Hmm...hari ni kita masak masakan paling selamat je lah. Kenapa paling selamat? Sebab ni antara masakan yang semua penduduk rumah ni boleh makan dengan tenang tanpa perlu bergaduh bergusti lengan di meja makan sebab penduduk junior kat rumah ni semuanya alergik dengan pedas.
Jadi bagi memastikan hati tukang masak tak sakit sebab penat2 masak..dah tu nak basuh kuali pinggan dan semuanya sendiri tapi semua pakat tak makan, maka ku korbankan lah tekak sendiri yang alergik kalau tak makan pedas. Anyway, sapa yang tak tau pun nak masak ayam kicap ni kan. Tapi biasalah, lain padang, lain belalang, lain orang, lain resepinya..layan je lah....
Ayam Masak Kicap Sempoi Punya
Bahan :-
(Ini untuk jumlah penduduk yang kecil ya)
5 keping ayam dibersih dan diperap dengan sedikit kunyit dan garam
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai diketuk
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap manis (ikut suka nak banyak mana)
cili merah dan kentang (optional)
garam dan gula secukup rasa
Cara:-
1. Goreng ayam yang dah diperap dengan kunit dan garam;
2. Kalau suka boleh juga goreng kentang yang di perap dengan kunyit dan garam
3. Angkat ayam dan kentang, ketepikan.
4. Tumis bawang besar, bawang putih, serai dan halia sehingga naik bau.
5. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga dan tumis lagi.
6. Masukkan sos tiram, cili sos, kicap manis, garam dan gula dan kacau lagi.
7. Masukan ayam dan kentang dan kacau hingga sebati. Kalau agak pekat, boleh tambah sedikit air.
8. Akhir sekali masukkan cili dan lebihan bawang besar sebagai hiasan.
0 comments:
Post a Comment