Saturday, March 3, 2012

Waffle


Salam bersiaran,

Hmm...hujung2 minggu ni ramai lah yang tak masak sebab keluar berjalan2 atau pun, time2 ni lah semua ibu2 yang bekerja nak tunjuk skill masak-memaak sebab time hari bekerja biasanya tak berkesempatan nak masak. Well, that was me before I came here and akan jadi macam tu balik rasanya bila pulang ke tanahair ku nanti..haish.....


Oh, today memang we all nak gi jalan2, nak bawa umi pergi Stonehenge, so memang tak masak melainkan masak bekalan dan sarapan pagi je. So sarapan yang paling simple dan semua pun akan makan ialah waffle ni. Resipi ni tengok kat rumah Kak Umi Kuantan. Memang senang dan adunan ni jugak boleh dibuat pancake.

Jom tengok resipi.





Waffle

Bahan Binaan :-

3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam




Cara Binaan :-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit 
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

* As for me, I used my waffle maker, so tuang je adunan dalam waffle maker dan tunggu sampai lampu merah  terpadam, boleh angkat waffle.




Ok, that's about it sebab nak bersiap untuk gi jalan yang agak jauh jugak hari ni. Selamat mencuba.

Friday, March 2, 2012

Mi Kari


Salam bersiaran di hari Jumaat yang berkah,

Hari ni orang kat rumah ni tak nak makan nasi, tapi nak makan mi pulak. Memandangkan kat sini memang payah lah nak jumpa kedai jual aneka mi macam kat Malaysia melainkan jual spagetti je, so kita buatlah mi kari. Esok2 kita buat mi hailam, mi rebus ngan mi kuah pulak hihi....



Kalau nak ikutkan tak berapa nak cukup jugak bahan2 buat mi kari ni tapi disebabkan memang payah ler nak bagi cukup bahan2 tu semua, so kita buat ikut apa yang ada je lah.

Resipi mi kari ni resipi ibunda terchenta lagi. Sebenarnya, hampir sama je mana2 resipi mi kari yang kita jumpa kat Internet atau buku2 masakan cuma yang ini kira resipi yang umi ku selalu buat, jenis yang tak de sukatan pun, main agak2 je. Tapi kat sini ah kak dah letak sukatan sebagai panduan sahaja.


Kalau tengok bahan2 yang digunakan ni memang agak banyak dan dapat dalam 1 periuk besar jugak lah. So kepada sesiapa yang nak buat sikit2 tu boleh lah kurang kan apa yang patut. Ok, jom tengok resipi.



Bahan Binaan Kuah :-

2 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 mangkuk rempah kari daging (3 sudu besar)
1 1/2 tin santan pekat @ 1 biji kelapa + 2 mangkuk air (agak2)
3 tin air (tin santan tadi) - seeloknya guna air rebusan udang atau tulang2 ayam
1/4 ekor ayam di potong kecil 
Tauhu goreng, fishcake dan fishball secukupnya
3 biji kentang di potong dadu

Bahan Mi / hiasan :-

2 - 3 bungkus mi kuning di celur

sawi dan taugeh secukupnya dicelur
tauhu putih (di goreng dan di potong)
3 biji cili merah dihiris 
3 biji telur di rebus
Bawang goreng secukupnya
Limau nipis secukupnya

Cara Binaan Kuah:-

1. Blend bahan bertanda * dan tumis dalam periuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, gaul sebati.
4. Masukkan santan dan air @ air rebusan ayam.
5. Masukkan kentang, fishball dan fishcake.
6. Masak hingga mendidih.
7. Perasakan dengan garam dan gula.




Ok, mi tadi boleh dihidang dengan sayur2 dan bahan hiasan tadi.





Thursday, March 1, 2012

Fried Apple Pie



Salam semua,

Hari ni awal sikit bersiaran sebab pagi2 dah menyiapkan bebudak tu ke sekolah. Hari ni bebudak tu ada World Book Day dan sekolah kakak pulak buat sambutan untuk Roald Dahl penulis buku cerita kanak2 macam Charlie and the Chocolate Factory, Matilda dan macam2 lagi. So hari ni kakaknya kena dress up ikut character dalam buku2 cerita Roald Dahl tu. Yang Lissa pulak kena pakai baju tema sukan sebab sekolah dia buat buku pasal sport. Hai, macam2 kalau kat sini, boleh kata tiap bulan tu ada je hari yang bebudak tu kena dress up ke sekolah. Tapi seronok jugak, tak lah bosan sangat nak ke sekolah.


Neway, buat fried apple pie ni untuk minum petang semalam, tapi tak sempat nak menghapdet resipi sebab dah sibuk nak ke kelas pulak. So pagi2 ni lah kita share resipi yang sangat simple ni. Kalau nak mudah, dough pastry ni boleh buat lebh awal dan simpan, bila nak guna just keluarkan je dari fridge.


Resipi ni dapat dari dapur Myresipi sumbangan fidadaud. Kalau ikut resipi ni kena fried, tapi kalau nak bakar pun boleh jugak. Atau kalau rasa malas nak buat dough pastry, boleh je beli puff pastry yang dah siap kat pasaraya tu dan dibakar atau goreng.



Fried Apple Pie

Bahan Binaan Inti (Anggaran 10-12 biji - Ikut size masing2)

2 biji apple merah (I used grainy smith - Apple hijau) - potong dadu
1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
1/2 sdk serbuk kayu manis
1 sdb perahan jus lemon
1 sdk tepung jagung + 1 sdb air

Cara binaan Inti :-

1. Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.

P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.





Bahan Binaan Pastri:
2 cawan tepung gandum
1 sdk garam
1/2 cawan butter - beku (sejuk)
1/2 cawan susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng


Cara Binaan Pastri :-

1.  Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.

2. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).

3. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.

4. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.





Ok, dah siap dan sedia untuk dihidang waktu minum petang atau sarapan pagi. Tekstur pastry ni bila di goreng rasa macam kulit karipap pusing pun ada, rapuh dan tidak berminyak. Selamat mencuba.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC