Salam semua,
Mesti blogger2 masak memasak, baking membaking mahupun suri rumah tangga yang berkecimpung dalam bidang yang sama pernah guna atau terjumpa Butter Golden Churn ni kan. Butter ni memang agak mahal berbanding jenama butter yang lain sebab keenakan kuih-muih atau kek yang dihasilkan menggunakan butter ni memang lebih sedap dan gebus dari pakai Buttercup atau jenama lain. Golden Churn ni selalunya di gunakan bila buat kek lapis. So far, aku tak pernah lagi guna walaupun untuk melapis kek, aku lebih suka pakai buttercup je.
Baru-baru ni dah banyak blogger yang me war warkan ketidak halalan toyiban butter ni untuk kegunaan umat Islam sebab mengandungi DNA IBAB (sila baca terbalik k). Kat atas ni kira bukti dari Jabatan Agama Johor yang memaklumkan Butter Golden Churn ni tak halal untuk digunakan. Gambar ni ambik dari Blog Mat Gebu ye, aku cuma tolong memanjangkan je kat sini.
So kepada tukang masak sekalian, tak pakai Golden Churn pun takpe sebab selama aku bisnes kek ni aku memang pengguna setia Buttercup, so far Alhamdulillah menjadi je kek aku itew.
0 comments:
Post a Comment