Semalam semua benda kena buat cepat2 sebab banyak sangat agendanya padahal cuti sehari je, tapi agenda macam untuk seminggu. Since daging je yang ada so kita ubahsuai ler resepi. Resepi ni sebenarnya bukan ada sukatan pun, main campak2 je, so sukatan tu sekadar panduan lah ye.
Daging Kicap Beriani
Bahan binaan:-
Daging batang pinang (Agak2 ikut keramaian rakyat jelata)
1/2 inci halia
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih
2 sudu besar rempah beriani
Kicap secukup rasa
Sedikit lada hitam, garam dan gula
Cara Binaan:-
1. Tumis bawang besar, halia dan bawang putih. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih, tumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani yang dikacau dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak masukkan kicap (ikut suka nak banyak mana).
3. Masukkan daging dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
5. Bila daging dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidang.
Latest Update - Pray for MH370
10 years ago
0 comments:
Post a Comment