Di suatu pagi yang dah tak berapa nak pagi ..tetiba En. Hubby berkata..."I nak you masak serupa macam ni boleh?" sambil jari menunjuk ke arah gambar ayam golek di pintu oven yang baru ku beli itew. Akak pun tak mau kalah lah kan sebab dah beli oven yang boleh panggang ayam ala2 Kenny Rogers tu..dengan selamberz menjawab..."boleh, you beli lah ayam, nanti I masak sebijik macam Kenny Rogers" pergh..ayat mesti power lah kan.
Sekali 1/2 jam kemudian, En. Hubby sudah balik bawak itu sekor ayam siap dengan rencah nak marinate nya sekali. Ha..padan muka..terkulat2 ler tengok ayam tu tapi masih buat muka confident, "you tolong cuci ye, I nak siapkan bahan nak marinate.. (padahal perut akak ko ni dah kecut, tak pernah lagi seumur hidup panggang ayam, ni ada hati nak buat ala2 Kenny Rogers... bila pulak lah nak dapat makan ayam ni, sekarang dah pukul 11.00, mau malam baru siap ni).
Tapi, dipendekkan citer, ending mestilah baek punya kan, kalau tak, takdelah berani nak letak tajuk entry yang gah macam tu. Lepas timing paling singkat marinate ayam, campur tolak kali campur siapkan side dishnya, dapat lah semua ahli keluarga merasa makan ayam ala2 Kenny Rogers ni tepat kul 5 petang...tu pun dah habis gigil dah kaki tangan duduk berdiri kat dapur.
Ha...apa lagi..cuba lah, gerenti korang pandang sebelah mata je lah Kenny Rogers tu lepas ni...
Roasted Chicken ala2 Kenny Rogers (memang kena letak nama macam tu ek)
Bahan:-
1 ekor ayam dibersihkan isi perutnya dulu ya
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos lada hitam atau 2 sudu besar kicap manis lepas tu letak serbuk lada hitam banyak2
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 kiub pati ayam
gula dan garam secukup rasa
sedikit herba oregano, jintan manis dan jintan putih
Cara:-
Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air. Lumurkan bahan yang dah dikisar tadi ke dalam perut ayam dan keseluruhan ayam. Kemudian perap ayam ayam tadi dan tutup dengan menggunakan aluminium foil semalaman (ini kira paling sedap lah, tapi kalau kes tak sempat macam aku ni, 1 1/2 jam pun kira ok)
Selepas itu, panggang ayam tadi selama 1 1/2 jam lagi dan setiap 30 minit sapukan lebihan bahan yang kita guna untuk marinate tadi dengan menggunakan sebatang serai supaya ayam tadi tidak terlalu kering.
Dah masak, boleh lah dihidang.
Ni pulak resepi Mushroom Gravy untuk makan ngan ayam tadi. Baru lah lengkap menu ni kan.
Bahan:-
2 cawan stok ayam
1 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar butter
garam & gula secukup rasa
cendawan butang dalam tin dihiris (ikut suka nak letak banyak mana)
2 sudu besar tepung (bancuh dengan sedikit air)
Cara:-
Renehkan bawang dan stok ayam dengan susu tadi atas api.
Lepas tu angkat sekejap dan keluarkan bawang yang dah layu tadi.
Letak balik atas api dan masukkan bahan2 lain kecuali campuran tepung dan kacau sebati.
Last sekali baru masukkan bancuhan tepung (ikut suka nak pekat ke nak cair ke. Kalau nak pekat, letak lebih, nak cair, letak sikit. Yang ni kena main agak2 sendiri ya)
Kacau sebati dan boleh angkat dan sedia untuk dimakan dengan ayam.
Yang ni pulak mash potato yang simple, tapi kalau nak lagi simple beli je pre-mix yang jual kat kedai bakery tu tapi rasa I dunno sebab tak pernah pulak cuba. Anyway, since terjumpa lak 3 ketul kentang yang ala2 nak tumbuh tunas tu, baik ku selamatkan dulu jadi kentang lenyek (versi bahasa melayu)
Bahan:-
2 ke 3 biji kentang dikupas dan direbus sampai lembut.
1/2 cawan susu (ikut berapa banyak kentang kita guna)
Sesudu besar butter
sedikit garam
Cara:-
Lenyekkan kentang yang dah direbus tadi sampai hancur (ikut suka koranglah nak lenyek pakai apa pun), masukkan susu, butter dan garam. kacau sebati. Pastu ambiklah scoop ice cream tu dan scoop letak dalam mangkuk (aku punya version tak yah nak scoop dah). Lepas tu boleh lah tuang mushroom gravy tadi atas mash potato ni.
Sumber asal : pun lepas skodeng Blog
Mamafami
Ok, tak sah lah kalau makan semua tu tanpa Coleslaw kan. Ok resepi ni sangat senang..(cewah, mentang2 dah buat). Semua aku main agak2 je.
Bahan:-
Kobis dan carrot dihiris nipis dan didadu
sedikit mayonais
1/2 cawan buttermilk
1 susu jus lemon
1 sudu cuka
sedikit susu
Cara:-
Memula, bersihkan kobis dan carrot dan asingkan.
campur semua bahan yang lain tadi dan kacau sebati. Lepas tu tuang atas kobis dan carrot tadi.
Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang, baru kick.
Ok lah geng, itu je untuk kali ni.