Monday, February 27, 2012

Luxurious Creamy Trifle



Salam hari Isnin semua,

Hari ni kitorang sekeluarga tak berapa nak sihat. Mungkin sebab pertukaran cuaca kat London ni dari winter nak ke spring ni agak mengejutkan sistem badan kitorang yang baru first time duk kat negara 4 musim ni.


Neway, hari ni ada 2 keluarga yang datang bertandang kat rumah ni. So sambil masak makan tengahari, sempat jugak lah menyiapkan Trifle ni as dessert. Resipi Trifle ni memang banyak, so kali ni ah kak buat style sendiri dengan menggabungkan macam2 jenis resipi yang ada. Rule of thumb : trifle ni usually consist of layer of sponge cake, jelly, custard and cream. So yang lain2 tu boleh tambah ikut selera sendiri.


As for my trifle, it consist of lemon butter swiss roll , custard, fruit cocktail, cream, fresh strawberry, savoiardi biscuit, lychee jelly, canned rambutan and custard. Rich??? It's luxurious..hehehe....


Bahan binaan :-

Swiss Roll (I used store brought)
1 tin fruit cocktail
1 tin buah rambutan (Boleh guna buah lain, tak nak pun ok)
Fresh strawberry
Savoiardi biscuit secukupnya
Jelly Lychee (I used instant one - masak ikut direction)
250 ml cream (pukul hingga kental)

Bahan binaan custard :-

1 tin susu segar atau susu cair
1 mangkuk air
4 sudu besar tepung custard
4 - 6 sudu besar gula (ikut suka nak manis atau kurang)
1 biji kuning telur (di pukul sedikit)
1 sudu teh esen vanilla

Cara binaan custard :-

1. Campurkan tepung custard dan air hingga larut dan tidak berketul.
2. Panaskan susu dan gula dalam periuk.
3. Bila susu hampir mendidih, masukkan bancuhan tepung custard, kuning telur dan esen vanilla.
4. Kacau hingga adunan menjadi pekat dan tutup api.


How to assemble :-

1. Potong swiss roll cake dan susun di bahagian bawah/dasar mangkuk.
2. Tuangkan cream custard.
3. Susun fruit cocktail.
4. Tuangkan cream yang telah dipukul kental tadi, ratakan.
5. Susun buah strawberry diatas cream dan boleh juga disusun di tepi mangkuk.
6. Susun savoiardi biscuit yang telah di rendam dengan air dari fruit cocktail tadi.
7. Tuangkan jelly lychee dan biarkan keras seketika sebelum di susun buah rambutan dan lapisan custard.
8. Akhir sekali, hias dengan potongan buah strawberry.
9. Simpan dalam peti sejuk sebelum di hidang.


Ok, sebenarnya susunan trifle tu ikut suka masing2 nak letak yang mana dulu cuma basic trifle usually ada sponge cake, jelly, custard and cream. Yang lain2 boleh ditambah mengikut citarasa masing2.

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC