Wednesday, March 2, 2011

Nak Bagi Resepi Omputeh Lah Hari Ni

Salam semua,

Hui, dek kesibukan menjadi pelajar semula ni maka hapdet pun semua ringkas-ringkas je lah, tak dan nak merapu sebab otak pun dah makin tepu sekarang ni.

Ok, kali ni nak bagi resepi yang berkhasiat untuk tatapan semua ya. Kualiti gambar memang sangatlah tidak memuaskan sebab seringlah di snap seawal 6 pagi di ruang dapur dengan mata yang masih kelat lagi. Maka, paham-paham je lah ye.


Pagi ni buat Vegetable and Tuna Tarts. Resepi ni dapat dari buku resepi Eat Right oleh Rohani Jelani (Bayan Indah Culinary Retreat). Saiz hidangan ni ikut lah bahan ujikaji kat rumah ya, kalau ramai, boleh lah buat banyak, kalau sikit macam aku ni, tok sah lah ikut sangat resepi ni, boleh  lah reduce portionnya.

Bahan:-

4 tbsp Extra Virgin Olive Oil
15 slices Wholemeal Bread
1 onion chopped
100 g tinned or fresh button mushroom sliced
100 g spinach
100 g tinned tuna flakes drained
3 eggs
150 ml low fat milk
20 cherry tomatoes, halved
30 g cheddar cheese, coarsely grated
salt and pepper 

Cara :-

1. With a rolling pin, flatten each slice of bread as thinly as possible.
2. Cut each slice with a circle cutter that can fit into small tart tin or muffin tin

 Macam ni lah lebih kurang.

3. Brush both sides of bread with olive oil and press firmly into the base of each tin.
4. Bake in a preheated oven (180 C) for 10 minutes. Set aside.
5. Over medium heat, saute onion with 2 tsbp Olive Oil, stir in mushrooms, cook for 2 minutes.
6. Add spinach, stir and then add tuna flakes.
7. Season lightly with salt and pepper.
8. Divide evenly among the bread tartlet

9. Beat eggs and milk together, season lightly with salt and pepper.
10. Pour mixture over vegetables, top with halved cherry tomatoes and a sprinkling of grated cheese.
11. Bake again for another 15 minutes or until filling is set.

Ok, dah siap, boleh di ngap dengan jayanya.


Point to ponder :-

Out of 5 servings of vegetables and fruits, this recipe gives you 1/4 serving. 
This recipe is rich in monounsaturates that help reduce bad cholesterol.

Hah, ambik kau, mak bagi sarapan berkhasiat untuk anak2 semua ya.





Monday, February 28, 2011

Asyik-asyik Sup Ayam


Tengah-tengah hari yang terik ni memang sedap kalau dapat makan sup kan. Ha, meh ler cuba resepi yang simple ni. Selalu asyik makan sup ayam je, kali ni teringin lak nak makan sup ikan.

Sup Ikan Merah

Bahan :-
(Mengikut saiz keluarga memasing ya)

2 potong Ikan Merah
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
 1 inci halia 
1 kuntum bunga lawang 
2 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga 
1 batang kulit kayu manis
1 kiub pati ikan Bilis 
Air (agak2, nak kuah lebih letak lebih)
Sedikit daun sup dicincang
lada Sulah, Garam dan Gula secukup rasa
Baby Carrot dan tomato (optional)

Caranya:-

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dipotong dadu dan dihiris sehingga naik bau;
2. Masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dan tumis lagi;
3. Masukkan air, lada sulah, garam, gula dan kiub pati ikan bilis dan biar mendidih;
4. Masukkan ikan dan biar sehingga ikan masak;
5. Masukkan carrot dan tomato. Biar hingga masak;
6. Bila dah masak, taburkan daun sup yang telah dicincang tadi.
Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan kalau nak umph lagi bersama cili kicap.

Sunday, February 27, 2011

Menyambut Kedatangan Ahli Keluarga Baru :)

Hahaha..., tolonglah jangan pikir yang bukan-bukan ye. Ahli keluarga baru ini yang pastinya bukan baby baru ye. Apa ko tak nampak pinggang akak yang ramping bak kerengge ni?? Jenuh mak nak maintain ni tau.

Okay, ahli keluarga yang dimaksudkan ialah kuali idaman kolbuku Chefel Flip n Cook. Sejak pergi kelas pemakanan sihat hari tu, hasrat nak beli Deep Fryer telah terbantut dengan sendirinya, jadi alternatif terbaik mestilah makanan yang dimasak tak pakai minyak yang banyak...ala-ala grill je gitew.


Kuali Chefel ni memang tersangat vass penggunaannya. Kalau nak masak apa pun, just susun je dalam kuali ni pastu masak atas api yg paling perlahan dalam 5-10 minit, pastu terbalikkan dan masak lagi dalam jangka waktu yang sama. Kalau nak pakai minyak, cuma letak sikit je and gerenti masakan tu akan masak dengan rata dan siap dengan jus semulajadi lagi. Sihat kan??? Macam ayat salesman pulak. 

Oh ya oleh kerana nafsu membeli tu memang agak tinggi dan sikap tamak haloba yang sememangnya sukar dibendung, aku bukan setakat menambah satu ahli keluarga, tapi dua sekaligus. Alang-alang dahh menyinggah ke Cosway tu au beli sekali Snack Maker ni. Snack Maker ni ada 3 jenis plate, boleh buat sandwich, waffle dan grill pun boleh jugak. Amacam?? Canggih kan pilihan hati.

Ini lah rupa sayur campur yang dimasak guna kuali Chefel tu. Cantik je kan?? Resepi tak yah lah setakat sayur campur je. Paling aku suka, masa nak goreng ikan, letak je dalam kuali dan tutup, biar dia masak sendiri. Tak payah nak risau lah berperang ngan minyak yang meletup2 tu. Baru boleh jadi model dapur masak tu yang siap boleh baring atas dapur tu kan...hehe..tak de kaitan..
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC