Wednesday, February 9, 2011

Bekal Menu Omputeh Hari Ni

 Pagi ni seperti biasa aku masih lagi kesiangan..alasan sama di ulang tayang..badan rasa letih semacam..tapi pagi ni dalam duk kelam kelibut tu sempat juga buat 2 bijik chicken burger. 1 untuk Dalea, 1 lagi Mr. Hubby dah pow bawa gi opis. Untuk versi Dalea cuma letak timun, cheese ngan mayonis je. Dia ni alergik sikit dengan pedas, walaupun setakat cili sos.
Chicken Pattie tu aku dah buat malam tadi, so pagi ni tinggal menggoreng pattie nya je. Ok, jom tengok resepi.


 Bahan:-

400 g daging atau isi away dikisar (Kalau malas, pakai je yang dah siap jual tu)
1 biji telur
3 sudu besar bawang merah - potong dadu
1 cawan serbuk roti
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh  cumin
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam 
sedikit oregano, parsley, or any herb (ikut suka)
* Bahan2 ni sebenarnya ikut kita lah, kalau ada letak, tak nak pun takpe. Letak macam2 pun takpe.
*Aku dapat lebih kurang dalam 6 pattie.

Cara :-

1. Gaul semua bahan kecuali telur.
2. Bila bahan dah sebati masukkan telur yang dah dipukul sedikit demi sedikit.
3. Gaul lagi dan bulat2 kan lepas tu penyekkan dia kasi leper.
4. Simpan dalam fridge dulu sebelum digoreng supaya tak pecah.
5. Pastu bolehlah beli roti burger macam yang kat gambar tuh, letak lah timun ke, salad ke atau apa saje ikiut selera tekak masing2.



Ni ler rupa chicken pattie aku lepas digoreng.

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC