Salam bersiaran,
Hari ni lambat sikit bersiaran sebab sambil nak menaip resipi ni sibuk jugak nak menaip assignment hihi........Ok, just a quick update, kek lumut ni buat semalam untuk bawak ke rumah Kak Zetty as buah tangan. Tq to Kak Zetty and abg Asharaf for the hospitality given to my mom and us. Macam2 kak Zetty masak tapi sebab kitorang sampai pun dah lewat, tak larat nak makan banyak2.
Btw, kek lumut ni kira menderhaka sikit sebab kalau ikut resipi asal kaler lumutnya mestilah hijau kan tapi sebab kaler hijau dah habis, kita pakai je kaler merah tapi disebabkan penggunaan tepung biskut marie dan horlick tu menjadikan campuran warna tu tak naik sebab tepung2 tu dah sedia ada kaler cream tapi rasa memang marbeles, ala2 kek lapis dan tekstur kek memang gebus. Sayang tak dapat nak ambik gambar kek yang dah di potong sebab nak bagi kat orang kan, takkan nak potong siap2, tak gitew?
Resipi ni kalau tak silap asalnya dari dapur Dayang Jack tapi dah berjalan merata, so yang ni kita tengok kat blog Yati.
Kek Lumut
Sumber : Yati @ Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum (diayak) - (I used tepung biskut marie so bila letak kaler tak berapa naik)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya (I used light red colour - but looks brown in the pics)
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
0 comments:
Post a Comment