Wednesday, February 29, 2012

Ayam Masak Serai


Salam bersiaran,

Hari ni nampaknya demam masih tak berapa nak kebah. Ini lah bahananya kalau dah lama tak sakit, sekali sakit seminggu pun tak baik2 lagi. Ini lah first time sejak duduk kat London ni ah kak kena demam macam ni. Kalau kat Malaysia dulu boleh kata tiap2 bulan tu mesti bertandang ke klinik sebab selsema lah, demam lah dan macam2. Tapi kat sini, sejak bulan 9 tahun lepas, ni lah baru pertama kali sakit, mungkin tu lah sebabnya susah sangat nak baik.


Neway, hari ni kita share resipi masakan ibunda yang terchenta. Ringkas tapi tersangatlah marvellousnya hihi...Resipi ni namanya Ayam Masak Serai. En. hubby tak habis2 sebut POWER2. Tu kira sedap sangat lah tu. Neway, belum cuba belum tahu kan, so jom tengok resipi.



Bahan binaan:-

1/2 ekor ayam
10-15 biji cili padi * (Ikut suka, kalau nak pedas lebihkan cili)
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
6-8 batang serai (di titik)
1 inci lengkuas *
2 helai daun limau purut
1/2 tin santan pekat
1 keping asam keping
garam dan dula secukup rasa



Cara Binaan :-


1. Goreng ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam, sehingga kira2 suku masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
2. Blend bahan bertanda * dan tumis dalam kuali termasuk serai sehingga pecah minyak. Masukkan ayam tadi dan gaul sebati.
3. Masukkan santan dan asam keping.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masak hingga pekat dan santan nampak agak berminyak.



Alhamdulillah, ah kak dah kenyang dan nak sambung tidur balik huhu...Selamat mencuba.

2 comments:

Siti Asiah said...

cam sedap jer tu makan ngan nasi putih...leh cube nie...:)

blokade49 said...

Thanks

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC