Sunday, July 22, 2012

Ayam Kung Pao Simple


Salam bersiaran sekali lagi,

Hmm...bukan senang nak dapat upload resipi 2 kali sehari ni. Tapi memandangkan ramai kengkawan yang PM kat FB mintak resipi ni, maka ah kak tunaikan jugak hihi....

Neway, resipi ni memang mudah sangat nak buat. Dapat dari dapur MyResipi dan di ubahsuai sikit ikut selera sendiri.

Ok, jom tengok resipi.

Ayam Kung Pao Simple

Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
sedikit garam 

Cara Binaan :-

1. Utk bahan A - Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api (Tapi tak letak sebab tak de).


Memang sempoi je resipi ni dan bila makan dengan nasi panas memang kaw liaw. Bila makan ayam ni teringat dulu2 selalu tapau kat kedai depan rumah. Sekarang, tak dapek ler nak tapau2 lagi, kenalah masak sendiri.

Selamat mencuba.

Puding Susu Buah Peach


Salam Ramadhan semua,

Hari ni sebenarnya dah masuk hari ketiga kami berpuasa di London. Kat sini waktu berpuasa agak panjang sebab tengah musim panas. Walaupun namanya musim panas tapi cuaca agak nyaman, tambah pulak kalau asyik mendung sepanjang hari, so walaupun kena puasa lama sikit tapi tak lah terasa sangat especially untuk anak2 kecil ni.

Ok, hari ni nak share resipi manisan dulu. Puding susu buah peach ni buat masa first day puasa. Actually resepi puding ni hampir sama je kalau di belek2, cuma berbeza dari segi penggunaan susu dan buah2annya saja. Neway, resipi ni resipi yang dah di ubahsuai dari resepi puding laici dulu.

Ok, jom tengok resipi :-


Puding Susu Buah Peach

Bahan Binaan :-

1 tin buah peach
500 ml air
500 ml susu cair atau susu segar
1/2 cawan gula (boleh di kurangkan kalau tak nak manis)
1 paket agar2 serbuk - 12 g
1 1/2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air - jadikan pes
sedikit esen vanilla dan pewarna kuning

Cara Binaan :-

1. Basahkan acuan/loyang dan susun buah peach, ketepikan.
2. Masak serbuk agar2 bersama air, gula dan air sirap buah peach tadi hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.
3. Masukkan susu cair/segar dan kacau lagi hingga agak mendidih.
4. Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning dan kacau.
5. Akhir sekali masukkan pes tepung jagung dan kacau hingga agak pekat.
6. Angkat dan tuang dalam acuan yang berisi buah peach dan sejukkan sebelum di hidang.


Tara..dah siap. Memang lemak2 je rasa puding ni. Kalau guna susu segar mungkin bertambah lemak dan perlu di lebihkan sedikit gula.

Selamat mencuba.



Wednesday, July 4, 2012

Kek Chiffon Labu


Salam semua,

Hari ni nak share resipi kek chiffon ni yang sangat gebus dan lemak-lemak manis je rasa dia. Ah kak ni memang lah gemar sangat makan kek2 macam ni cuma bab nak membuat kek2 yang ringan ni memang agak fail sikit tapi memandangkan labu yang di beli kelmarin tu dah makin mengecut, baik lah di transform sebelum menjadi santapan cik Tong Sam. Neway, hajat di hati nak buat kuih koci dan lepat labu tapi daun pisang pulak nan ado. Sementara nak beli daun pisang, mau benyek bencot dah lah labu nan sebelah tu, so masa jalan2 kat Blog Bila Chah Ke Dapur, nampak resipi Pumpkin Chiffon Cake ni. Nampak menarik giler ditambah pulak dengan description tuan punya resipi, buat meleleh ayaq liuq je.  So, jom kita tengok resipi :-



Kek Chiffon Labu
Sumber : Bila Chah Ke Dapur

Bahan Binaan :-


Bahan A
4 biji kuning telur
30g gula halus
60ml susu/santan
60ml minyak sayuran (saya gunakan minyak jagung cap Daisy)
80g labu (rebus, lenyek dan timbang)
120g tepung kek  (tepung superfine)
1/4 sudu kecil baking powder
Secubit dua garam

Bahan B
4 biji putih telur
100g gula hallus
1/4 sudu kecil cream of tar tar

Cara Binaan :-

1. Pukul kuning telur dengan gula hingga agak kembang dan warnanya bertukar menjadi pucat.
2. Masukkan susu dan minyak. Pukul lagi. Bila telah sebati,masukkan labu dan tepung. Kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul pula putih telur hingga berbuih.
4. Setelah berbuih, masukkan gula dan cream of tar tar. * Cream of tar tar berfungsi untuk menstabilkan adunan putih telur (meringue)
5. Pukul dengan high speed hingga menjadi meringue.
6. Gaulkan aduan putih telur dengan adunan tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja.
7. Masukkan pumpkin seed dan kacau sedikit - I omit this.
8. Tabur pumpkin seed dalam loyang dan tuang adunan kek perlahan-lahan.
9. Panaskan oven kira-kira 5 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160 deg C kira-kira 35 minit.




Ini lah hasilnya, kek yang tersangat lembut dan cair je dalam mulut hee.....silalah mencuba.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC