Tuesday, May 31, 2011

Labu oh Labu

Salam semua,

Semalam sebelum ambik bebudak kat rumah MIL sempat lagi menyinggah ke pasar tani kat rumah aku ni. Aku suka gi pasar tani ni sebab ada makcik yang jual sayur2 kampung dan memang fresh macam baru petik dari pokok je. Tengah duk pilih2 sayur ternampak lak cik labu yang cumil. Aku ni kalau ikut membeli labu ni memang dah banyak kali tapi tak pernah sempat nak jadikan makanan, selalunya sampai busuk lembik lah cik labu tu bertapa dalam peti sejuk tu, last2 jadi habuan cik tong sampah jugak. Tapi kali ni hantu sudah  mari lah kut, bersemangat betul walaupun aku tak tau lagi apa nak aku buat ngan labu sebijik tu tapi aku angkut je apa2 yang aku rasa berkaitan kat kedai makcik tu. 

Dalam perjalanan gi rumah MIL baru dapat lampu nak buat lepat labu. Aku memang tak berapa gemar makan lepat, tapi kalau lepat ubi atau labu, aku boleh on lagi. Lepas berguru serba sikit dengan Kak Ani, jiran mak mertua aku yang memang pakar bab2 kuih tradisional ni maka bermulalah operasi..hihi...

Gigih betul aku menokak labu ni sebab nak lah direbus dulu bagi lombut kan. Dah rupa  macam tikus membaiki labu je aku rasa, berpoluh akak kat dapur. Ni kalau tak jadi memang saje buat naya kat aku. 

Akhirnya setelah gigih berhempas pulas...hee..macam ler susah sangat kan...


Tara..siap jugak lepat aku. Hmm..memang sedap lah resepi Kak Ani ni. Konpem kena gi menuntut ilmu lagi sebelum ke UK nanti. Kak Ani ni memang tersangat pandai buat kuih2 gini. Aku ni bab kuih2 tradisi ni memang fail sikit, kalau kuih omputeh tu cepat je pandainyer walaupun itu lah pertama kali negok rupa kejadiannya.

Memang seketul je yang aku snap  sebab cuma 3 bijik je yang sempat ku selamatkan untuk bagi pada mak mertua aku ngan Kak Ani untuk rasa sebagai bahan bukti. Yang lain dah selamat masuk ke dalam usus besar rakyat jelata rumah ni. Oh..suka ya.....:) Tapi sebenornya makan apa2 pun kalau tengah panas2 kan memang sodap....he....

Oh ya lupa lak nak tepek resepi. Aku buat 1/2 je dari resepi asal sebab tak larat nak kopek labu dah, pakai setengah bijik je. Balance tu nanti lah ku pikir apa lak projek seterusnya....

Lepat Labu

Bahan Binaan :-

500 g labu direbus hingga lembut dan di lecek
125 g santan kelapa
150 g gula pasir (boleh adjust ikut suka)
190 g tepung gandum
sedikit garam
Daun pisang yang dah di layur atas api secukupnya
Sedikit kelapa parut di gaul dengan garam untuk di buat inti

Cara Binaan :-

1. Campur semua bahan tadi kemudian ambil sesudu dan letak atas daun pisang. Kemudian letak sesudu inti kelapa dan tutup dengan sedikit adunan tadi. Lepas tu lipat daun pisang tadi dan kukus selama 15 - 20 minit. (bab yang cara binaan ni aku taram je sebab yang ni aku tak tanya lak kat Kak Ani tu, aku agak2 je..boleh gitew??)

4 comments:

norlie said...

teringinnya akak..

Anna said...

Hiii..silalah cuba.

azura samsuddin said...

terliurnye ... sbb zura pun peminat lepat labu, kalo lepat ubi+pisang x jalan sgt he3

Anna said...

Ye lah Zura,

Lepat labu ni lagi lembut dan lemak je kalau makan.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC