Tuesday, July 9, 2013

Hampir Setahun Rupanya

 


Salam Ramadhan Al Mubarrak,

Pergh..dah nak dekat setahun rupanya tak update blog ni. Bukannya tak masak setahun tapi tak sempat lah nak update. Bukan setakat tak sempat nak menaip, nak ambik gambo pun dah tak dan.

Semenjak dah balik ke pangkal jalan ni memang macam nilah realitinya. Dulu masa jadi student bolehlah hari2 masak dan siap posing2 bagai. Sekarang ni kalau masak pun terus ngap je. Weekend pun jarang2 gak masak sebab macam2 acara ada kat sana sini, maka makin tak berasap lah dapur kecilku ini.

Anyway, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga segala amalan kita mendapat keberkatan Ilahi dan semoga aku akan lebih produktif di bulan yang mulia ini. Kalau boleh memang sepanjang Ramadhan ni tak nak beli kat luar atau makan kat luar sebab terlampau ramailah manusia kalau time2 nak berbuka tu kan dan semua jenis nak makan dulu macam kan esok2 tak dapat makan dah. Semoga tercapai lah hajat di hati ni, InsyaAllah.

So, kalau ada kesempatan, maka adalah perkongsian resipi baru kat blog ni ya..Stay tune...:)

Monday, July 23, 2012

Nasi Minyak Lengkap

Salam ramadhan semua,

Hari ni dah masuk hari ke-4 kami berpuasa tapi kalau kat Malaysia baru masuk hari ke-3. Hari ni cuaca agak terik dan terasa bahangnya sampai ke dalam rumah. So memang tak larat sungguh nak keluar rumah. Kalau keluar pun pagi2 tadi sebelum cuaca betambah terik, itupun sebab nak kena gi check up kalau tidak memang tak sanggup rasanya nak keluar.

Kat London ni macam ni lah pulak rupa cuacanya. Kadang2 tu walaupun panas tapi terasa nyaman dan kadangkala agak sejuk dek tiupan angin. Tapi ada juga waktunya terutamanya macam minggu ni cuacanya agak terik, hampir sama macam kat Malaysia.

Neway, hari ni tak ada acara masak2 sangat sebab nak berbuka di rumah kawan. Paling tidak pun sediakan serba sedikit manisan sebagai buah tangan. So, hari ni kita share resipi Iftar semalam - Nasi minyak Terengganu dari dapur Kak Noor Masri, Ayam Masak Kerisik dan Orek2 dari Buku Resipi Lauk Pauk Melayu dan Acar Rampai, resipi olahan sendiri.

Jom intai resipi.



Nasi Minyak Terengganu
Sumber : Noor Masri

Bahan binaan: -

4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara binaan:-

1. Beras dicuci kemudian ditoskan
2. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
3. Goreng hingga naik bau/kekuningan
4. Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
5. Masukkan air dan susu
6. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
7. Kemudian gemburkan nasi guna garpu



Ayam Masak Kerisik
Sumber : Buku Lauk Pauk Melayu (Boleh cari kat MPH atau mana2 kedai buku)

Bahan Binaan:-

1 ekor ayam
2 biji buah tomato (di belah 4)
4 biji ubi kentang (di belah 4)
2 cm halia
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
5 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 tangkai cili merah di belah 2
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Binaan :-

1. Bersihkan ayam dan potong kecil
2. Perap ayam dengan bahan kisar dan rempah kari selama 1/2 jam
3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, halba, biji sawi, halia dan jintan manis.
4. Bila terbit bau, masukkan ayam, kentang dan air. Biarkan ayam empuk.
5. Kemudian masukkan santan, cili merah, kerisik dan akhir sekali buah tomato. Kacau rata dan boleh dihidang.

Note: Memang unik rasa hidangan ni, ada ala2 kari dan rendang sikit2 dan memang sesuai di hidang dengan apa jenis hidangan lain pun. Yang ni wajib cuba, highly recommended..cewah.


Acar Rampai

Bahan Binaan :-

1 biji timun di buang biji dan di potong jejari - Rendam dalam air garam
1 biji carrot di potong jejari - rendam dalam air garam
3 ulas bawang putih di hiris
1 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
1 sudu besar jus oren

Cara Binaan :-

1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan serbuk kunyit dan air biar hingga mendidih.
3. Masukkan timun dan carrot, kacau sebati.
4. Masukkan gula, cuka dan jus oren serta biji sawi. Kacau rata dan boleh diangkat.

Orek-Orek
Sumber : Buku Lauk Pauk Melayu

Bahan Binaan :

A
1 biji kentang
50 g kacang tanah
50 g ikan bilis
100 g tempe - agak2 je
1 sudu makan gula
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam

B - di kisar halus
3 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Binaan:-

1. Ubi kentang di potong memanjang dan di goreng. Goreng kacang tanah, ikan bilis dan tempe, ketepikan.
2. Tumis bahan B hingga terbit minyak.
3. Masukkan semua bahan A dan gaul sebati.


Tada..dah penuh pun meja. Actually nasi minyak ni boleh je digandingkan dengan lauk2 lain macam ayam masak merah, pajeri nenas atau rendang. Tapi so far, kombinasi lauk ni tidak mengecewakan especially ayam masak kerisik tu memang marvellous pekena dengan nasi minyak ni.

Selamat mencuba.

Sunday, July 22, 2012

Ayam Kung Pao Simple


Salam bersiaran sekali lagi,

Hmm...bukan senang nak dapat upload resipi 2 kali sehari ni. Tapi memandangkan ramai kengkawan yang PM kat FB mintak resipi ni, maka ah kak tunaikan jugak hihi....

Neway, resipi ni memang mudah sangat nak buat. Dapat dari dapur MyResipi dan di ubahsuai sikit ikut selera sendiri.

Ok, jom tengok resipi.

Ayam Kung Pao Simple

Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
sedikit garam 

Cara Binaan :-

1. Utk bahan A - Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api (Tapi tak letak sebab tak de).


Memang sempoi je resipi ni dan bila makan dengan nasi panas memang kaw liaw. Bila makan ayam ni teringat dulu2 selalu tapau kat kedai depan rumah. Sekarang, tak dapek ler nak tapau2 lagi, kenalah masak sendiri.

Selamat mencuba.
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC