Tuesday, January 31, 2012

Bubur Kacang Jagung Durian

Salam semua,

Ok, hari ni memang masa tersangat mencemburui ah kak. Macam2 benda nak kena buat dan hendak dibuat. Petang ni pulak ada kelas, so aktiviti masak memasak ni kena seringkas boleh kalau hari yang ada kelas ni, tambahan pulak pada masa yang sama nak kena siapkan tempahan kek, so semua kena express rakyat.

So, tanpa melengahkan masa..cewahh...kita share resipi dessert melayu yang cukup simple. Actually bubur ni pun dah lama buat cuma hari ni je baru nak share resipinya. As usual, kalau resipi2 tradisional ni sukatan tu cuma panduan je, itu pun ah kak ceduk je dari rmah En. Ah Mat Gebu, kalau ikut ah kak punya stail memang tak dapat ler nak di buat ukuran ni :)

Bahan binaan :-

2 cawan kacang hijau di rendam semalaman (ah kak tak rendam pun)
2 cawan air (ikut berapa banyak kacang hijau yang di gunakan)
1 tin jagung manis
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir (gula ni ikut kesesuaian tekak memasing nak manis takat mana)
Beberapa ulas durian
1 helai daun pandan disimpul
1 inci halia (dihiris)
1 liter santan
secubit garam



Cara binaan :-

1. Rebus kacang hijau dengan air hingga kacang empuk.
2. Masukkan santan, halia, daun pandan, gula dan garam, masak seketika.
3. Bila hampir mendidih, masukkan jagung tin (kalau tak letak boleh skip)
4. Akhir sekali masukkan durian. Jika terlalu pekat, tambah air dan rasa kadar kemanisan bubur, kalau kurang manis, tambah lagi gula.


Ok, dah sedia untuk dihidang waktu minum petang dan boleh juga di makan dengan roti atau biskut tawar.

Monday, January 30, 2012

Sotong Masak Merah Berempah

Salam semua,

Fuh..hari ni memang penat yang teramat sangat. Salah satu sebabnya, hujung minggu ni sibuk berjalan2 ke Bristol dan Cardiff. Malam tadi or to be exact, pagi tadi pukul 1 baru selamat sampai ke rumah. Itupun en. hubby dah bawak kereta terhuyung hayang. Memang risau tapi tak dapat nak tolong sebab diri sendiri pun tak larat nak bukak mata, tambahan pulak si kecik Aliff pun tak berapa sihat, lagi bertambah penat.

Dek kerana terlampau penatlah jugak pagi ni terus terbabas bangun lambat, sudahnya anak dara berdua tu kenalah ponteng sekolah sebab mak bapak tak terjaga.

Hari ni sebenarnya tak tau nak masak apa sebab kepala pun tengah nak adjust balik. Bila tengok dalam fridge sotong beli kat Billingsgate tu banyak lagi, so kita masak sotong je lah. Resipi Sotong Masak Merah Berempah ni ambik dari buku Lauk Melayu tapi dah di tokok tambah ikut citarasa sendiri.


Bahan binaan :-

Bahan A

600 g sotong besar (ikut suka nak berapa banyak)
minyak untuk memasak

Bahan B

1 labu bawang besar
1 1/2 sudu teh halba (tak letak)
1 1/2 sudu teh biji sawi (tak letak)
2 tangkai daun kari
1 sudu teh jintan putih
1 batang serai dititik

Bahan C (Dikisar)

5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
1 inci lengkuas

Bahan D

2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
6 biji bendi (tak letak)
2 biji tomato di belah 4
1/2 biji kelapa (bahagi dua santan pekat dan setengah lagi santan dicampur sedikit air)
3 sudu besar kerisik (sendiri letak)
Sedikit serbuk cili dan garam masala (pun tambah sendiri)

Garam dan gula secukup rasa
Daun sup untuk hiasan



Cara binaan :-

1. Bersihkan sotong dan rebus hingga setengah masak, tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan B hingga naik bau.
3. Masukkan bahan C, cili kisar dan tumis lagi.
4. Masukkan santan cair, jus asam jawa, serbuk cili, garam masala, garam dan gula, masak hingga mendidih.
5. Masukkan sotong, bendi dan tomato serta santan pekat. Akhir sekali masukkan kerisik dan masak hingga sotong masak.
6. Hiaskan dengan daun sup.



Dah sedia untuk dihidang dengan nasi panas2 memang masyuk....

Friday, January 27, 2012

Seabass Macam-Macam Rasa

Salam semua,

Ok hari ni tak berapa nak boleh cerita panjang sebab sibuk memanjang sepanjang hari ni. Kat rumah ada tetamu dari Manchester, at the same time tengah sibuk gak bersiap sebab nak gi bercuti hujung minggu ni. So kita just share resipi yang dah selalu gak buat tapi baru sempat nak letak resipinya. Kali ni kita masak ikan seabass  3 rasa. Seabass ni kalau kat Malaysia namanya ikan kerisi cuma kerisi kat sini lain sikit bentuknya dari yang kat Malaysia tu dan kali ni memang best sikit masak ikan2 ni sebab baru dapat ikan segar dari Billingsgate market kat London ni.

Ok, jom kita tengk resipi.

Bahan binaan :

1 - 2 ekor ikan seabass atau apa2 jenis ikan lain dibersihkan dan digoreng selepas diperap dengan garam dan kunyit.
10-15 biji cili kering *
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
5 cm halia dihiris
2 camca besar sos tiram atau kicap pekat
2 camca besar sos tomato
1 - 2 biji tomato dibelah empat
sedikit sayur2 an di celur dalam air panas yang dicampur sedikit garam
1 biji limau kasturi atau limau nipis di belah
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara binaan :-

1. Kisar bahan bertanda * dan tumis dalam kuali beserta halia yang telah dihiris hingga pecah minyak sedikit.
2. Campurkan sos tiram dan sos tomato, kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Setelah masak (boleh juga ditambah sedikit air jika terlalu pekat), angkat dan tuang ke atas ikan yang telah di goreng tadi.
5. Hiaskan dengan sayur2an yang telah di celur dan tomato.
6. Perahkan jus limau ke atas hidangan.
7. Sedia untuk dihidang.


Ok dah siap. Senang je resipi campak2 ni sebenarnya. As usual, sukatan tu cuma anggaran sahaja, seeloknya kita agak2 sendiri rasa dan kuantiti mengikut kesesuaian.

Thursday, January 26, 2012

Wantan

Salam semua,

Hmm...sebenarnya dah lama niat nak buat wantan ni sebab teringat2 masa makan kat Restoran Chan Abdullah kat Bangi dulu, sedap wantan dia. So last week lagi dah beli kulit wantan ni cuma slot masa je yang tak cukup nak masak wantan ni. Since hari ni masak simple je, so kita buat appetiser sekali.


Sebenarnya tak lah susah mana nak buat wantan ni, cuma buat isinya aje sebab kulitnya boleh beli yang dah siap. Neway, wantan ni boleh di goreng atau masak dalam sup. So, hari ni buat 2 version, separuh letak dalam sup bayam untuk bebudak makan dan lagi separuh buat goreng.


Bentuk wantan ni pun kita boleh buat ikut suka hati kita je cuma bentuk yang biasa ialah bentuk yang ala2 sup bunjut tu. Tapi hari tu masa tengok Masterchef Professional kat sini nampak diorang buat bentuk ala2 kipas ke sampan ni, nampak menarik sangat, so kita pun cuba lah. Tak susah sangat nak buat apa2 bentuk pun sebab kulit wantan ni jenis yang pliable.



Ok, for the recipe pun ada macam2 version, tapi as usual ah kak punya eversion main campak2 je.

Bahan binaan :-

200 g isi ayam atau udang (kita campur je sebab dua-dua pun ada)
1 batang carrot di sagat
sedikit daun bawang dihiris
1 sudu bear minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil kicap cair
sedikit garam dan gula secukup rasa
Kulit wantan secukupnya dan minyak untuk menggoreng


Cara binaan :-

1. Campur semua bahan ke dalam satu bekas dan gaul sebagti.
2. Sudukan isi ayam tadi ke atas kulit wantan tadi dan sapu sedikit air di hujung kulit untuk melekatkan wantan tadi.
3. Buat hingga habis dan boleh digoreng atau dimasukkan ke dalam kuah sup.


Dah siap, bolehlah di jadikan appetiser atau untuk minum petang.

Wednesday, January 25, 2012

Cucur Udang Tembun

Salam semua,

Ok, hari ni kira masuk hari kedua kelas untuk sem ni. So far the first class went not as I expected but then that's beside the story. 

Semalam, kitorang terima kunjungan tetamu dari Malaysia. Kawan2 lama my hubby yang rancang nak round Europe for this whole 2 weeks. So sementara nak menunggu makan tengahari, kita jamu diorang makan cucuq udang dulu. Diorang ni memang jenis tekak Melayu, baru sampai sehari dah cari nasi. Nasib baiklah kat rumah ni pun jenis tekak melayu jugak, kalau tidak kempunan lah.

Ok, jom kita tengok resipi cucuq ni. Btw, cucuq ni takde ler tembun mana sebab malas nak buat bagi tembun tu, lambat pulak rasanya nak siap, so kita campak je dia dalam kuali macam buat cucuq biasa tu je but still naik tembun jugak :)

Bahan binaan :-

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis
2 cawan air
1 labu bawang besar dihiris
sedikit taugeh dan daun kuchai
1/4 sudu serbuk kunyit
secubit garam
10-15 ekor udang

Hirisan timun dan sengkuang (optional




Bahan Kuah Cili

5-10 biji cili merah (Pakai cili kering pun boleh jugak)
3 ulas bawang putih
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
secubit garam


Cara binaan :-

1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, yis, garam dan serbuk kunyit, digaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit, agak supaya tidak terlalu cair.
2. Masukkan hirisan bawang, kuchai dan taugeh. Perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan, masak dalam minyak panas tadi.

Cara binaan kuah :-

1. Kisar cili dan bawang putih, masukkan ke dalam periuk beserta gula dan garam.
2. Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
3. Masukkan cuka dan masak lagi hingga sederhana pekat.
4. Tutup api dan boleh dihidang bersama cucur udang.




Ok, dah boleh dimakan bersama hirisan timun dan sengkuang. Kalau takde pun takpe. Btw, resipi ni telah diceduk dan diolah dari dapur En. Ah Mat Gebu yang glam itew.

Tuesday, January 24, 2012

Satay Lilit Ayam

Salam semua,


Hari ni ah kak dah start kelas, walaupun kelas start kul 6 petang, maknanya pagi2 ni masih ada masa lah juga untuk bersenggang2 dan main masak2 tapi disebabkan hari ni merapakan hari pertama untuk sem ni, maka persiapan mental adalah penting dik non supaya tidak terkujat.

So hari ni kita share resipi yang simple dan dah buat minggu lepas tapi tak sempat nak update resipi. Resipi dapat dari blog Kak Wan. First time makan satay lilit ni kat Restoran Bumbu Bali, Puchong. Memang sedap satay ni dan dia bukanlah macam satay yang biasa kita makan cicah kuah tu, satay ni boleh makan dengan nasi. So, tak mo citer panjang, jom kita terjah.


Bahan binaan :-

200 g isi ayam
100 g isi udang (tak letak)
2 tangkai kucai di racik
1sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
9-11 batang serai
minyak untuk menumis

Bahan kisar

3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 cm kunyit dibakar
1 biji buah keras disangai (tak letak)
1/4 sudu teh ketumbar biji
1/2 sudu teh belacan dibakar



Cara binaan :-

1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dalam food processor hingga lumat. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Angkat dan sejukkan.
3. Masukkan isi ayam dan udang tadi kedalam bahan kisar beserta daun kucai, garam dan gula.
4. Ambil sedikit adunan, kepalkan dan lilitkan pada batang serai.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 20 minit. Lapikkan dulang dengan aluminium foil dan tutup batang serai dengan foil untuk mengelakan ia hangus.



Ok, dah siap untuk dihidang dengan nasi panas dan lauk sampingan lain. Kalau nak ratah pun boleh jugak.

Monday, January 23, 2012

Kuih Lopes Dendang Perantau

Salam bersiaran,

Cepat betul masa berlalu, tup2 dah nak habis dah bulan Januari dan bermakna tamatlah sudah riwayat berjimba-jimba ku buat masa ini sebab esok yakni Selasa, 24/1/2012 akan bermulalah semester kedua dan akan bertambah sibuk lah aku dengan assignment dan mini thesis ku itew.


Udah lah result sem lepas tak keluar lagi, cuak pulak rasanya nak start kelas sem ni. Mintak2 lulus lah hendaknya. Memang tak berapa nak confident dengan result sem lepas sebab banyak sangat dugaan yang mendatang waktu saat2 genting tu. 


Oklah, since kelas dah nak mula esok, so meh kita menghabiskan saki baki masa terluang yang tinggal ni sebelum dapur ni kembali bersawang sebab tak sempat dah nak menghapdet resipi masakan.


Hari ni jom kita buat kuih lopes dendang perantau ni. Actually nama je yang gempak, tapi tak de kena mengena ngan mana2 perantau melainkan aku yang duk merantau jauh ni je tapi still teringin nak makan kuih ni. Satu lagi sebab kenapa kuih ni aku namakan dendang perantau sebab bukannya cukup pun bahan2 yang digunakan tu, main pakai apa yang ada je dan kalau tengok rupa kelapa yang membalut pulut tu pun buruk benor rasanya. Kat sini memang payah lah sangat nak dapat kelapa parut macam kat Malaysia tu, kat sini mujurlah jumpa kelapa parut muda ni, tu pun yang frozen, so rupanya bila nak di salut ke badan pulut tu memang buruk ler, tapi rasa superb sebab kelapa ni kelapa muda tapi di parut jadi memang crunchy dan berlemak.
Oklah, to cut the story short, jom tengok bahan-bahan binaan kuih ni dulu. As usual sukatan tu cuma sebagai asas je. Btw, sebelum terlupa dapat resipi ni dari blog Myresipi, hasil sumbangan Tulip77.

Bahan binaan:-

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh air kapur (tak letak sebab nan ado)
sedikit garam
beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Bahan Air Gula

3 ketul gula melaka
sedikit air
sehelai daun pandan

Cara binaan:- (My style)

1. Cuci beras pulut dan rendam selama 3 jam.
2. Kisar daun pandan dengan 1/2 cawan air, tapis dan ambil jusnya.
3. Masukkan pulut, santan yang dicampur dengan sedikit pewarna hijau, air pandan dan garam ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 30 minit. 
4. Setelah masak, alaskan loyang bulat atau empat segi dan alas dengan plastik.
5. Ambil pulut tadi dan tekan ke dalam loyang sehingga mampat dan biarkan sejuk.
6. Ambil acuan kuih yang bulat atau boleh jugak dipotong mengikut bentuk yang disukai.
7. Gaulkan dengan kelapa parut.
8. Semasa pulut dikukus, boleh sediakan air gula. Campurkan semua bahan air gula ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan masak hingga agak pekat. Bila sejuk boleh dihidang dengan pulut tadi.




Sebenarnya kuih2 tradisi ni lebih mudah nak dibuat berbanding kuih2 omputeh tu sebab sukatan boleh lebih kurang je tapi kalau tak kena gayanya kengkadang mau tak menjadi jugak, neway practice will always makes you perfect...tak gitew??

Sunday, January 22, 2012

Kari Dalca

Salam hujung minggu,

Actually semalam ada majlis bacaan Yaasin kat rumah. Ramai jugak jemputan yang datang mengimarahkan majlis. Alhamdulillah, seronok jugak bila dapat berkumpul sekali sekala macam ni, hilang sikit rasa rindu kat sanak saudara yang jauh ditinggalkan kat Malaysia.

So semalam bersilatlah memasak sorang2 kat dapur. Antara menu yang disediakan semalam - nasi beriyani, ayam sambal cili padi, rendang udang minagkabau dan kuah kari dalca ni. 2 menu tadi dah disertakan resipinya, so kali ni kita share resipi kari dalca ni pulak. Tapi as usual, ni pun kira resipi campak2 je mengikut bahan2 yang boleh didapati kat sini. Sukatan tu hanya sebagai asas, selebihnya kena agak2 sendiri.

Bahan binaan :-

100 g kacang dalca direbus hingga empuk.
4 biji bawang merah dihiris halus
4 ulas bawang putih
5 cm halia
1 biji santan
2 - 4 sudu besar serbuk kari dalca atau serbuk kari daging
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
Kiub pati ayam (optional)
seurat daun kari
Kentang, Carrot, Kacang Panjang (Ikut suka nak letak berapa banyak)
2 biji tomato dibelah empat
garam dan gula secukup rasa


Cara binaan:-

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah empat sekawan dan tumis lagi.
3. Masukkan rempah kari dalca yang dicampur sedikit air dan daun kari. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan air  (sebanyak mana kita nak kuahnya). Masukkan kentang.
5. Masak hingga hampir mendidih, masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan sayur2an, kacal dal yang telah direbus tadi dan tomato.


Kari dalca ni sedap dimakan dengan nasi beriyani atau roti canai.


Thursday, January 19, 2012

Sotong Sumbat Percik Cili Padi

Salam hari Khamis semua,

Hmm...hari ni rasa teringin lak nak makan sotong sumbat. Actually isi sotong tu boleh dipelbagaikan. Ada yang sumbat ngan pulut, ada yang sumbat ngan kentang, telur dan macam2 lagi lah. Kali ni kita sumbat dia ngan pulutlah.  Resipi ni kira resipi campak2 je, so semua bahan2 tu main agak2 je lah sebenarnya.

Bahan binaan :-

Bahan Sumbat


150 g beras pulut
200 ml santan (I buat 150 ml santan pekat dalam tin campur 50 ml air)
Sedikit garam

4-6 ekor sotong direbus dahulu.
1 biji tomato di potong dadu
1 sudu besar santan
1 kiub ikan bilis (optional)
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

5 cm halia
5 cm kunyit hidup
5 cm lengkuas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi (Nak lagi pedas, tambah lagi)
2 biji cili hijau
1 batang serai


Cara binaan :-

1. Kukus beras pulut dengan santan dan garam selama 1/2 jam atau sehingga masak. Sejukkan seketika.
2. Bersihkan sotong yang  telah direbus tadi dan sumbatkan pulut yang sudah masak tadi kedalam sotong hingga penuh dan cucuk lidi di hujung sotong tadi.
3. Panaskan  minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan tomato yang telah didadu dan kiub ikan bilis hingga naik bau.
4. Masukkan santan dan masak seketika.
5. Masukkan sotong tadi dan masak hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.


Hidangan ni agak agak pedas, so kalau nak kurang pedas, kurangkan cili padi atau boleh ganti tomato dengan asam keping atau air asam jawa.


Ok, dah siap...boleh dihidang dengan nasi panas2. Kalau nak makan macam tu je pun boleh jugak sebab inti sotong tu pulut, so memang agak mengenyangkan.

Wednesday, January 18, 2012

Blueberry Rhubarb Pie


Salam bersiaran lagi hari ni,

Semenjak duduk kat bumi UK ni memang dah bercita2 nak buat resipi yang guna rhubarb ni sebab selalu tengok kat dalam website mat salleh je. Geram pulak tengok colour rhubarb tu bila dimasak, pink2 dan kemerahan je. Tapi sebab tak sabau punya pasal dan lagipun kawan kat Australia pun siap duk pesan suh cuba resipi rhubarb ni, gi lah jugak mencari. Akhirnya jumpa lah jugak cuma rupanya tak secantik macam yang tengok kat blog2 mat saleh tu mungkin sebab sekarang ni winter so bukan musim dia lah gamaknya.


Memang kebiasaannya rhubarb ni diorang guna untuk buat pie or crumble je. Ada jugak yang buat muffin or cheesecake. So since ni lah first time nak buat, so kita cuba buat pie dulu. Itu pun tak letak dia saja, kita combine ngan buah blueberry sikit n some strawberry.




Ok, resipi ni cut n paste je dari blog Dessert For Breakfast ni. Kalau singgah kat blog dia ni memang buleh nangis ler tengok resipi ngan gambar2 yang memang cun giler. So, since this is a tested recipe, so kepada sesiapa yang nak mencuba memang sangat digalakkan hee... tapi kalau takde rhubarb pun takpe, letak je lah apa2 jenis buah berry pun boleh je.


For pastry:
2 cups AP flour
1/4 tspn salt
2/3 cups butter, cold
6-7 Tbspn ice cold water




For filling:
12 oz. rhubarb, chopped into small, 1/2" chunks
1 lb. blueberries
freshly grated zest of 1 orange
3 Tbspn orange juice
1/2 cup (100 gr) sugar
4 Tbspn corn starch
1 egg yolk
1 Tbspn heavy cream, and more for serving
turbinado sugar 




Method :

1. Combine the flour and salt in a bowl.
2. Using a pastry cutter, cut the cold butter into the flour, until the size of small peas.
3. Gradually add the water, 1 Tbspn at a time until, when you press the dough between your fingers, it holds together. Do not overmix!
4. Wrap the dough in parchment paper or plastic wrap and chill for at least 1 hour.
5. Preheat oven to 400 degrees F.
6. Remove the dough from the refrigerator and roll it out, about 1/8" thick. Place dough into the pie plates (preferably springform), reserving the leftover dough for the lattice top. Keep the prepared dough cold.
7. To prepare the filling, combine the chopped rhubarb, blueberries, orange zest and juice, granulated sugar, and corn starch in a bowl.
8. Spoon the filling into the pie crusts. Top with cut strips of pastry.
9. Whisk together the egg yolk and 1 Tbspn of heavy cream. Brush the egg wash lightly over the lattice crust. Sprinkle generously with turbinado sugar.
10. Bake for 400 degrees F for about 45 minutes. If the tops start to get brown, around 30 minutes, place a layer of foil over the pies and continue to bake until the rhubarb is cooked through.
11. Remove and let cool. Serve with a splash of heavy cream ( I serve with creme fraiche)




Alhamdulillah, huh..kenyang. Memang sedap, makan sekali, mesti nak lagi. Tak caya boleh tanya bebudak kecik kat rumah ni..(lagipun bebudak kan memang suka benda2 manis gini :)). Selamat mencuba.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC