Saturday, April 7, 2012

BWK - Danish Butter Cookies


Salam bersiaran,

Minggu ni cuaca kat London ni asyik mendung dan makin sejuk pulak. Bunga nak kembang pun kuncup balik. Manusia2 yang baru nak rasa kembang dek panas matahari pun mengecut balik duk diam2 dalam rumah sebab tak tahan sejuknya nak oi.


Memandangkan nak buat aktiviti luar pun agak tak lalu sebab cuaca yang dingin beku kat sini maka kita buat aktiviti dalm rumah je lah. Lagipun sekarang ni tengah cuti Easter so dari biar bebudak ni asyik mengadap kartun kat TV, baik kita suruh diorang main masak2 macam ni. Lagi pun ini lah yang di kata pucuk di cita ulam mendatang. Memang terlompat-lompatlah bebudak ni bila dapat main2 gini.


Untuk bebudak ni kena bagi diorang buat resipi yang mudah2 je dulu, kalau tidak mau habis bersepah satu dapur pastu ah kak jugaklah yang nak hangin sebab kena mengemas kan.


Ini my baby Aliff yang pakai apron umi nya sebab masa beli apron bebudak ni cuma ada untuk gegirl je, yang boboy kecik2 halus ni nan ado. Tapi bila dah nengok kakak2nya pakai, dia pun nak jugak, sudahnya pakai jelah umi punya.


Kali ni kita buat Danish Butter Cookies. Resipi dapat dari dapur Rima @ Bisous A Toi. Ok, jom tengok resipi :-


Danish Butter Cookies
Source : Rima @ Bisous AToi

Ingredients:-

75 g butter
50 g fine sugar
1/4 tsp salt
1 egg yolk + 1/2 tsp vanilla extract (lightly beaten)
150g cake flour (Remove 1 tbsp)
pinch of baking powder
1 tbsp of skimmed milk powder

1 egg white
Dry demerara sugar for sprinkling


Method :-

1. Cream butter, sugar and salt in a bowl with electric beater until pale and fluffy.
2. Add in egg yolk and beat well until incorporated.
3. Sieve in the flour and baking powder, add in the skimmed milk powder, use your lowest speed of electric beater to combine. Mixture will be-bread crumb like and will form a dough easily.
4. Put the dough in a plastic bag and roll the dough flat. Chill the dough till harden before cutting out the cookie.
5. Cut out the cookie with cookie cutter. Brush some egg white on the cookie and sprinkle with dry demerara sugar.
6. Bake at 180C for 10 minutes in the middle rack and shift to the upper rack and bake for another 2-3 minutes until golden brown (All depends on the oven used).


Ok, dah pun siap. Memang sedap biskut ni, really buttery and the demerara sugar added the crunchy sweetness to the cookies.





Next time need to do a few batches baru puas sikit makan. So selamat lah mencuba. Senang je ni, bebudak kecik pun boleh takkan kita tak boleh tak gitew? Hihi..


2 comments:

Hidayah Bach said...

salam perkenalan...!

wahh..kecik2 dah kasik diorang chance buat biskut..hehe..
sporting betul..

nampak sedap la..

dayah tak pernah terfikir nak butter cookies..

tengah doh blogwalking nih..

ternampak entry nih..

hehe..

salam perkenalan sekali lagi..!

dayah follow sini ye..
:)

(selamat berpuasa)
hihi..

Anna said...

Salam perkenalan juga,

Saja je bagi diorang main2 kat dapur, selalu asyik mengacau je, sesekali dapat buat cookies betul2 memang seronok tak hengat :)

Selamat berpuasa.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC