Salam semua,
Hari ni kita share resipi ulang tayang je ye, sebab resipi agar2 ni sama je macam resipi puding peach dan laici macam entry kat SINI cuma kali ni kita pakai fruit cocktail maka jadilah puding Fruit Cocktail pulak. Rasa puding ni sedang2 je, so kalau nak lebihkan gula pun boleh je, tak pun nak makan dengan custard sauce pun boleh jugak.
Puding ni bawak untuk majlis farewell kak Faridah yang dah nak balik Malaysia minggu ni.
Bahan binaan:-
10 g serbuk agar2 atau agar2 tali
1 tin fruit cocktail atau apa2 jenis buah dalam tin yang lain pun ok
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air (guna setengah dari air buah2an - nak kurangkan air pun boleh)
Cara binaan:-
1. Masukkan serbuk agar2, air dan gula dalam periuk dan masak sehingga agar2 larut. (Kalau pakai agar2 tali, rendam dulu selama 2 jam).
2. Masak hingga mendidih, masukkan sus dan kacau rata.
3. Tutup api dan masukkan buah2an campuran tadi, tuang dalam acuan yang bersesuaian.
4. Sejukkan sebentar dan simpan dalam peti sejuk.
Ok, that's all for now. Nak siap2kan ayam, daging punya marinade sebab nak buat barbeque pulak petang ni. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment