Showing posts with label Bekal Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Bekal Sekolah. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Rupa Tak Sama

Salam santun semua,

Hari ni kita meroti lagi..ecewah...ni kira tengah panas lagi lah ni, tu yang hari-hari nak meroti je. Tunggulah bila dah jemu nanti, mau jadi gajah putih sungguh BM aku tu. 

Neway, hari ni try buat Roti Boy pulak. Resepi tengok kat Myresipi. Tapi aku agak pelik dengan kejadian Roti Boy aku ni. Kalau ikut rasa memang dah sebijik sebijot dah macam kat Paparoti tu tapi aku punya ni terkemot2 pulak atas dia dan topping dia pun mencair, tak garing. Mungkin masa pembakaran tu tak berapa nak betul kut. Tak kisah lah labu, janji gebus macam Roti Boy jugak dan penting anak2 aku suka...ayat beli jiwa nih...

Bahan Binaan:-

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Wednesday, June 29, 2011

Sesi Memecah Dara

Aww...sungguh tak bleh blah tajuk itew. Soheh tak berkaitan ngan aku sebab bab pecah memecah ni dah berkurun lepas pong. Dun worry pada sesapa yang baru terintai-intai dapur ah kak ni, blog ni bukanlah blog 18SX atau yang seangkatan dengannya. Aku baru je memcahkan dara Bread Machine aku kelmarin. Sungguh tidak tertahan melihat kemantopan bodynya yang putih itew, maka harus ku paksa dia bekerja semalam meroti untuk aku dan anak2 aku bawak gi sekolah..wakaka....

Oh..sungguh tidak kusangka mudah sungguh rupanya dengan adanya ekau ini, maka harus lah hari2 aku meroti...hehee..So sempena pecah dara hari ni, ku buat Sosej Blossom Bun ni dari dapur En. Ah Mat Gebus....as usual. Oi..tak mau kalah, pes taim buat terus yang berbunga2, nasib baik menjadi blossom aku ni dan sungguh lah gebus, sampai tak cukup2 Dalea makan. Ok, jom tengok resepi.



SOSEJ BLOSSOM BUN

BAHAN BINAAN:-
 
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung 
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



CARA BINAAN:
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian.
  3. Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Wednesday, April 20, 2011

Snack Berkhasiat

Malam tadi En. Hubby balik lambat, tinggal kitorang berempat je. Tetiba dapat lampu lak nak cuba buat Muesli Bar. Sebenarnya dah lama hasrat tertangguh sebab ada je benda lain yang kena buat walaupun resepinya mudah je. Resepi jumpa kat rumah Rima.

Bahan-bahan boleh guna apa yang ada je, tak semestinya ikut sebijik2. Jom kita buat snack berkhasiat ni. Muesli ni ada macam2 jenis, ada yang letak yogurt lah, buah-buahan lah, ini kira yang basic lah. Muesli ni pun bagus bagi anak2 sebab dia ada kekacang dan oats yang boleh bagi extra energy dan vitamin.





Basic Muesli
Bahan :-
150g butter
1/2 cup honey
1/4 cup brown sugar

2 cups of rolled oat
2 cups of cereal (this one ikut suka, aku letak cornflakes, cherios, froot loops)
60 g nuts of your choice
50 g dried fruit ( aku guna dried cranberries)
1/4 cup choc chip (optional)

 Cara:-

1. Masak butter, honey dan brown sugar atas api sederhana. Bila dah agak pekat, alihkan dan sejukkan.
2. Campur semua bahan kering tadi dalam satu bekas besar.
3. Masukkan campuran butter tadi ke dalam bahan kering dan bolehlah kerah askar yang ada untuk menggaul sampai sebati. Bab2 ni memang bebudak suka punyalah.
4. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan baking pan yang dialas dengan parchment paper. Biar lebih sikit di kiri kanan supaya senang nak keluarkan muesli nanti.
5. Tabur campuran muesli ke atas baking pan dan bakar selama 20-30 minit.
6. Dah masak, sejukkan sekejap dan potong.
7. Make sure campuran butter tu di gaul sebati kalau tidak muesli akan pecah.






Tada...dah boleh dibawak ke sekolah atau ke pejabat. Snack yang sungguh berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga berpanjangan..cewah..macam iklan pulak.

Tuesday, April 12, 2011

Mahalnya Gam Ko Nak Oi....

Ok, hari ni masih duk tercari-cari idea nak bekalkan si Dalea ke sekolah. Nampaknya idea nak bagi duit belanja memang tak boleh pakai. Mana taknya, semalam dia cakap ada subjek seni so kena lah bawak segala kertas warna, gam, gunting..dll. Tetiba gam dah keras, tak boleh nak guna. Jam dah kul 10 malam, sah-sah kedai dah tutup, so esoknya bagi lah RM2 suruh beli gam and balance buat belanja. Balik sekolah aku tanya "Dah beli gam?".."Dah". "Berapa sen gam?" "Dua"...Dua? Dua apa? Takkan dua posen? Tak logik..tapi takkan Dua Ringgit..lagi tak logik. Tanya lagi..."Dua posen ke?". "Dua Ringgit". "Ha!!..tengok rupa gam tu besar mana?" So..dengan slow motion dia keluarkan gam dari beg...."Hah! Besar ni RM2? Dalea bagi kat orang kedai tu dia tak pulangkan baki ke?" "Tak"......Pause yang sungguh panjang....Aku pun konpius, apa memang alatulis kat sekolah sekarang memang mahal2 ke atau anak aku yang tak reti bab2 akad jual beli barang ni???? Aduyai...makin pening aku di buatnya...


Jadi, untu tidak menambahkan serabut di kepala, aku gegodek ler resepi yang mudah2 ni untuk buat bekal dia. So, terjumpa resepi yang teramat mudah ni kat Dapur Dayang Jack. Nama resepi ni Kek Gulung Kasih. Tak tau lah apa signifikannya gulungan kasih ngan rupanya yang polkadot tu....



Kek Gulung Kasih


bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning




cara-cara :


  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 


Boleh buat bekal anak ke sekolah, mak bapak ke pejabat atau atuk nenek minum petang...memang debom...

Tuesday, April 5, 2011

I Say Cheese I Saw Strawberry

Masa blog walking kat dapur-dapur Chef tersohor tu jumpa lak resepi Blueberry Cheese Muffin yang nampak sungguh menarik hati. Tapi nak gi beli blueberry memang agak malas so kita turn the recipe upside down, guna je bahan yang ada. Since balance strawberry masa wat Red Velvet Cake tu ada lagi, maka jadi lah Strawberry Cheese Muffin pulak. Resepi kopipes je dari sini.


Strawberry Muffin

Ingredients

  • 2 1/4 cups self-raising flour, sifted
  • 1/2 cup caster sugar
  • 100g butter, melted, cooled
  • 2/3 cup milk
  • 2 eggs, lightly whisked
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 150g fresh or frozen blueberries
  • 60g cream cheese, cut into 12 cubes
  • 1 1/2 tablespoons blueberry jam

Method 

Preheat oven to 200°C. Lightly grease a 12-hole 1/2-cup capacity muffin pan. 

Combine flour and sugar in a bowl. Make a well in the centre. 

Whisk butter, milk, egg and vanilla in a jug. Pour into well. Add blueberries and gently fold until just combined. Half fill muffin holes with mixture. Top each muffin with a cream cheese cube and 1/2 teaspoon jam and cover with remaining mixture. 

Bake muffins for 15 to 20 minutes or until a skewer inserted into the top half of muffins comes out clean. Stand in pan for 5 minutes. Turn muffins onto a wire rack to cool slightly. Serve warm.

Cukup buat bekal sekolah Dalea 2 hari, balance maknya bawak gi kursus.

Wednesday, March 2, 2011

Nak Bagi Resepi Omputeh Lah Hari Ni

Salam semua,

Hui, dek kesibukan menjadi pelajar semula ni maka hapdet pun semua ringkas-ringkas je lah, tak dan nak merapu sebab otak pun dah makin tepu sekarang ni.

Ok, kali ni nak bagi resepi yang berkhasiat untuk tatapan semua ya. Kualiti gambar memang sangatlah tidak memuaskan sebab seringlah di snap seawal 6 pagi di ruang dapur dengan mata yang masih kelat lagi. Maka, paham-paham je lah ye.


Pagi ni buat Vegetable and Tuna Tarts. Resepi ni dapat dari buku resepi Eat Right oleh Rohani Jelani (Bayan Indah Culinary Retreat). Saiz hidangan ni ikut lah bahan ujikaji kat rumah ya, kalau ramai, boleh lah buat banyak, kalau sikit macam aku ni, tok sah lah ikut sangat resepi ni, boleh  lah reduce portionnya.

Bahan:-

4 tbsp Extra Virgin Olive Oil
15 slices Wholemeal Bread
1 onion chopped
100 g tinned or fresh button mushroom sliced
100 g spinach
100 g tinned tuna flakes drained
3 eggs
150 ml low fat milk
20 cherry tomatoes, halved
30 g cheddar cheese, coarsely grated
salt and pepper 

Cara :-

1. With a rolling pin, flatten each slice of bread as thinly as possible.
2. Cut each slice with a circle cutter that can fit into small tart tin or muffin tin

 Macam ni lah lebih kurang.

3. Brush both sides of bread with olive oil and press firmly into the base of each tin.
4. Bake in a preheated oven (180 C) for 10 minutes. Set aside.
5. Over medium heat, saute onion with 2 tsbp Olive Oil, stir in mushrooms, cook for 2 minutes.
6. Add spinach, stir and then add tuna flakes.
7. Season lightly with salt and pepper.
8. Divide evenly among the bread tartlet

9. Beat eggs and milk together, season lightly with salt and pepper.
10. Pour mixture over vegetables, top with halved cherry tomatoes and a sprinkling of grated cheese.
11. Bake again for another 15 minutes or until filling is set.

Ok, dah siap, boleh di ngap dengan jayanya.


Point to ponder :-

Out of 5 servings of vegetables and fruits, this recipe gives you 1/4 serving. 
This recipe is rich in monounsaturates that help reduce bad cholesterol.

Hah, ambik kau, mak bagi sarapan berkhasiat untuk anak2 semua ya.





Sunday, February 20, 2011

Anak Aku Tak Makan Rupanya

This is a story of my lil Khalissa. She's my second daughter and to us dia lah yang paling aktif, paling banyak cakap dan ada seribu satu macam soalan. To add the spice, dia juga seorang yang agak kasar among the siblings dan sangat suka makan. That's why dia walaupun small in size tapi struktur badan lebih padat berbanding kakaknya Dalea. Sungguhpun gitu, we know that she hardly talk to stranger or orang yang baru dia tengok or kenal. Tak kira siapa lah dalam kategori ni for as long orang tu bukan sedara mara dia, kengkawan kat nursery dia, jangan haraplah nak dengar suara si budak yang banyak cakap ni.
This dilema or confusion continues when she go to school. Satu hari cikgu sudah telepon waktu tu pulak aku tengah dengar ceramah Risk Management..yang kena paksa pergi dan duduk depan sekali lak tu. So, aku dah sms En. Hubby to call the teacher. Rupanya cikgu ni baru take over the class sebab cikgu sebenar cuti pada hari kejadian. Cikgu ni siap tanya macam mana karakter Lissa ni kat rumah sebab kalau dikira bulan ni dah masuk bulan kedua dia sekolah tapi sebutir perkataan pun cikgu tak pernah dengar keluar dari mulut dia. Ha??? What's happening dude??? Yang lebih buat aku terkejut chimpanzie ialah dia langsung tak makan kat sekolah. Memang aku tak bawakan bekal sebab cikgu sekolah dah sediakan makanan masa recess. Terus aku rasa sedih sebab Lissa ni macam Aliff jugak jenis yang pantang nampak makanan, tapi dia tahan berlapar dan tengok je orang lain makan selama 2 bulan ni. OMG!!!

Aku memang tak terlintas nak tanya progress si Lissa ni kat cikgu dia sebab bila kat rumah, she's been practising apa yang dia belajar kat sekolah. Dia akan recite doa makan siap dengan terjemahan omputehnya sekali dan nyanyi lagu yang dia belajar kat sekolah. So aku ingat dia dah adjust lah..rupanya tak jugak..Terus gatal kepala aku yang tak gatal ni. Patutlah hari tu cikgu Nursery dia cakap (duduk nursery yang ini dah masuk setahun lebih ya), Lissa memang tak akan bercakap ngan diorang tapi tetiba dsatu hari terdengar ada suara budak nyanyi lagu Twinkle..Twinkle Little Star dalam bilik air..tengok2 rupanya si tecik Lissa yang bersuara emas tengah mandi sambil menyanyi..boleh?

So pagi ni, aku siapkan bento untuk Dalea dan Lissa dan siap sms kat cikgu dia suruh dia makan bekal dia masa recess nanti. 

 Satu untuk Dalea

Satu untuk Lissa

To my lil Lissa, you are my sweet daughter that always makes me smile, sometimes  makes my muka agak ketat tahan marah and also makes me laugh with tons of your naive questions. Deep inside my heart, I just want you to grow up happily and receive all the love that is meant for you.



Friday, February 18, 2011

Kak Barang Dah Sampai Ni

Pit..Pit..(sound effect bunyi hon moto..sama ke?) Tetiba nampak budak courier tercegat depan pagar. Aku pesan apa lak ni? Boleh gitew? Sendiri membeli pastu tak ingat..adakah aku dah terjangkit penyakit short term memory macam Tina? Tak mungkin....Tak pelah, aku pun ambik lah bungkusan dari budak courier tu. Bila tengok nama pengirim..hm..baru teringat. Kan aku kononnya gigih nak berBento, aku pun gi lah bersoping kat Kedai Runcit aku tu. Ish..camana lah boleh lupa.

 Anyway, aku beli 2 benda je sebab agak mahal jugak menatang ni sume. Tapi sebab aku tak jumpa kat Daiso hari tu, so aku order lah kat sini.


Aku beli Food Cup ngan Sosej Cutter ni.

Sosej Cutter ni gunanya untuk potong sosej tu jadi bentuk macam kat gambar ni ler.

Food Cup ni bentuk telur pecah siap ngan food pick sekali. Gunanya kalau nak letak makanan lain dalam bekal yang sama. Kira separate lah dari makanan yang lain tu. Kalau tak paham, nanti aku tunjuk bila dah siap..ha..ha..Tunggu!

Wednesday, February 16, 2011

Gigih Lagi berBento

Hm...pagi ni masih menunjukkan minat dan keazaman yang tinggi untuk berBento lagi. So, hari ni buat roti sosej untuk Dalea. Resepi asal skodeng kat rumah En. Ah Mat Gebus tapi telah di modified mengikut suasana pagi dan stok barang kat dapur.



Bahan :
3 biji / batang sosej 
3 keping roti 
1 biji telur
sedikit garam
Bread Crumb secukupnya

Cara :-

1. Rebus sosej sampai lembut;
2. Lenyek kan roti guna kayu penguli ke botol ke..(tujuan supaya senang nak roll nanti);
3. Pukul telur ngan garam;
4. Bila sosej dah masak, angkat dan toskan pastu letak atas roti dan roll;
5. Sapu sedikit bancuhan telur kat hujung roti supaya melekat;
6. Dah siap di roll, celup dalam bancuhan telur tadi dan gelek pulak atas bread crumb, bagi melekat habis satu badan roti tu dan boleh lah digoreng.


Ini pulak rupa roti sosej tadi yang dah ku potong kecil2 dan cucuk ngan food pick. Yang kuning tu pulak cheese yang dipotong bentuk reben.

MAD - RM10 for RM30 Cash Vouchers at ACMAMALL.com

Tuesday, February 15, 2011

Ni lah Rupanya

Pepagi tadi gigih aku buatkan bento anak aku. Bento ni kira bekal lah sebenarnya. Kat Jepun, kira popular habis lah Bento ni, bukan setakat untuk bebudak, mak bapak budak pun bawak Bento gi opis. Cuma kalau Bento Jepun ni mungkin ada nasi pulut yang pelbagai bentuk atau sushi lah. Since kita kat Mesia ni, tak de lah aku nak masak nasi pepagi buta semata2 nak buat macam2 bentuk tu.

Just nak recap benda yang aku beli kat Daiso semalam. Yang hijau macam rumput tu Baran atau food divider, tapi saje aku letak kat keliling bekal tu bagi meriah. Pagi ni rebus kan sosej, jaagung dan buah anggur je untuk Dalea.


 Yang kaler hijau bentuk love tu pun Baran jugak. Yang kaler hijau lagi satu tu bekas sos, aku letakkan mayonis.

Ni pulak, food pick yang bermacam jenis aku beli semalam tu. Menarik kan untuk budak2.

Wednesday, February 9, 2011

Bekal Menu Omputeh Hari Ni

 Pagi ni seperti biasa aku masih lagi kesiangan..alasan sama di ulang tayang..badan rasa letih semacam..tapi pagi ni dalam duk kelam kelibut tu sempat juga buat 2 bijik chicken burger. 1 untuk Dalea, 1 lagi Mr. Hubby dah pow bawa gi opis. Untuk versi Dalea cuma letak timun, cheese ngan mayonis je. Dia ni alergik sikit dengan pedas, walaupun setakat cili sos.
Chicken Pattie tu aku dah buat malam tadi, so pagi ni tinggal menggoreng pattie nya je. Ok, jom tengok resepi.


 Bahan:-

400 g daging atau isi away dikisar (Kalau malas, pakai je yang dah siap jual tu)
1 biji telur
3 sudu besar bawang merah - potong dadu
1 cawan serbuk roti
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh  cumin
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam 
sedikit oregano, parsley, or any herb (ikut suka)
* Bahan2 ni sebenarnya ikut kita lah, kalau ada letak, tak nak pun takpe. Letak macam2 pun takpe.
*Aku dapat lebih kurang dalam 6 pattie.

Cara :-

1. Gaul semua bahan kecuali telur.
2. Bila bahan dah sebati masukkan telur yang dah dipukul sedikit demi sedikit.
3. Gaul lagi dan bulat2 kan lepas tu penyekkan dia kasi leper.
4. Simpan dalam fridge dulu sebelum digoreng supaya tak pecah.
5. Pastu bolehlah beli roti burger macam yang kat gambar tuh, letak lah timun ke, salad ke atau apa saje ikiut selera tekak masing2.



Ni ler rupa chicken pattie aku lepas digoreng.

Monday, February 7, 2011

Roti Poket Doraemon

Sejak Dalea dah mula sekolah, aku pun terpaksa bangun lebih awal dari biasa sebab nak buatkan bekal untuk dia. Walhal, boleh je setakat bagi duit belanja dan biar dia beli makanan sendiri kat kantin masa rehat. Tapi sebab kadar sopan santun si Dalea ni agak tinggi *wink*, maka biar lah aku yang tunggang terbalik kat dapur pagi-pagi buta daripada kebuluran lak si Dalea tu nanti. Bukanlah nak under estimate anak sendiri, tapi dah terbukti oleh Lever Brothers, maka biarlah aku bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian...hmm...ada kena mengena ke???

Anyway, since pagi adalah masa yang amat singkat untuk buat macam-macam benda, maka terpaksa lah aku sekodeng resepi yang senang2 je supaya aku sendiri tak panik macam cipan sebab dah kesiangan dek kalut membuat bekal anak.

Pagi tadi, aku buat Roti Poket ni lepas sekodeng blog Mamazieza. Memang senang..pejam mata pun boleh siap punya lah.



Bahan:-

Buat Poket
4 keping roti (Kalau nak lebih, tambah lagi roti)
1 biji telur
sedikit garam 
Bread Crumb secukupnya

Inti
Yang ni ikut suka. Macam aku sebab barang pun tak banyak dan Dalea pun tak makan pedas, so aku cuma rebus crab stick dan crab ball dan letak mayonis.

Kalau suka pedas, bolehlah buat ala2 inti kebab tu.

Cara:-

1. Cantum 2 keping roti setiap satu (macam sandwich)
2. Gelek roti tadi dengan kayu penguli atau apa2 je lah janji boleh gelek.
3. Celup dalam bancuhan telur dan garam
4. Salut dengan bread crumb
5. Goreng
Roti akan meggelembung. Bila dah kekuningan angkat dan toskan sekejap, lepas tu belah tengah. Bolehlah masukkan inti yang disukai ramai.



 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC