Friday, March 2, 2012

Mi Kari


Salam bersiaran di hari Jumaat yang berkah,

Hari ni orang kat rumah ni tak nak makan nasi, tapi nak makan mi pulak. Memandangkan kat sini memang payah lah nak jumpa kedai jual aneka mi macam kat Malaysia melainkan jual spagetti je, so kita buatlah mi kari. Esok2 kita buat mi hailam, mi rebus ngan mi kuah pulak hihi....



Kalau nak ikutkan tak berapa nak cukup jugak bahan2 buat mi kari ni tapi disebabkan memang payah ler nak bagi cukup bahan2 tu semua, so kita buat ikut apa yang ada je lah.

Resipi mi kari ni resipi ibunda terchenta lagi. Sebenarnya, hampir sama je mana2 resipi mi kari yang kita jumpa kat Internet atau buku2 masakan cuma yang ini kira resipi yang umi ku selalu buat, jenis yang tak de sukatan pun, main agak2 je. Tapi kat sini ah kak dah letak sukatan sebagai panduan sahaja.


Kalau tengok bahan2 yang digunakan ni memang agak banyak dan dapat dalam 1 periuk besar jugak lah. So kepada sesiapa yang nak buat sikit2 tu boleh lah kurang kan apa yang patut. Ok, jom tengok resipi.



Bahan Binaan Kuah :-

2 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 mangkuk rempah kari daging (3 sudu besar)
1 1/2 tin santan pekat @ 1 biji kelapa + 2 mangkuk air (agak2)
3 tin air (tin santan tadi) - seeloknya guna air rebusan udang atau tulang2 ayam
1/4 ekor ayam di potong kecil 
Tauhu goreng, fishcake dan fishball secukupnya
3 biji kentang di potong dadu

Bahan Mi / hiasan :-

2 - 3 bungkus mi kuning di celur

sawi dan taugeh secukupnya dicelur
tauhu putih (di goreng dan di potong)
3 biji cili merah dihiris 
3 biji telur di rebus
Bawang goreng secukupnya
Limau nipis secukupnya

Cara Binaan Kuah:-

1. Blend bahan bertanda * dan tumis dalam periuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, gaul sebati.
4. Masukkan santan dan air @ air rebusan ayam.
5. Masukkan kentang, fishball dan fishcake.
6. Masak hingga mendidih.
7. Perasakan dengan garam dan gula.




Ok, mi tadi boleh dihidang dengan sayur2 dan bahan hiasan tadi.





0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC