Thursday, February 2, 2012

Lemon Butter Cheese Cake

Salam semua,

Hari ni pace agak mandom sikit. Anak dara yang nombor dua tu kena chicken pox pulak, memang letih lah sikit nak melayan.

Neway, hari ni buat kek yang simple tapi sangat gebus ni untuk classmate a.k.a groupmate ku orang Columbia ngan Kazakhtan tu. Diorang ni asal gi kelas je tanya apa aku masak hari ni, sebab hari2 duk tengok gambar makanan kat dalam FB, tapi tak pernah nak semawa kat depa. Hi..bukan tak mau semawa, takut tak kena citarasa. Since dah selalu nau tanya, hari ni terpikir nak buat kek yang simple, yang sure boleh di terima tekak seantarabangsa punyalah. 


Resipi ni dapat dari Blog Dayang Jack. Memang simple, tapi cukup moist dan lemak2 je rasanya sebab ada campuran cheese dan lemon gitew.


Bahan binaan :-

Bahan A

225 g tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Bahan B

200 g butter
175 g cream cheese
175 g gula (letak 160 g je)
1/2 sudu teh lemon zest
5 biji kuning telur

Bahan C

5 biji telur putih
1 sudu teh jus lemon



Cara Binaan :-

1. Pukul butter dan cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Masukkan kuning telur dan parutan lemon, pukul lagi.
4. Masukkan bahan A dan gaul rata.
5. Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan C hingga kental.
6. Campurkan bahan C ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang 7 in x 7 in yang telah di gris dan dibakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau hingga masak.




Dah siap, boleh lah dihidang untuk minum petang atau apa2 waktu yang sealiran dengannya.

Butter Prawn


Salam semua,

Hari ni kita share resipi butter prawn pulak. Actually butter prawn ni dah masak 2 ke 3 hari lepas tapi tak sempat2 nak update resipinya. Since hari ni rasanya banyak aktiviti lain yang nak di bereskan, so kita keluarkan lah resipi ni dari senarai menunggu blog post ni....Oh ya, kalau nak diikutkan memang banyak resipi butter prawn ni, tapi setelah di telek2, I decided to try out a few different recipe and combined it to suit my own style.

Bahan binaan :-

8 - 10 ekor udang besar dibuang kaki dan dikeringkan

Bahan A

1 sudu teh gula dan garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun (apa2 minyak pun boleh)

Bahan B

3 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar butter (untuk menggoreng)

Bahan C

1/2 biji bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih di cincang
1 tangkai daun kari
4 biji cili padi di hiris
2 sudu besar butter (untuk menggoreng)
1/4 cawan susu cair
Sedikit sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara Binaan :-

1. Perap udang dengan Bahan A selama 15 - 20 minit.
2. Goreng udang dalam minyak panas hingga masak, angkat dan tus kan minyaknya.
3. Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu besar butter (boleh campur sedikit minyak untuk mengelakkan telur menjadi hitam), masukkan bahan B. Cara masukkan telur : Sambil mengacau bancuhan telur dalam mangkuk, tuangkan ke dalam kuali dalam bentuk bulatan dan sentiasa dikacau mengikut bentuk bulatan hingga telur menjadi kuning keemasan, angkat dan tapis. (Tapi time ni main kacau je so tak nampak lah bentuk telur tu macam ala2 sarang gitew).
4. Panaskan lagi kuali dengan butter, masukkan bahan C dan masak hingga berbau harum. Masukkan udang tadi dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan telur tadi dan boleh diangkat dan dihidang.



Ok, dah pun siap. Memang nampak macam remeh nak buat butter prawn ni, sebab banyak step nak di buat, tapi sebenarnya mudah sangat. Selamat mencuba.

Wednesday, February 1, 2012

Ayam Mentega Rangup dan Sayur Campur

Selamat Hari Wilayah semua,

Wah, hari ni semua warga Wilayah tengah bercutilah ye. Walaupun jauh beribu batu tapi Malaysia tetap di hatiku..hihi..tetiba lak sentimental.

Neway, hari ni adalah hari yang ceria sebab semalam dah keluar result Uni. Memula memang cuak sangat nak tengok result. My classmate sibuk suruh check tapi knowing myself yang selalu gabra bewak ni, I will only check when there's no one around. Bukan apa, senang nak pikir action plan kalau jadi apa2 hihi....

Alhamdulillah, despite all the difficulties coz I was warded due to my miscarriage 2 days before the final presentation and a week after that I have to submit my final assignment. Memang gamble je tu yang tak sangka boleh lulus and even got distinction and merits for both subject, Syukur Alhamdulillah.

Since dah dapat result, baru lah semangat sikit nak start sem kedua ni dan semangat sikit nak masak2 and berjalan2 nih...hihi....(yang tu tak boleh miss lah kan).

Ok, hari ni kita share resipi yang simple tapi memang sedap, kira siapa2 masak pun gerenti sedap punyalah. Resipi asal agak pedas tapi sebab nak bagi bebudak kat rumah ni makan, so I omit all the chilli part, tapi pada yang suka pedas boleh tambah cili ikut suka. Resipi dapat dari rumah Love2cook. Kalau singgah dapur ni memang lama berhenti sebab macam2 resipi hebat ada.

Bahan binaan :-

2 keping dada ayam dipotong kecil
2 stalk daun kari di hiris
4 bji cili padi di hiris
1 batang cili hijau di hiris
1/2 labu bawang besar di hiris
2 sudu besar sos cili
Tepung jagung secukupnya untuk menyalut ayam
Garam dan madu secukup rasa

Bahan Perap:

1/2 sudu kecil stok ayam tak letak)
2 sudu kecil gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa

Mentega secukupnya untuk memasak.


Cara binaan :-

1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 20 minit.
2. Salut ayam yang sudah diperap dengan tepung jagung dan goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega dan tumis bawang, daun kari dan cili padi/hijau hingga garing.
4. Masukkan sos cili, garam, madu dan ayam yang telah di goreng tadi.
5. Kacau sebati, angkat dan hidang.


Tara...memang sedap tapi yang ni version tak de cili, kalau ada cili rasanya lagi kick.

Yang ni pulak sayur campur buat makan dengan ayam tadi.

Bahan binaan :-

Sedikit broccoli, kubis bunga dan carrot
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di hiris
sedikit isi ketam di potong kecil
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara binaan :-

1. Tumis bawang hingga naik bau, masukkan isi ketam
2. Masukkan air dan boleh juga di tambah kiub ikan bilis waktu ni.
3. Bila agak mendidih, masukkan sayur2, kacau seketika dan boleh diangkat dan dihidang.


Ok, dah siap satu hidangan simple untuk hari ni.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC