Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

BWK - Danish Butter Cookies


Salam bersiaran,

Minggu ni cuaca kat London ni asyik mendung dan makin sejuk pulak. Bunga nak kembang pun kuncup balik. Manusia2 yang baru nak rasa kembang dek panas matahari pun mengecut balik duk diam2 dalam rumah sebab tak tahan sejuknya nak oi.


Memandangkan nak buat aktiviti luar pun agak tak lalu sebab cuaca yang dingin beku kat sini maka kita buat aktiviti dalm rumah je lah. Lagipun sekarang ni tengah cuti Easter so dari biar bebudak ni asyik mengadap kartun kat TV, baik kita suruh diorang main masak2 macam ni. Lagi pun ini lah yang di kata pucuk di cita ulam mendatang. Memang terlompat-lompatlah bebudak ni bila dapat main2 gini.


Untuk bebudak ni kena bagi diorang buat resipi yang mudah2 je dulu, kalau tidak mau habis bersepah satu dapur pastu ah kak jugaklah yang nak hangin sebab kena mengemas kan.


Ini my baby Aliff yang pakai apron umi nya sebab masa beli apron bebudak ni cuma ada untuk gegirl je, yang boboy kecik2 halus ni nan ado. Tapi bila dah nengok kakak2nya pakai, dia pun nak jugak, sudahnya pakai jelah umi punya.


Kali ni kita buat Danish Butter Cookies. Resipi dapat dari dapur Rima @ Bisous A Toi. Ok, jom tengok resipi :-


Danish Butter Cookies
Source : Rima @ Bisous AToi

Ingredients:-

75 g butter
50 g fine sugar
1/4 tsp salt
1 egg yolk + 1/2 tsp vanilla extract (lightly beaten)
150g cake flour (Remove 1 tbsp)
pinch of baking powder
1 tbsp of skimmed milk powder

1 egg white
Dry demerara sugar for sprinkling


Method :-

1. Cream butter, sugar and salt in a bowl with electric beater until pale and fluffy.
2. Add in egg yolk and beat well until incorporated.
3. Sieve in the flour and baking powder, add in the skimmed milk powder, use your lowest speed of electric beater to combine. Mixture will be-bread crumb like and will form a dough easily.
4. Put the dough in a plastic bag and roll the dough flat. Chill the dough till harden before cutting out the cookie.
5. Cut out the cookie with cookie cutter. Brush some egg white on the cookie and sprinkle with dry demerara sugar.
6. Bake at 180C for 10 minutes in the middle rack and shift to the upper rack and bake for another 2-3 minutes until golden brown (All depends on the oven used).


Ok, dah pun siap. Memang sedap biskut ni, really buttery and the demerara sugar added the crunchy sweetness to the cookies.





Next time need to do a few batches baru puas sikit makan. So selamat lah mencuba. Senang je ni, bebudak kecik pun boleh takkan kita tak boleh tak gitew? Hihi..


Tuesday, April 3, 2012

Pierre Herme Sable Vennois


Salam bersiaran,

Lama pulak bercuti dari bersiaran minggu ni ek, bukan apa mood nak menulis tu makin berkurangan pulak sebab my mom dah balik Malaysia and my husband pulak outstation seminggu. Tinggallah kitorang 4 beranak di kala cuti2 Easter ni. Sungguh melankolik lah mood jadinya.


Neway, I baked this cookies because of the name of the creator ie. Pierre Herme also known as the king of macaron. Dapat resipi ni dari blog Shirley. Basically rasa biskut ni ala2 macam Viennese Fingers yg pernah buat dulu tapi penggunaan Fleur de Sel tu yang beri sedikit kelainan. Ada a lil bit of saltiness that  merries well with the butter.

Kalau kat Malaysia memang payah nak jumpa Fleur De Sel ni. Kat London ni pun katanya supermarket2 yg high end je yang jual benda ni tapi yang ni ah kak guna Flake Seasalt jenama Maldon (After some research, ada yg gunan jenama ni as substitute). Actually Fleur De Sel ni pun memang sejenis flake sea salt so kalau agak2 terjumpa yang lebih kurang sama tu, boleh lah guna sebab kalau pakai garam biasa rasanya lain sikit.

Ok, let's check the recipe :-


Source : Shirley

Ingredients :-


95g               Unsalted Butter
1g                 Fleur de Sel
1/8 tsp          Vanilla paste (the recipe originally asked for 2-3 pinches of Vanilla powder)
40g               Powdered Sugar
15g               Egg White
115g             All purpose flour (I bumped this up to 125g for this post)





Method :

1. Preheat oven to 180C.
2. In a mixing bowl, whisk unsalte butter with Fleur de Sel until creamy.
3. Add in powdered sugar and whisk until homogenous and creamy.
4. Add in egg white. ( The mixture may curdle a little but it will smoothen out after flour is added.
5. Add in flour and mix until well combined.
6. Scoop batter into a piping bag fitted with a star tip. Pipe circles/wreaths on a lined baking tray.
7. Bake at 180C for 10 -12 mins or until golden brown.




Overall, the texture and taste of the cookies memang sedap. Kengkadang rasa macam dia melt je dalam mulut pun ada and I baked this for my mom untuk buat kudap2 dalam flight hari tu and another 1 box for the kids and rasanya tak sampai 1/4 hari dah habis.

Selamat mencuba.

Wednesday, March 14, 2012

Tart Nenas


Salam Aidilfitri....eh...hihi...awal pulak raya tahun ni ye.


Hari ni rasa macam nak makan kuih raya pulak. Lagi pun saja je nak mencuba resipi2 kuih raya yang kena ngan tekak so nanti nak dekat raya tak ler kelam kabut. Maklumlah, duduk kat perantauan ni, nak kuih raya kenalah buat sendiri, kalau kat Malaysia memang main order je.


Nak pulak kuih tart ni yang nampak macam senang nak buat tapi renyah jugak. Dari proses nak buat jem sampai lernak jadi biskut macam ni.


Anyway, kali ni kita cuba resipi dari dapur Mat Gebu dulu. Esok2 kalau datang angin rajin lagi, kita cuba lak resipi lain.


Tapi memula sekali kita kena buat jem dia dulu. Jem ni resipi sendiri je.



Bahan binaan jem :-


2 biji nenas masak
2 cawan gula (Ikut suka nak manis atau kurang dan bergantung pada kemanisan nenas jugak)
Sehelai kain kasa


Cara Binaan Jem :-


1. Kopek nenas dan parut.
2. Masukkan nenas yang telah diparut (sedikit demi sedikit) ke dalam kain kasa tadi dan perah air nenas hingga kering.
3. Campurkan parutan nenas yang telah diperah tadi dengan gula ke dalam periuk dan masak hingga pekat.
4. Angkat dan ketepikan.


Tart Nenas
Sumber : Mat Gebu


Bahan Binaan Doh :-



230 gram mentega berkualiti tinggi  
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu



Cara Binaan :-


1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.

2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.

3. Sapu kuning telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.

4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.



Ok, dah siap. For me kulit tart ni just nice, tak terlalu rapuh atau keras. Rasa memang kena dah dengan tekak dan penggunaan tepung kastard menyebabkan kaler dohnya nampak cantik. 


Next time kita cuba resipi yang lain pulak. Selamat mencuba.


Monday, February 20, 2012

Viennese Fingers



Salam semua,

Monday blues......monday blues. Tak tau lah kenapa, tapi kalau hari isnin je, semua mood tergendala sekejap. Ah kak ni lagi lah kan. Semalam dah penat berjalan sakan, pagi ni anak2 pulak baru nak start sekolah lepas cuti seminggu, makin teruk ler Monday bluesnya.



Neway, bagi mengelakkan kekalutan di pagi hari, so semalam balik je rumah, lepas siapkan bebudak tu untuk tidur, ah kak pun bakar biskut ni untuk bebudak tu munch..munch...

Lagi pun bahan dan kaedah nak membuatnya pun agak mudah. Resipi ni dapat dari buku 'The Big Book of Baking'. So far memang suka sangat lah ngan semua resipi dalam buku ni sebab kebanyakan kek dan cookies yang di cuba memang sangat marbeles hasil kejadiannya.

Ok, jom tengok resipi.


Bahan binaan :-

100 g unsalted butter
25 g golden caster sugar
1/2 tsp vanilla extract
100 g self-raising flour
100 g plain chocolate


Cara binaan :-

1. Preheat the oven to 160 C or Gas Mark 3. Lightly grease your baking tray.
2. Place the butter, sugar and vanilla extract in a bowl and cream together until pale and fluffy. Stir in the flour, mixing evenly to a fairly stiff dough.
3. Place the mixture in a piping bag fitted with a large star nozzle and pipe about 6 cm long (agak2 je) onto the prepared baking tray.
4. Bake in the preheated oven for 10-15 minutes, until pale golden. Cool for 2 - 3 minutes on the baking tray, then lift carefully onto the cooling rack. (Memang kena hati2 sebab biskut ni sangat rapuh).
5. Place the chocolate in a small heatproof bowl over a pan of gently simmering water until melted. Remove from the heat.
6. Dip the ends of each biscuit into the chocolate to coat, then place on a sheet of baking paper and leave to set.


Ok, dah pun siap. Selamat mencuba.

Monday, February 6, 2012

Alfajores


Salam semua,

Hari ni ah kak sibuk sikit sebab nak keluar membeli barang, maka aktiviti main masak2 ni pun agak terhad. So hari ni kita share satu resipi cookies yg simpleje dan boleh buat in advance. Nama cookies ni Alfajores. Ha..dah macam bunyi jawa pun ada jugak kan. Camana nak sebut?? Al-fah-HOR-rays. Alfajores ni cookies yg terkenal di Latin Amerika sana nun. Tapi jangan tanya samada ah kak ni pernah sampai ke sana ke tidak ya. Ah kak dapat resipi ni dari blog Joy of Baking. The good part of doing this cookies is that you can do the dough and the filling in advance. The cookie dough ni ikut resipi shortbread biasa je and the cookies is being sandwich with Dulce de Leche filling. 

Ok, jom kita tengok resipi.



For Shortbread Dough:-

2 cups all purpose flour (I used plain flour)
1/4 teaspoon salt
1 cup / 226 g unsalted butter (room temperature)
1/2 cup icing sugar
1 teaspoon pure vanilla extract

Method :-

1. In a separate bowl, whisk the flour and the salt.
2. In a bowl of your hand mixer or stand mixer, beat the butter until creamy.
3. Add the sugar and beat until smooth.
4. Beat in the vanilla.
5. Gently beat in the flour mixture until incorporated.
6. Flatten the dough and wrap in with plastic wrap, then chill the dough for 1 hour or overnight.
7. Preheat the oven at 177C or gas mark 4, line your baking sheet.
8. On a lightly floured surface, roll out the dough until it is 1/4 inch thick.
9. Using a floured round cookie cutter, cut out round.
10. Bake about 7-10 minutes depending on your oven untl golden brown.
11. Cool on wire rack.


For Dulce de Leche :

1 litre whole milk
3/4 cups granulated sugar
2 tablespoon light golden syrup
1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla extract
1/8 teaspoon salt


Method :-

1. Put all the ingredients except for vanilla in a heavy duty pan.
2. Place over medium heat and bring to boil
3. As soon as the milk begin to foam up, stir with wooden spatula.
4. Reduce the heat until the milk is just at a low rolling boil.
5. Stir frequently and scrape the side of the pan until the milk become thick, sticky and caramel in colour about 40 to 60 minutes.
6. Once the Dulce de Leche has been reduced to 1 1/4 cup, remove from heat and strain. Stir the vanilla extract.
7. Let it cool before covering and storing. It can be stored in the fridge for about a month.
(For a detailed explanation, boleh tengok kat blog Joy of Baking).


For me the taste is just nice sebab shortbread tu pun rasanya lemak2 je dan tak manis, Dulce de Leche tu pulak memang agak manis so it just marry together.




Anyway, kalau rasa2 payah nak buat Dulce de Leche tu boleh je beli yang storebought punya atau boleh je guna apa2 jenis jem yang di sukai, pun sedap jugak. Selamat mencuba.

Tuesday, January 10, 2012

Chocolate Caramel Shortbread

Salam santun semua,

Minggu ni kita share resepi yang manis2 je lah ye sebab tuan punya badan ni tengah free sesangat, so suka bebenor ler nak meng'experiment' macam2 resepi baru dari buku resepi yang berlambak2 tersadai kat lemari buku tu.

Ok, kali ni kita kongsi resepi Chocolate Caramel Shortbread pulak. Cookies (I suppose sejenis cookies) ni memang kegemaran bebudak kat rumah ni kalau gi minum2 kat Starbuck atau Costa. Ha..kelas kau, boleh jumpa kat Starbuck cookies ni. Sekali beli mesti nak kena beli lagi kalau ngan diorang ni, so, belek punya belek sekali jumpa resepi cookies ni dalam The Big Book of Baking. Ni memang nama buku resepinya ya, bukan rekaan hihi...

Jom tengok bahan dan cara binaan cookies ni. Semua dalam bahasa ibunda dia lah ye sebab takut kalau translate karang, lain benor pulak bunyinya...

Ingredients:-

For Shortbread
115 g unsalted butter
175 g plain flour
55 g caster sugar

For Filling & Topping

175 g unsalted butter
115 g caster sugar
3 tsb golden syrup
400 g canned condensed milk

200 g plain chocolate broken into pieces


Method :-

1. Preheat oven to 180 C, gas mark 4
2. Place the butter, sugar and flour in a food processor and process until it begins to bind.
3. Press the mixture into the prepared 9" square tin and smooth the top. Bake in the oven for 20-25 minutes, or until golden.
4. Meanwhile, make the filling. Place the butter, sugar, golden syrup and condensed milk in a saucepan and heat gently until te sugar has dissolved. Bring to the boil and simmer, stirring constantly until the mixture becomes very thick. Pour over the shortbread base and leave to chill in the refrigerator until firm.
5. To make the topping, melt the chocolate and leave to cool for a while, then spread over the caramel. Chill until set. Cut the shortbread into squares with a sharp knife and serve.


Ok, dah siap dan boleh makan bila2 masa but will go along very well with a cuppa of cappucino or black coffee..heaven.

Monday, January 9, 2012

Almond Macaroons

Salam hari Isnin semua,

Ok, hari ni jom kita cuba resepi macaroon yang simple dan senang giler nak buat. Bahan2 nya pun tak banyak dan resepi ni cukup2 untuk 12-14 biji, depending on the size.

Almond macaroon ni tak sama macam almond meringue macaron yang ala2 Laduree tu, this is more a traditional cookies and the tastes is so chewy. Believe me, you won't stop nibling at one...:)


Ingredients :-

1 egg white
85 g ground almonds
85 g caster sugar
1/2 tsp almond extract
6-7 blanched almonds, split in half (almond yang dah kupas kulit)

Method :-

1. Preheat oven to 180C/Gas Mark 4.
2. Beat the egg white until frothy, then stir in the ground almonds, sugar and almond extract, mixing to form a sticky dough.
3. Using slightly sugared hands, roll the dough into small balls and place on the prepared baking tray.
4. Press an almond half into the centre of each.
5. Bake in preheated oven for 15-20 minutes, or until pale golden.


Tara...dah siap untuk dimakan. Senang giler kan, tak sesusah nak buat macaron. Bila2 masa pun boleh buat. Selamat mencuba.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC