Salam semua,
Hari ni tekak ni terasa macam nak makan kuh yang pedas2 pulak. Memandangkan sweet potato yang beli hari tu pun tak berusik lagi, jadi baiklah kita jadikan dia sesuatu daripada busuk berkulat macam tu je.
Kali ni berjaya jugak jumpa keledek putih ni kat Tesco. Selalu jumpa keledek oren yang dah tak berapa nak berkanji tu je. So keledek ni sesuai sangat lah kalau buat cucur badak. Memang dah lama pun tak makan kuih ni sejak datang sini lah. Kalau dulu, pagi2 pergi je kat kantin Kastam kat sebelah opis tu, macam2 jenis kuih ada sampai tak tau pulak nak makan yang mana satu. Ha sekarang, baru ada akal sikit, kalau rasa nak makan, silalah buat sendiri...:)
Resipi simple ni dapat kat dapur MyResipi hasil sumbangan Princessharyati. Memang senang sangat nak membuatnya, kalau tak caya jom tengok resipi.
Bahan binaan :- (dapat dalam 20 biji ikut ukuran sendiri)
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
secubit garam
Bahan inti:-
1/2 biji kelapa parut (kat London ni ada yang muda je, so rupanya tak halus cam yg kat Malaysia tu)
1 cawan udang kering (guna ikan bilis sebab takde)*
2 biji bawang besar *
4 batang serai*
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan yang disukai)*
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Cara binaan :-
1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
2. Setelah empuk, lenyek semasa masih panas. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi bentuk doh.
4. Kalau agak lembik, masukkan sedikit lagi tepung tapi jangan banyak2, nanti keras.
Cara binaan inti:-
1. Kisar bahan bertanda * hingga agak halus, masukkan kelapa dan kisar lagi.
2. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dengan sesudu kecil minyak masak.
3. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau hingga inti masak (agak kering).
5. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan bagi meneglakkan doh melekat, buat bulat dan melengkuk di tengah untuk memasukkan inti. Tutup dan letak atas dulang yang telah di tabur sedikit tepung. Buat sehingga habis adunan.
6. Bolehlah digoreng dengan api sederhana dan sentiasa membalik2 kan kuih supaya masak sekata.
Ok, dah sedia untuk dimakan waktu petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment