Sunday, February 27, 2011

Menyambut Kedatangan Ahli Keluarga Baru :)

Hahaha..., tolonglah jangan pikir yang bukan-bukan ye. Ahli keluarga baru ini yang pastinya bukan baby baru ye. Apa ko tak nampak pinggang akak yang ramping bak kerengge ni?? Jenuh mak nak maintain ni tau.

Okay, ahli keluarga yang dimaksudkan ialah kuali idaman kolbuku Chefel Flip n Cook. Sejak pergi kelas pemakanan sihat hari tu, hasrat nak beli Deep Fryer telah terbantut dengan sendirinya, jadi alternatif terbaik mestilah makanan yang dimasak tak pakai minyak yang banyak...ala-ala grill je gitew.


Kuali Chefel ni memang tersangat vass penggunaannya. Kalau nak masak apa pun, just susun je dalam kuali ni pastu masak atas api yg paling perlahan dalam 5-10 minit, pastu terbalikkan dan masak lagi dalam jangka waktu yang sama. Kalau nak pakai minyak, cuma letak sikit je and gerenti masakan tu akan masak dengan rata dan siap dengan jus semulajadi lagi. Sihat kan??? Macam ayat salesman pulak. 

Oh ya oleh kerana nafsu membeli tu memang agak tinggi dan sikap tamak haloba yang sememangnya sukar dibendung, aku bukan setakat menambah satu ahli keluarga, tapi dua sekaligus. Alang-alang dahh menyinggah ke Cosway tu au beli sekali Snack Maker ni. Snack Maker ni ada 3 jenis plate, boleh buat sandwich, waffle dan grill pun boleh jugak. Amacam?? Canggih kan pilihan hati.

Ini lah rupa sayur campur yang dimasak guna kuali Chefel tu. Cantik je kan?? Resepi tak yah lah setakat sayur campur je. Paling aku suka, masa nak goreng ikan, letak je dalam kuali dan tutup, biar dia masak sendiri. Tak payah nak risau lah berperang ngan minyak yang meletup2 tu. Baru boleh jadi model dapur masak tu yang siap boleh baring atas dapur tu kan...hehe..tak de kaitan..

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC