Sunday, March 11, 2012

Snow Pudding


Salam semua,

Hari ni kita buat dessert lagi and of course yang paling mudah buat agar-agar atau pudinglah kan. Cuma dessert kali ni banyak sikit step dia tapi memang tak rugi mencuba sebab rasa dia memang marbeles. 

Dah banyak kali rasanya terpandang resipi ni kat dapur chef2 tersohor di alam siber ni tapi bila tengokkan step2 yang nak dibuat tu, rasa malas pulak. Tapi bila ditenung hasil kejadian tu, rasa macam melambai2 je pulak buah strawberry kat pasaraya tu mintak di transform hihi..


Anyway, since hari ni pun cuaca agak panas and surprisingly kat sini 16C boleh kata panas, padahal kalau kat Malaysia, tu kira macam duduk dalam aircond punya cuaca tu. Tapi tu lah realitinya, bila dah hari2 cuaca asyik -ve dan below 10C, sesekali dapat lebih 10C dah kira panas sangat lah tu.


Ok, enuff  of that, jom kita tengok resipi dulu. Resipi ni kalau ikut catatan blogger2 dapur ni hasil dari Yasa Boga (I guess an Indonesian) dan resipi ni memang ada di merata ceruk dapur. Ada kat dapur Kak Wan, Ita Masam Manis, Yat Easybake dan ramai lagi. This one I used the recipe from Ita Masam Manis dan sama macam Ita, ah kak pun buat 1/2 je dari adunan asal.



Snow Pudding

By: Yasa Boga



Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Bahan Binaan:-

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry 
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah 

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco (optional)

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan 





Cara Binaan:-


1. Sediakan acuan 7"
2. Potong buah strawberries kepada kepingan.
3. Susun pada dasar loyang / acuan
4. Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang.

LAPISAN SUSU:-

1. Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
2. Kacau rata.
3. Kemudian panaskan pada api sederhana, tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
4. Matikan api.
5. Tambahkan whipping crean dan kacau rata.
6. Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

LAPISAN STRAWBERRY:-

1. Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
2. Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut 
3. Matikan api
4. Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
5. Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
6. Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries dan kacau rata.
7. Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula 
8. Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
9. Mulakan pada bahagian tepi loyang.
10. Biarkan ia mengeras

LAPISAN COKLAT :-

1. Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut 
2. Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
3. Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
4. Pukul sedikit kuning telur
5. Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur. Kacau rata
6. Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
7. Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
8. Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata 
9. Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
10. Mulakan dari bahagian tepi loyang.
11. Gunakan sudu untuk menuang.
12. Biarkan puding sejuk dan mengeras




Ok, dah siap. So far memang sangat lah tertawan dengan rasa puding ni. My best layer is the cocoa layer but gabungan ketiga2 layer tu memang sangat ngam. Yang buat dia rasa macam snow should be the egg white in the strawberry layer sebab lapisan tu memang rasa ringan dan seakan berbuih.



Pendek kata memang kena cuba dulu lah baru tau kesedapan rasa puding ni. Ok, selamat mencuba.






0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC