Monday, February 7, 2011

Roti Poket Doraemon

Sejak Dalea dah mula sekolah, aku pun terpaksa bangun lebih awal dari biasa sebab nak buatkan bekal untuk dia. Walhal, boleh je setakat bagi duit belanja dan biar dia beli makanan sendiri kat kantin masa rehat. Tapi sebab kadar sopan santun si Dalea ni agak tinggi *wink*, maka biar lah aku yang tunggang terbalik kat dapur pagi-pagi buta daripada kebuluran lak si Dalea tu nanti. Bukanlah nak under estimate anak sendiri, tapi dah terbukti oleh Lever Brothers, maka biarlah aku bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian...hmm...ada kena mengena ke???

Anyway, since pagi adalah masa yang amat singkat untuk buat macam-macam benda, maka terpaksa lah aku sekodeng resepi yang senang2 je supaya aku sendiri tak panik macam cipan sebab dah kesiangan dek kalut membuat bekal anak.

Pagi tadi, aku buat Roti Poket ni lepas sekodeng blog Mamazieza. Memang senang..pejam mata pun boleh siap punya lah.



Bahan:-

Buat Poket
4 keping roti (Kalau nak lebih, tambah lagi roti)
1 biji telur
sedikit garam 
Bread Crumb secukupnya

Inti
Yang ni ikut suka. Macam aku sebab barang pun tak banyak dan Dalea pun tak makan pedas, so aku cuma rebus crab stick dan crab ball dan letak mayonis.

Kalau suka pedas, bolehlah buat ala2 inti kebab tu.

Cara:-

1. Cantum 2 keping roti setiap satu (macam sandwich)
2. Gelek roti tadi dengan kayu penguli atau apa2 je lah janji boleh gelek.
3. Celup dalam bancuhan telur dan garam
4. Salut dengan bread crumb
5. Goreng
Roti akan meggelembung. Bila dah kekuningan angkat dan toskan sekejap, lepas tu belah tengah. Bolehlah masukkan inti yang disukai ramai.



0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC