Monday, February 6, 2012

Alfajores


Salam semua,

Hari ni ah kak sibuk sikit sebab nak keluar membeli barang, maka aktiviti main masak2 ni pun agak terhad. So hari ni kita share satu resipi cookies yg simpleje dan boleh buat in advance. Nama cookies ni Alfajores. Ha..dah macam bunyi jawa pun ada jugak kan. Camana nak sebut?? Al-fah-HOR-rays. Alfajores ni cookies yg terkenal di Latin Amerika sana nun. Tapi jangan tanya samada ah kak ni pernah sampai ke sana ke tidak ya. Ah kak dapat resipi ni dari blog Joy of Baking. The good part of doing this cookies is that you can do the dough and the filling in advance. The cookie dough ni ikut resipi shortbread biasa je and the cookies is being sandwich with Dulce de Leche filling. 

Ok, jom kita tengok resipi.



For Shortbread Dough:-

2 cups all purpose flour (I used plain flour)
1/4 teaspoon salt
1 cup / 226 g unsalted butter (room temperature)
1/2 cup icing sugar
1 teaspoon pure vanilla extract

Method :-

1. In a separate bowl, whisk the flour and the salt.
2. In a bowl of your hand mixer or stand mixer, beat the butter until creamy.
3. Add the sugar and beat until smooth.
4. Beat in the vanilla.
5. Gently beat in the flour mixture until incorporated.
6. Flatten the dough and wrap in with plastic wrap, then chill the dough for 1 hour or overnight.
7. Preheat the oven at 177C or gas mark 4, line your baking sheet.
8. On a lightly floured surface, roll out the dough until it is 1/4 inch thick.
9. Using a floured round cookie cutter, cut out round.
10. Bake about 7-10 minutes depending on your oven untl golden brown.
11. Cool on wire rack.


For Dulce de Leche :

1 litre whole milk
3/4 cups granulated sugar
2 tablespoon light golden syrup
1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla extract
1/8 teaspoon salt


Method :-

1. Put all the ingredients except for vanilla in a heavy duty pan.
2. Place over medium heat and bring to boil
3. As soon as the milk begin to foam up, stir with wooden spatula.
4. Reduce the heat until the milk is just at a low rolling boil.
5. Stir frequently and scrape the side of the pan until the milk become thick, sticky and caramel in colour about 40 to 60 minutes.
6. Once the Dulce de Leche has been reduced to 1 1/4 cup, remove from heat and strain. Stir the vanilla extract.
7. Let it cool before covering and storing. It can be stored in the fridge for about a month.
(For a detailed explanation, boleh tengok kat blog Joy of Baking).


For me the taste is just nice sebab shortbread tu pun rasanya lemak2 je dan tak manis, Dulce de Leche tu pulak memang agak manis so it just marry together.




Anyway, kalau rasa2 payah nak buat Dulce de Leche tu boleh je beli yang storebought punya atau boleh je guna apa2 jenis jem yang di sukai, pun sedap jugak. Selamat mencuba.

Saturday, February 4, 2012

Pilaf Tomato


Salam semua,

Hari ini ah kak bakal di tinggalkan dengan 2 orang anak, yang sorang lagi tu akan ikut ayahnya. Ish...bukannya apa, hari ni ada majlis bacaan Yasin kali kedua dekat area Dagenham ni. Last 2 weeks dah buat kat rumah ni, so kali ni turn kawan yang lain pulak. Yang bestnya malam ni siap ada ceramah Maulidur Rasul lagi. Tapi apakan daya, oleh kerana si kecik Khalissa tu kena chicken pox, maka tak dapat lah ah kak nak sama2 mengimarahkan majlis.

Oleh kerana bakal ditinggalkan dan en hubby akan makan sedap2, maka zat pemakanan bagi ahli keluarga yang tinggal ni nak lah jugak dijaga supaya seimbang kan.....apakah??? Neway, hari nikita cuba resipi nasi pulak. Selalu makan nasi putih je pun bosan jugak kan. Sekali sekala kita tukar pulak nasi kaler2 cam ni. Yang bagusnya nasi ni, bagi bebudak especially, kalau tak berlauk pun takpe sebab nasi tu sendiri dah berperisa. Ha..kan jimat masa dan tenaga tu. Tapi kali ni ah kak buat menu lengkap sebab sendiri yang nak makan. Ah kak buat pilaf tomato dimakan bersama ayam masak merah dan acar timun dan nenas. Ha..kelas gitu, rasa macam gi makan kenduri pulak..hee... Reseipi nasi ni dapat dari dapur Sky Blue. Seronok singgah kat dapur Diana ni, macam2 resipi ada dan Pilaf tomato ni mmang senang sangat nak buat dan rasa memang sedap. Ok, jom kita tengok resipi.


Bahan binaan :-

1 kg beras basmathi di cuci bersih dan dirndam selama 10-15 minit kemudian di toskan airnya (Tapi ah kak buat 1 1/2 pot beras je sebab rakyat jelata tak ramai)
Air mengikut paras beras dan lebihkan secawan (ikut jenis beras jugak ye)
5 btg kulit kayu manis (pakai 1 btg je)
5 biji buah pelaga (pakai 2 je)
2 helai daun bay (pakai 1 je, tak letak pun takpe)
2 biji bunga lawang (tambah sendiri)
2 biji bunga cengkih (tambah sendiri)
1 biji bawang besar di hiris halus (pakai 1/2 biji je)
2 biji cili merah di belah jangan putus (letak satu je, tapi kalau tak nak pedas tak letak pun ok)
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan pes tomato (pes tomato or puri ann ado, so pakai 1 biji tomato dicincang dan 3 sudu sos tomato)
1/2 cawan daun pudina (tak letak)
1/4 cawan susu cair (ganti ngan susu segar sebab susu cair dah habis)
Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit gajus yang digoreng dan kismis (Ganti gajus ngan badam)
Sedikit minyak atau minyak sapi untuk menumis


Cara binaan (My style, tak ikut Sky Blue sangat) :-

1.  Masukkan beras, air, susu dan garam ke dalam periuk nasi.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih dan daun bay hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan bawang dan cili merah, tumis lagi.
4. Masukkan pes bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan pes tomato. Masak hingga pecah minyak, tutup api.
5. Masukkan semua rempah tadi kedalam periuk nasi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Tutup periuk dan biar hingga mendidih.
7. Masukkan gajus dan kismis dan biar hingga nasi masak.



Nasi ni sedap juga di makan dengan ayam masak merah ni. Resipi ayam ni tak berapa nak ada sukatan pun sebab main campak2 je. Neway, here's the recipe.


Bahan binaan :-

5 ketul ayam yang telah dipotong, di perap dengan serbuk kunyit dan garam.
2 inci halia di hiris
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
10 -15 tangkai cili kering * (kisar semua bahan bertanda *)
1 batang serai di titik
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa


Cara binaan ;-

1. Goreng ayam tadi, angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama halia dan serai hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, garam dan gula.
4. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan kacau sebati.
5. Bila dah masak, boleh diangkat dan di hidang dengan nasi tadi.




Ok, dah pun kenyang..Alhamdulillah. Selamat mencuba.

Friday, February 3, 2012

Tutty Fruity Peach Pudding


Salam bersiaran lagi semua,

Hari ni ah kak free sikit sebab dah habis kelas untuk minggu ni. Since banyak masa free ni maka banyak ler benda yang nak di experimentkan tak gitew?? So experiment hari ni ialah buat puding buah2an segar ni. Actually resipi asal tengok kat blog Juwitafariz ni. Dia buat Strawberry Fruitti Crystal Pudding, tapi as usual telah ku ubah suai mengikut citarasa sendiri. Dah nama pun experiment kan.


Puding ni memang nampak menarik sebab bahagian atasnya ala2 kristal dan menampakkan susunan buah2an segar dan bahagian bawahnya ada puding. Actually kalau takde buah2 segar ni boleh je ganti ngan buah dalam tin, sebab kalau kat Malaysia kan sedia maklum je lah rege buah2 ni melampau2 mahalnya.

Ok, jom kita tengok resipi.


Bahan Binaan Lapisan Atas :-

4 g serbuk agar2 atau agar2 tali (Kalau pakai agar2 tali, rendam dulu selama 2 jam)
5 sudu besar gula pasir (ikut suka nak manis atau kurang)
350 ml ke 450 ml air

Bahan Lapisan Bawah :-

5 g serbuk agar2 atau agar2 tali
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1 tin buah peach (atau apa2 jenis buah) - buah peach tadi di blend
1/4 cawan tepung kastard


Cara Binaan Lapisan Bawah :

1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. Bila mendidih, tutup api dan angkat.
3. Susun buah2an dalam acuan agar2 yang telah dibasahkan sedikit, dan tapis adunan tadi ke dalam acuan agar2.
4. Sejukkan seketika.


Cara Binaan Lapisan Bawah:-

1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 larut.
2. Masukkan air buah peach dan buah peach yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan susu cair yang telah dicampur dengan tepung kastard dengan menggunankan penapis.
4. Kacau hingga adunan hampir pekat.
5. Bila dah masak, tuangkan ke atas lapisan atas tadi. Sebelum itu, lorekkan lapisan atas tadi dengan garfu supaya kedua2nya melekat.
6. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti ais.
7. Sesuai dimakan sejuk2.


Ok, dah pun siap. Mudah je kan. Actually lapisan bawah tu boleh je ikut mana2 resipi yang kita suka mengikut selera masing2.


Selamat mencuba.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC