Thursday, June 30, 2011

Rupa Tak Sama

Salam santun semua,

Hari ni kita meroti lagi..ecewah...ni kira tengah panas lagi lah ni, tu yang hari-hari nak meroti je. Tunggulah bila dah jemu nanti, mau jadi gajah putih sungguh BM aku tu. 

Neway, hari ni try buat Roti Boy pulak. Resepi tengok kat Myresipi. Tapi aku agak pelik dengan kejadian Roti Boy aku ni. Kalau ikut rasa memang dah sebijik sebijot dah macam kat Paparoti tu tapi aku punya ni terkemot2 pulak atas dia dan topping dia pun mencair, tak garing. Mungkin masa pembakaran tu tak berapa nak betul kut. Tak kisah lah labu, janji gebus macam Roti Boy jugak dan penting anak2 aku suka...ayat beli jiwa nih...

Bahan Binaan:-

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Wednesday, June 29, 2011

Sesi Memecah Dara

Aww...sungguh tak bleh blah tajuk itew. Soheh tak berkaitan ngan aku sebab bab pecah memecah ni dah berkurun lepas pong. Dun worry pada sesapa yang baru terintai-intai dapur ah kak ni, blog ni bukanlah blog 18SX atau yang seangkatan dengannya. Aku baru je memcahkan dara Bread Machine aku kelmarin. Sungguh tidak tertahan melihat kemantopan bodynya yang putih itew, maka harus ku paksa dia bekerja semalam meroti untuk aku dan anak2 aku bawak gi sekolah..wakaka....

Oh..sungguh tidak kusangka mudah sungguh rupanya dengan adanya ekau ini, maka harus lah hari2 aku meroti...hehee..So sempena pecah dara hari ni, ku buat Sosej Blossom Bun ni dari dapur En. Ah Mat Gebus....as usual. Oi..tak mau kalah, pes taim buat terus yang berbunga2, nasib baik menjadi blossom aku ni dan sungguh lah gebus, sampai tak cukup2 Dalea makan. Ok, jom tengok resepi.



SOSEJ BLOSSOM BUN

BAHAN BINAAN:-
 
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung 
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



CARA BINAAN:
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian.
  3. Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Sunday, June 26, 2011

Tertunai Sudah Hasrat Di Hati

Salam semua,

Wah, lama giler tak hapdet blog ni. Bukanlah maknanya dapur ah kak tak berasap selama berdiam diri ni. Berasap jugak cuma berasap buat kek. Acara makan2 tu buat yang paling ringkas je. Neway, hari ni pun tak de entry makanan sebab weekend ni makan kat rumah orang je..erk..sebab banyak kenduri, so kita makan free je lah dari pagi sampai ke malam.

Oh ya, sebenarnya saje nak share ngan uolls akan hasrat hatiku yang sudah sekian lama nak membeli Bread Maker. Tapi kengkawan suruh tunggu sampai aku gi UK esok2 sebab lagi murah kat sana. Tapi al biasalah, kalau bab2 suruh sabar ni aku memang kureng kesabaran sikit. Walaupun sabar tu separuh dari iman, tapi sah2 iman aku ni memang mudah naw teruji. Kebetulan katalog baru Cosway ada redemption untuk Bread Maker ni. Memang dah lama aku aim nak redeem hok ni tapi memanjang tak de stok. Dah cal suruh booking pun tak datang2. So semalam since nak beli barang dapur, dengan sepantas kilat aku singgah kat Cosway dulu dan alangkah betuahnya sebab aku adalah orang kedua yang datang nak redeem BM ni dan stok yang datang pun memang dua ketul je. Kalau aku orang ketiga alamatnya tahun depan pun belum tentu dapat.

Hee..dah tentu lah senyum lebar sampai ke telinga ah kak kan. Terkujat en hubby kejap sebab aku bawak lari troli dia gi angkut barang besar gedabak ni. Ai, belum beli barang dah penuh troli ni camana??? Hee....harus simpan dulu dalam bonet ini barang aa...

Tara..akhirnya, dapat gak seketul BM ni dan dengan gediksnya malam tadi gak  gi skodeng resepi roti. Wahaha....jangan hangat2 taik ayam udah ler...memang soheh kena pelangkung ngan en hubby...hee...

Thursday, June 2, 2011

Kek Nenas Terbalik

Salam semua,

Hmmm...cepat betul masa berlalu sekarang ni kan. Pejam celik pejam celik dah setengah tahun. Rasa macam baru je semalam jejak kaki ke tahun 2011. 

Hari ni pulak, sorang lagi staff aku bertukar. Lepas sorang2, makin menguncup unit aku ni, kerja lak makin mengembang..adoiii...poning akak tau.

Neway, malam tadi dah takde idea nak buat apa untuk farewell staff aku tu sebab memula ingat kontraknya di sambung, tetiba dapat berita tak sambung pulak. Since aku pun sibuk nak siapkan order orang, maka tak sempatlah nak buat kek yang gempak2. Belek punya belek, last2 decide buat kek nenas terbalik ni je lah..he...Resepi kopipes dari dapur MyResipi.

Pineapple Cake Upside Down

Bahan Binan:-

  • 250g mentega
  • 200g gula pasir
  • 250g tepung kek (self-raising)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 camt esen vanila
  • 1 tin nenas dalam tin (bulat), 5 sudu besar sirap nenas dimasukkan dalam adunan kek
  • Ceri merah dan hijau secukupnya(Yang ni tak letak sebab tak do)

Cara Binaan :-

  1. Lenser loyang kek dengan mentega.
  2. Susun nenas pada dasar loyang. Isikan ceri pada lubang nenas.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
  5. Masukkan esen vanila dan 5 camb sirap nenas ke dalam adunan.
  6. Masukkan tepung kek. Gaul sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang berisi nenas dan ceri tadi. Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit, sehingga kek masak.
  8. Sejukkan kek baru lah diterbalikkan.
Tara..kalau ada ceri merah tu nampak lebih menyerlah lah kek ni kan.....
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC