Saturday, February 18, 2012

Luxurious Choco Moist Cheezy Cake


Salam bersiaran semua,

Hari ni ada majlis bacaan Yasin kat Ilford, rumah Izu my University mate. So ah kak buat kek choc cheese ni sebagai buah tangan. Nama kek ni memang panjang kan. Resipi ni dapat dari salah satu laman blog masak-memasak ni jugak AKAN TETAPI ah kak tak ingat yang mana satu sebab dah lama di peram resipi ni, so memang dah tak teringat back link nya. So kepada tuan punya resipi atau sesapa yang pernah terjumpa resipi asal ni, mintak halal ya. Kita share kat dapur ni pulak.



Tuan punya resipi ni namakan kek dia Luxurious Choco Moist Cheezy Cake ada sebabnya. Cake ni memang moist dan rasa chocolate nya memang sangat rich. Salah satu sebab mungkin sebab menggunakan ice cream powder. Kalau tak de boleh ganti dengan horlick jugak.





Luxurious Choco Moist Cheezy Cake

Bahan binaan Kek Coklat:-

1 cawan serbuk koko (di ayak)
3/4 cawan gula halus
250 g butter
1 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
135 g tepung gandum (di ayak 2 kali)
30 g vanilla ice-cream powder (or any flavour or horlick)
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur

Bahan binaan Lapisan Cheese :-

250 g cream cheese
100 g coklat putih (I used 120 g sugar)
2 biji telur gred A
30 g tepung gandum




Cara binaan Kek Coklat :-

1. Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, butter dan gula ke dalam bekas tahan panas dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2. Ayak kedua2 jenis tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.
3. Pukul telur sedikit dan masukkan ke dalam adunan coklat tadi dan kacau rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ketepikan.

Cara binaan Lapisan Cheese :-

1. Masukkan semua bahan lapisan cheese ke dalam mangkuk dan di pukul hingga gebu (I used stand mixer). Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.


Cara memasak :-

1. Masukkan satu adunan coklat ke dalam acuan yang telah di griskan dengan butter dan kukus selama 15-20 minit.
2. Kemudian masukkan satu adunan cheese dan kukus lagi selama 15-20 minit.
3. Ulangi langkah 1 dan 2 hingga semua adunan habis.
4. Setelah sejuk, boleh dikeluarkan dari acuan dan dihias dengan chocolate ganache, cream atau makan macam tu je pun boleh.


Ok, dah pun siap. Kek ni memang lembut mungkin sebab di kukus berbanding kalau kek yang di bakar agak kering. On overall, memang kena dengan tekak lah kek ni, tak terlalu muak walaupun berlapis2 cheese dan coklat. Ok, ah kak nak bersiap ni, sampai jumpa lagi.


Status terkini : Dah jumpa dah tuan punya resipi ni iaitu Singgahsana Kitchen kat SINI ya.

Friday, February 17, 2012

Agar-agar Lapis Pelangi


Salam bersiaran,

Ohw..hari ni pun ah kak ada sikit busy sebab nak bawak mak gi jalan2. Jadi resipi hari ni pun kira resipi tertunggak jugak. Agar2 lapis pelangi ni pun buat masa Majlis Yasin sempena Maulidur Rasul yang lepas. So hari ni kita share resipi ni ok. Oh ya, resipi ni dapat dari Blog Myresipi sumbangan Aziemas.


Bahan binaan :-


Bhn A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- ikut suka 

Bhn B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam



Cara binaan :-


1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna.

2. Kemudian tapiskan, letak dlm mangkuk. Biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil.

3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam.

4. Dah masak, masukkn santan dan garam. Didihkan sekejap sahaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk, biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil.

CARA MELAPIS: 

1. Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna, masukan dlm loyang dan biarkan dlm 5 minit @ agak keras.

2. Lapisan pertama dah agak keras, lorek2 permukaan agar2 yg dah agak keras tadi dgn garfu supaya lapisan akan melekat. Sukat lagi 250 ml agar2 (B) tuang dalam loyang, biarkan dalam 5 minit.

3. Ulangi langkah 5 & 6 hingga habis, setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nak letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dah keras mesti di lorek2 dengan garfu. Agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis



Ha tu dia, memang nampak macam leceh. Memang kena sabar sikit sebab nak tunggu setiap lapisan keras dulu baru boleh di lapis supaya hasilnya nampak cantik. Rasa memang marbeles sebab rasa manis agar2 di gabung dengan rasa santan.


Selamat mencuba.

Thursday, February 16, 2012

Skinny Tart


Salam semua,

Hari ni pagi2 lagi dah buat dessert hihi..bukan apa sebab dah plan semalam nak keluar hari ni dan lagipun kuah custard pun dah buat malam tadi, so pagi2 ni ah kak dah ke dapur menyiapkan pastry cup ni. Lagipun strawberry yang beli semalam macam dah nak lembik, so baik kita transform dia cepat2.



Resipi ni dapat dari dapur Rima Singapore. Memang betul kata Rima, ini ler dessert yang paling sihat dan cepat nak di siapkan.



Rima guna buah blueberry ngan blackberry. Since semalam kat Romford Market tu dah beli strawberry ngan raspberry, so jadi lah tart ni merah menyala rupanya. Anyway, any fruits can be used, ikut suka kita dan kesesuaian stok barang yang ada je.


Bahan binaan kulit tart :-

Filo pastry secukupnya (Beli yang dah siap je)
Butter dicairkan secukupnya
Muffin pan

Cara binaan :-

1. Bentangkan filo pastry dan sapu dengan mentega cair.
2. Potong bentuk empat segi secukupnya untuk dimuatkan ke dalam muffin pan dan kulit pastry tergantung di tepi muffin pan.
3. Buat berulang kali hingga mendapat 2-3 lapisan filo pastry dalam setiap muffin pan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 5 minit atau sehingga kulit pastry keperang-perangan.
5. Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan dari muffin pan.


Bahan binaan inti :- (Yang ni I used Mat Gebu @ Myresipi punya filling)


300 ml susu segar
3 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin


Cara binaan :-

1. Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api.

2. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang.

3. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin.

4. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

1.

Pipekan filling ke dalam mangkuk pastry dan susun buah atas filling. Taburkan sedikit gila icing diatas tart tadi.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC