Saturday, February 4, 2012

Pilaf Tomato


Salam semua,

Hari ini ah kak bakal di tinggalkan dengan 2 orang anak, yang sorang lagi tu akan ikut ayahnya. Ish...bukannya apa, hari ni ada majlis bacaan Yasin kali kedua dekat area Dagenham ni. Last 2 weeks dah buat kat rumah ni, so kali ni turn kawan yang lain pulak. Yang bestnya malam ni siap ada ceramah Maulidur Rasul lagi. Tapi apakan daya, oleh kerana si kecik Khalissa tu kena chicken pox, maka tak dapat lah ah kak nak sama2 mengimarahkan majlis.

Oleh kerana bakal ditinggalkan dan en hubby akan makan sedap2, maka zat pemakanan bagi ahli keluarga yang tinggal ni nak lah jugak dijaga supaya seimbang kan.....apakah??? Neway, hari nikita cuba resipi nasi pulak. Selalu makan nasi putih je pun bosan jugak kan. Sekali sekala kita tukar pulak nasi kaler2 cam ni. Yang bagusnya nasi ni, bagi bebudak especially, kalau tak berlauk pun takpe sebab nasi tu sendiri dah berperisa. Ha..kan jimat masa dan tenaga tu. Tapi kali ni ah kak buat menu lengkap sebab sendiri yang nak makan. Ah kak buat pilaf tomato dimakan bersama ayam masak merah dan acar timun dan nenas. Ha..kelas gitu, rasa macam gi makan kenduri pulak..hee... Reseipi nasi ni dapat dari dapur Sky Blue. Seronok singgah kat dapur Diana ni, macam2 resipi ada dan Pilaf tomato ni mmang senang sangat nak buat dan rasa memang sedap. Ok, jom kita tengok resipi.


Bahan binaan :-

1 kg beras basmathi di cuci bersih dan dirndam selama 10-15 minit kemudian di toskan airnya (Tapi ah kak buat 1 1/2 pot beras je sebab rakyat jelata tak ramai)
Air mengikut paras beras dan lebihkan secawan (ikut jenis beras jugak ye)
5 btg kulit kayu manis (pakai 1 btg je)
5 biji buah pelaga (pakai 2 je)
2 helai daun bay (pakai 1 je, tak letak pun takpe)
2 biji bunga lawang (tambah sendiri)
2 biji bunga cengkih (tambah sendiri)
1 biji bawang besar di hiris halus (pakai 1/2 biji je)
2 biji cili merah di belah jangan putus (letak satu je, tapi kalau tak nak pedas tak letak pun ok)
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan pes tomato (pes tomato or puri ann ado, so pakai 1 biji tomato dicincang dan 3 sudu sos tomato)
1/2 cawan daun pudina (tak letak)
1/4 cawan susu cair (ganti ngan susu segar sebab susu cair dah habis)
Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit gajus yang digoreng dan kismis (Ganti gajus ngan badam)
Sedikit minyak atau minyak sapi untuk menumis


Cara binaan (My style, tak ikut Sky Blue sangat) :-

1.  Masukkan beras, air, susu dan garam ke dalam periuk nasi.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih dan daun bay hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan bawang dan cili merah, tumis lagi.
4. Masukkan pes bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan pes tomato. Masak hingga pecah minyak, tutup api.
5. Masukkan semua rempah tadi kedalam periuk nasi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Tutup periuk dan biar hingga mendidih.
7. Masukkan gajus dan kismis dan biar hingga nasi masak.



Nasi ni sedap juga di makan dengan ayam masak merah ni. Resipi ayam ni tak berapa nak ada sukatan pun sebab main campak2 je. Neway, here's the recipe.


Bahan binaan :-

5 ketul ayam yang telah dipotong, di perap dengan serbuk kunyit dan garam.
2 inci halia di hiris
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
10 -15 tangkai cili kering * (kisar semua bahan bertanda *)
1 batang serai di titik
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa


Cara binaan ;-

1. Goreng ayam tadi, angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama halia dan serai hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, garam dan gula.
4. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan kacau sebati.
5. Bila dah masak, boleh diangkat dan di hidang dengan nasi tadi.




Ok, dah pun kenyang..Alhamdulillah. Selamat mencuba.

2 comments:

Juwita Jamaludin said...

Salam ana.. Thanks singgah blog saya. menarik menunya.. LaPar plak nampak..:)

Anna said...

Tq Juwita.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC