Monday, March 5, 2012

Puding Fruit Cocktail


Salam semua,

Hari ni kita share resipi ulang tayang je ye, sebab resipi agar2 ni sama je macam resipi puding peach dan laici macam entry kat SINI cuma kali ni kita pakai fruit cocktail maka jadilah puding Fruit Cocktail pulak. Rasa puding ni sedang2 je, so kalau nak lebihkan gula pun boleh je, tak pun nak makan dengan custard sauce pun boleh jugak.

Puding ni bawak untuk majlis farewell kak Faridah yang dah nak balik Malaysia minggu ni.




Bahan binaan:-

10 g serbuk agar2 atau agar2 tali
1 tin fruit cocktail atau apa2 jenis buah dalam tin yang lain pun ok
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air (guna setengah dari air buah2an - nak kurangkan air pun boleh)

Cara binaan:-

1. Masukkan serbuk agar2, air dan gula dalam periuk dan masak sehingga agar2 larut. (Kalau pakai agar2 tali, rendam dulu selama 2 jam).
2. Masak hingga mendidih, masukkan sus dan kacau rata.
3. Tutup api dan masukkan buah2an campuran tadi, tuang dalam acuan yang bersesuaian.
4. Sejukkan sebentar dan simpan dalam peti sejuk.



Ok, that's all for now. Nak siap2kan ayam, daging punya marinade sebab nak buat barbeque pulak petang ni. Selamat mencuba.

Sunday, March 4, 2012

Serikaya Made In London


Salam semua,

Hari ni kita share resipi serikaya je ya. Kalau kat Malaysia, memang tak gaduh lah nak makan kaya ni. Tapi bila dah jadi perantau macam ah kak ni baru lah teringin nak makan itu, nak makan ini. Actually kat London ni ada je kedai yang jual kaya ni, memang import dari Malaysia pun, cuma kedainya tu kat central dan itu pun ikut nasib ler, kalau time pergi tu stok takde, alamatnya putih ler mata. Dah lah tak ada urusan lain pun kalau setakat nak membeli kaya kat central tu memanglah tak berbaloi.

Ada satu lagi kedai oriental yang jual kaya ni tapi brand Ayam, rasa dia tak lah sesedap Kaya Nona atau Kipas Udang. Bebudak kat rumah ni suka lah sangat makan kaya ni. Kat kedai oriental tu sebotol kecil dalam £3 +, lebih kurang RM15 sebotol kecil ler kiranya.

So, alternatifnya, kita godek2 ler resipi kat Internet ni dan memang dah rezeki jumpa resipi kat Blog Ijayuji @ Kurniaanmu.blogspot.com yang duduk kat Thailand. Dia pun susah gak nak dapatkan kaya ni, so kenalah buat sendiri.

Oklah, jom tengok resipi.



HOMEMADE KAYA

Bahan Binaan :-
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat (500gm)>>Kita gunakan 500ml santan pekat dlm tin :D
5 biji kuning telur
2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan 
  
Cara Binaan :-

1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Biarkan sejuk betul2.
3. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. 
4. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.



Ok, dah siap. Boleh lah buat banyak2 dan simpan dalam fridge. KAYA lah ah kak lepas ni, sebab tak payah beli KAYA lagi hihi...

Trip to Bath


Salam hari minggu,

Mesti semua tengah bermalas-malasan hari ni kan. Oh ya, kalau kat Malaysia sekarang ni dah petang nak ke malam, tapi kat sini masih awal pagi. Walaupun niat di hati nak bermalas-malasan jugak tapi hari ni plan nak ke carboot market so terpaksalah bangun pagi.

Tapi malang memang tidak berbau sebab cuaca pagi ni agak mendung, maka penjual2 di carboot tu pun nak bermalas-malasn jugak kat rumah, so cancel order lah.

Anyway, hari ni takde entry makan2 sebab semalam dah penat meronda ke Stonehenge dan Bath. Cerita pasal bandar Bath ni, kali ni dah masuk 3 kali kitorang ke sana. So far, this is one of my favourite place to go sebab suasana pekannya yang sangat historical.

Oh ya, kalau ke sini, memang tak pernah miss lah singgah kedai buku ni sebab boleh kata sepanjang tahun kut dia buat sale so memandangkan dah sampai, sempat lah merembat 3 naskah buku ni  Semua buku2 ni di jual pada harga 70% lebih murah.


Kalau bab mengumpul buku masakan memang nombor satu tapi bila nak cuba semua tu tak taulah kan.


Sambil duk pusing2 tu, terjumpa lak kedai ni. Memang wajib masuk ni, terus rasa macam budak kecik duduk kat kedai permainan hihi....Tapi harga barang2 kat sini agak mahal berbanding Lakeland atau TK Maxx.



Boleh ambik gambo je ler, bagi menyedapkan hati. Kalauikutkan rasa, semua benda nak di borong :)


Lepas tu jumpa lak kedai ni, nama Octopus tapi tak jual octopus lah hee.. Barang2 dalam kedai ni memang tersangat unik. Ni pun rasa macam nak rembat je semua, tapi sabar....







Cantik kan grater ni, yang kecik tu satu £12.50 dan yang besar £16. Memang rasa nak beli tapi macam tak berbaloi lah sangat. Nak guna sayang, nak buat hiasan...hm.....apakah???


Memang sangat lah tak tertahan tengok kaler barang2 kat sini, macam melambai2 je dari jauh :)


But then, walaupun rasa macam tak nak beli apa2, dapat jugaklah rembat satu Nordicware Baking Pan ni kat Kitchen tadi yang sungguh menawan kalbu. Tak sempat tunggu lama, malam tadi jugak rasmi ya.


Yang ni pulak madeleine tin sebab teringat hari tu Umiku mintak buatkan tapi tertangguh sebab takde acuannya..hihi...alasan kukuh untuk membeli.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC