Monday, January 30, 2012

Sotong Masak Merah Berempah

Salam semua,

Fuh..hari ni memang penat yang teramat sangat. Salah satu sebabnya, hujung minggu ni sibuk berjalan2 ke Bristol dan Cardiff. Malam tadi or to be exact, pagi tadi pukul 1 baru selamat sampai ke rumah. Itupun en. hubby dah bawak kereta terhuyung hayang. Memang risau tapi tak dapat nak tolong sebab diri sendiri pun tak larat nak bukak mata, tambahan pulak si kecik Aliff pun tak berapa sihat, lagi bertambah penat.

Dek kerana terlampau penatlah jugak pagi ni terus terbabas bangun lambat, sudahnya anak dara berdua tu kenalah ponteng sekolah sebab mak bapak tak terjaga.

Hari ni sebenarnya tak tau nak masak apa sebab kepala pun tengah nak adjust balik. Bila tengok dalam fridge sotong beli kat Billingsgate tu banyak lagi, so kita masak sotong je lah. Resipi Sotong Masak Merah Berempah ni ambik dari buku Lauk Melayu tapi dah di tokok tambah ikut citarasa sendiri.


Bahan binaan :-

Bahan A

600 g sotong besar (ikut suka nak berapa banyak)
minyak untuk memasak

Bahan B

1 labu bawang besar
1 1/2 sudu teh halba (tak letak)
1 1/2 sudu teh biji sawi (tak letak)
2 tangkai daun kari
1 sudu teh jintan putih
1 batang serai dititik

Bahan C (Dikisar)

5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
1 inci lengkuas

Bahan D

2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
6 biji bendi (tak letak)
2 biji tomato di belah 4
1/2 biji kelapa (bahagi dua santan pekat dan setengah lagi santan dicampur sedikit air)
3 sudu besar kerisik (sendiri letak)
Sedikit serbuk cili dan garam masala (pun tambah sendiri)

Garam dan gula secukup rasa
Daun sup untuk hiasan



Cara binaan :-

1. Bersihkan sotong dan rebus hingga setengah masak, tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan B hingga naik bau.
3. Masukkan bahan C, cili kisar dan tumis lagi.
4. Masukkan santan cair, jus asam jawa, serbuk cili, garam masala, garam dan gula, masak hingga mendidih.
5. Masukkan sotong, bendi dan tomato serta santan pekat. Akhir sekali masukkan kerisik dan masak hingga sotong masak.
6. Hiaskan dengan daun sup.



Dah sedia untuk dihidang dengan nasi panas2 memang masyuk....

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC