kalau boleh hari2 tak nak keluar dari selimut, nak berkelubung je. 


Neway, sebab dah lama sangat tinggalkan dapur ni, so hari ni kita share resipi tertangguh je lah yek. Apam Indon ni buat memang dah berminggu yang lepas, masa tengah agak2 rajin. Kalau suruh buat lagi sekali sekarang, gerenti tahun depan baru dapat makan.

Apam ni kalau tengok dari jauh, macam kek, even teksturnya pun hampir sama macam kek cuma tang rasa gebusnya tu je baru lah rasa apam. Resipi asal rasanya memang dari Indonesia sebab tu lah namanya Apam Indon, tapi yang ni kita ceduk resipi dari dapur Ita Masam Manis.

Ok, jom tengok resipi.



Apam Indon
Sumber : Ita @ Masam Manis

Bahan Binaan:-


5b iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan 
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna (ikut suka)



Cara Binaan :-


1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
2. Sediakan loyang ukuran 9 inci.
3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
4. Ayakkan tepung bersama baking powder.
5. Campurkan garam ke dalam susu.
6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna.



Hmm..memang gebus dan sedap Apam ni, tapi kalau ahli keluarga tak ramai, boleh buat 1/2 dari adunan asal ni sebab 1 adunan ni memang puas lah makan.

Selamat mencuba.

Monday, April 23, 2012

Cornflakes Madu Pedas


Salam bersiaran,

Hari ni cuaca mendung je kat luar tu, maka makin malas ler jawabnya tuan tanah ni nak buat assignment, apatah lagi nak hapdet blog ni. Tapi memandangkan Cornflakes Madu Pedas yang buat kelmarin ni mendapat sambutan lah pulak kan, so kita share resipi kat sini. Resipi asal dari dapur Dayang Jack tapi dah di ubahsuai sikit ikut citarasa sendiri.




Cornflakes Madu Pedas

Bahan binaan :-


1 bungkus cornflake
1 bungkus roasted peanut (I used kacang tanah dan goreng dahulu)
6 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar
madu secukupnya (I used 3 sudu besar gula pasir - Ikut suka nak manis atau kurang)
sedikit garam
100 g mentega +/-
(My style - Kisar semua bawang merah, bawang putih dan segenggam cili kering)





Cara-cara :

1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama.  



Makan sekali, mesti nak lagi...hmm..selamat mencuba.


Sunday, April 22, 2012

Homemade Roti Canai


Salam hari minggu,

Hmm...pagi2 minggu ni kalau pekena roti canai pun sedap kan. Cuma masalahnya kat London ni manalah nak di cari kedai jual roti canai macam kat Malaysia tu. Kat sini, kalau nak makan roti canai kenalah di canai sendiri.

Masalah nak mencanai tu pulak kena tunggu mood rajin mari baru menjadi. Neway, hari ni kita share resipi roti canai ni dari buku Belajar Memasak oleh Norzailina Nordin lagi. Ha, kan dah kata memang ada macam2 resipi dalam buku ni yang sememangnya kalau kat Malaysia, ah kak gerenti tak cuba punya lah, tapi kat sini rasa semua resipi dalam buku ni nak buat :)


Roti Canai
Sumber : Buku Belajar Memasak oleh Norzailina Nordin

Bahan binaan :-

500 g tepung gandum
280 - 300 ml air
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Minyak masak



Cara binaan :-

1. Larutkan garam  dalam air dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, susu pekat, telur dan minyak sapi. Gaul rata.
3. Tambah air secukupnya dan gaul hingga sebati.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan bahagikan menjadi bebola kecil macam dalam gambar.
5. Lumurkan bebola dengan minyak masak. Tutup dan biarkan selama 4 jam (ah kak biarkan kat luar semalaman)


6. Renjiskan sedikit minyak dan leperkan bebola tadi.
7. Tarik kelilingnya supaya nipis macam dalam gambar. (Kalau mamak dia tebar, tapi kita ni tak pandai ler nak menebar gitew, maka buat lah cara gini)


8. Tarik ke atas dan lilitkan menjadi bentuk bulatan.


9. Leperkan bulatan doh tadi dengan tangan sebelum di goreng.


10. Goreng atas kuali leper dengan sedikit minyak.
11. Bila keperangan, terbalikkan dan masak lagi sebelah.


Ok, dah siap pun roti canai kita. Mungkin tak lah selembut roti canai mamak tu sebab mamak tu berapa kali pulak dia menebar rotinya supaya jadi lembut. Tapi cukuplah nak bagi lepas gian makan roti canai hihi..


Selamat mencuba.


 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC