Showing posts with label Kitchen Gadget. Show all posts
Showing posts with label Kitchen Gadget. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Trip to Bath


Salam hari minggu,

Mesti semua tengah bermalas-malasan hari ni kan. Oh ya, kalau kat Malaysia sekarang ni dah petang nak ke malam, tapi kat sini masih awal pagi. Walaupun niat di hati nak bermalas-malasan jugak tapi hari ni plan nak ke carboot market so terpaksalah bangun pagi.

Tapi malang memang tidak berbau sebab cuaca pagi ni agak mendung, maka penjual2 di carboot tu pun nak bermalas-malasn jugak kat rumah, so cancel order lah.

Anyway, hari ni takde entry makan2 sebab semalam dah penat meronda ke Stonehenge dan Bath. Cerita pasal bandar Bath ni, kali ni dah masuk 3 kali kitorang ke sana. So far, this is one of my favourite place to go sebab suasana pekannya yang sangat historical.

Oh ya, kalau ke sini, memang tak pernah miss lah singgah kedai buku ni sebab boleh kata sepanjang tahun kut dia buat sale so memandangkan dah sampai, sempat lah merembat 3 naskah buku ni  Semua buku2 ni di jual pada harga 70% lebih murah.


Kalau bab mengumpul buku masakan memang nombor satu tapi bila nak cuba semua tu tak taulah kan.


Sambil duk pusing2 tu, terjumpa lak kedai ni. Memang wajib masuk ni, terus rasa macam budak kecik duduk kat kedai permainan hihi....Tapi harga barang2 kat sini agak mahal berbanding Lakeland atau TK Maxx.



Boleh ambik gambo je ler, bagi menyedapkan hati. Kalauikutkan rasa, semua benda nak di borong :)


Lepas tu jumpa lak kedai ni, nama Octopus tapi tak jual octopus lah hee.. Barang2 dalam kedai ni memang tersangat unik. Ni pun rasa macam nak rembat je semua, tapi sabar....







Cantik kan grater ni, yang kecik tu satu £12.50 dan yang besar £16. Memang rasa nak beli tapi macam tak berbaloi lah sangat. Nak guna sayang, nak buat hiasan...hm.....apakah???


Memang sangat lah tak tertahan tengok kaler barang2 kat sini, macam melambai2 je dari jauh :)


But then, walaupun rasa macam tak nak beli apa2, dapat jugaklah rembat satu Nordicware Baking Pan ni kat Kitchen tadi yang sungguh menawan kalbu. Tak sempat tunggu lama, malam tadi jugak rasmi ya.


Yang ni pulak madeleine tin sebab teringat hari tu Umiku mintak buatkan tapi tertangguh sebab takde acuannya..hihi...alasan kukuh untuk membeli.

Wednesday, January 11, 2012

KA Idaman Kalbu

Salam semua,

Minggu ni memang happy giler, senyum sampai ke telinga, macam baru dapat bonus je :). Neway, minggu ni sampai jugak Kitchen Aid Artisan Mixer idaman kalbuku itew. KA ni beli kat eBay and obviously this is the US version KA. Kalau nak beli yang UK version, still mahal macam kalau beli kat Malaysia jugak but it will save me the hassle of buying the Voltage Converter pulak lah kan. But still with the price of Voltage converter pun, it is still lot more cheaper.

Memang dah lama jatuh chenta ngan KA ni especially bila tengok rancangan masakan, semua chef2 duk pakai mixer ni, lagilah meloncat2 hati ni nak membeli.

By the way, this US version tak boleh main pakai cucuk je kalau nak guna kat tempat lain sebab different voltage. UK, Malaysia and most countries dalam dunia ni guna 220-300 Voltage of electricity but US and certain other countries guna a much lower voltage of 110 -120. So, kalau kita pakai je mixer ni dengan cucuk kat adapter, nescaya akan merosakkan motornya dan barang US ni tak akan terpakai warantinya kalau dah dibawa keluar dari US. So kepada sesapa yang nak membeli US version ni, pikir2 kan lah. 


So this is the Voltage converter that I bought from Amazon. Voltage converter ni jenama Tacima dan memang khas kepada sesapa yang beli barang dari US dan nak pakai kat UK or any other country yang voltage nya tinggi. Kalau kat Malaysia, boleh cari kat Jalan Pasar rasanya, but the price unknown :)


Finally, harap2 makin sedap lah kek yang aku buat bila guna KA ni ya..boleh gitew????

Friday, January 6, 2012

Gadget Baru

Salam semua,

Okies, this is my new kitchen gadget. Actually berkira2 jugak nak beli benda ni sebab baru je beli hand mixer hari tu. Tapi sebab kat London ni makin rancak pulak aktiviti main masak-masak ni dan macam2 pulak ler resepi omputeh tak omputeh yang nak dicuba, maka tergerak jugak lah nak beli 3 in 1 hand blender ni.


3 in 1 hand blender ni jenama Andrew James, kira macam jenama Jamie Oliver gak lah dia ni kalau kat UK ni. Harga asal £79.99 tapi ada sale kat Amazon, dapat £34.99. Ah kak pun apa lagi, cepat je lah menekan butang 'into the basket'. Pergh...

Tapi, banyak kegunaan hand blender ni. Kalau nak buat mash potato, ada hand masher ni. Kalau nak whisk egg atau batter in small quantity, boleh guna hand whisker ni.


And last but not least, kalau nak blend or chop anything in small quantity, boleh guna mini chopper / processor ni. Pendek kata tak rugi nak oi...(ayat penyedap hati..padahal macam lah kat Malaysia nanti nak guna sangat). Sebenarnya suka nak ambik kesempatan beli barang yang kalau beli kat Malaysia will definitely empty your pocket.

Sunday, June 26, 2011

Tertunai Sudah Hasrat Di Hati

Salam semua,

Wah, lama giler tak hapdet blog ni. Bukanlah maknanya dapur ah kak tak berasap selama berdiam diri ni. Berasap jugak cuma berasap buat kek. Acara makan2 tu buat yang paling ringkas je. Neway, hari ni pun tak de entry makanan sebab weekend ni makan kat rumah orang je..erk..sebab banyak kenduri, so kita makan free je lah dari pagi sampai ke malam.

Oh ya, sebenarnya saje nak share ngan uolls akan hasrat hatiku yang sudah sekian lama nak membeli Bread Maker. Tapi kengkawan suruh tunggu sampai aku gi UK esok2 sebab lagi murah kat sana. Tapi al biasalah, kalau bab2 suruh sabar ni aku memang kureng kesabaran sikit. Walaupun sabar tu separuh dari iman, tapi sah2 iman aku ni memang mudah naw teruji. Kebetulan katalog baru Cosway ada redemption untuk Bread Maker ni. Memang dah lama aku aim nak redeem hok ni tapi memanjang tak de stok. Dah cal suruh booking pun tak datang2. So semalam since nak beli barang dapur, dengan sepantas kilat aku singgah kat Cosway dulu dan alangkah betuahnya sebab aku adalah orang kedua yang datang nak redeem BM ni dan stok yang datang pun memang dua ketul je. Kalau aku orang ketiga alamatnya tahun depan pun belum tentu dapat.

Hee..dah tentu lah senyum lebar sampai ke telinga ah kak kan. Terkujat en hubby kejap sebab aku bawak lari troli dia gi angkut barang besar gedabak ni. Ai, belum beli barang dah penuh troli ni camana??? Hee....harus simpan dulu dalam bonet ini barang aa...

Tara..akhirnya, dapat gak seketul BM ni dan dengan gediksnya malam tadi gak  gi skodeng resepi roti. Wahaha....jangan hangat2 taik ayam udah ler...memang soheh kena pelangkung ngan en hubby...hee...

Sunday, February 27, 2011

Menyambut Kedatangan Ahli Keluarga Baru :)

Hahaha..., tolonglah jangan pikir yang bukan-bukan ye. Ahli keluarga baru ini yang pastinya bukan baby baru ye. Apa ko tak nampak pinggang akak yang ramping bak kerengge ni?? Jenuh mak nak maintain ni tau.

Okay, ahli keluarga yang dimaksudkan ialah kuali idaman kolbuku Chefel Flip n Cook. Sejak pergi kelas pemakanan sihat hari tu, hasrat nak beli Deep Fryer telah terbantut dengan sendirinya, jadi alternatif terbaik mestilah makanan yang dimasak tak pakai minyak yang banyak...ala-ala grill je gitew.


Kuali Chefel ni memang tersangat vass penggunaannya. Kalau nak masak apa pun, just susun je dalam kuali ni pastu masak atas api yg paling perlahan dalam 5-10 minit, pastu terbalikkan dan masak lagi dalam jangka waktu yang sama. Kalau nak pakai minyak, cuma letak sikit je and gerenti masakan tu akan masak dengan rata dan siap dengan jus semulajadi lagi. Sihat kan??? Macam ayat salesman pulak. 

Oh ya oleh kerana nafsu membeli tu memang agak tinggi dan sikap tamak haloba yang sememangnya sukar dibendung, aku bukan setakat menambah satu ahli keluarga, tapi dua sekaligus. Alang-alang dahh menyinggah ke Cosway tu au beli sekali Snack Maker ni. Snack Maker ni ada 3 jenis plate, boleh buat sandwich, waffle dan grill pun boleh jugak. Amacam?? Canggih kan pilihan hati.

Ini lah rupa sayur campur yang dimasak guna kuali Chefel tu. Cantik je kan?? Resepi tak yah lah setakat sayur campur je. Paling aku suka, masa nak goreng ikan, letak je dalam kuali dan tutup, biar dia masak sendiri. Tak payah nak risau lah berperang ngan minyak yang meletup2 tu. Baru boleh jadi model dapur masak tu yang siap boleh baring atas dapur tu kan...hehe..tak de kaitan..
 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC