Wednesday, July 4, 2012

Kek Chiffon Labu


Salam semua,

Hari ni nak share resipi kek chiffon ni yang sangat gebus dan lemak-lemak manis je rasa dia. Ah kak ni memang lah gemar sangat makan kek2 macam ni cuma bab nak membuat kek2 yang ringan ni memang agak fail sikit tapi memandangkan labu yang di beli kelmarin tu dah makin mengecut, baik lah di transform sebelum menjadi santapan cik Tong Sam. Neway, hajat di hati nak buat kuih koci dan lepat labu tapi daun pisang pulak nan ado. Sementara nak beli daun pisang, mau benyek bencot dah lah labu nan sebelah tu, so masa jalan2 kat Blog Bila Chah Ke Dapur, nampak resipi Pumpkin Chiffon Cake ni. Nampak menarik giler ditambah pulak dengan description tuan punya resipi, buat meleleh ayaq liuq je.  So, jom kita tengok resipi :-



Kek Chiffon Labu
Sumber : Bila Chah Ke Dapur

Bahan Binaan :-


Bahan A
4 biji kuning telur
30g gula halus
60ml susu/santan
60ml minyak sayuran (saya gunakan minyak jagung cap Daisy)
80g labu (rebus, lenyek dan timbang)
120g tepung kek  (tepung superfine)
1/4 sudu kecil baking powder
Secubit dua garam

Bahan B
4 biji putih telur
100g gula hallus
1/4 sudu kecil cream of tar tar

Cara Binaan :-

1. Pukul kuning telur dengan gula hingga agak kembang dan warnanya bertukar menjadi pucat.
2. Masukkan susu dan minyak. Pukul lagi. Bila telah sebati,masukkan labu dan tepung. Kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul pula putih telur hingga berbuih.
4. Setelah berbuih, masukkan gula dan cream of tar tar. * Cream of tar tar berfungsi untuk menstabilkan adunan putih telur (meringue)
5. Pukul dengan high speed hingga menjadi meringue.
6. Gaulkan aduan putih telur dengan adunan tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja.
7. Masukkan pumpkin seed dan kacau sedikit - I omit this.
8. Tabur pumpkin seed dalam loyang dan tuang adunan kek perlahan-lahan.
9. Panaskan oven kira-kira 5 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160 deg C kira-kira 35 minit.




Ini lah hasilnya, kek yang tersangat lembut dan cair je dalam mulut hee.....silalah mencuba.

2 comments:

~~zana@pb~~ said...

Assalam Anna, resipi ni akak salin, rancang nak buat petang ni. Tengok ler....kalau ada kat blog, jadilah tu.
Gebunya kek Anna..

Anna said...

Hihi...sila2...

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC