Sunday, March 11, 2012

Kari Ikan Tenggiri


Salam hujung minggu,


Masak apa ye hari ni? Hmm...hari ni cuaca kat London ni nampak terang dan angin pun tak kuat sangat bertiup, jadi memang sesuailah kalau nak gi berjalan ke carboot market hari ni. Memandangkan nak gi berjalan, maka kenalah kita masak dulu sebab nak makan kat luar memang tak harap sangatlah kalau kat sini.


Oh ya, dah lama rasanya tak  makan ikan tenggiri ni. Kalau dulu asal pergi pasar memang tak pernah miss beli ikan tenggiri. Memanglah harga dia agak mahal tapi itu je ikan yang senang di beli sebab tak payah nak disiang2 lagi..hihi..punya lah pemalas. 


Kat London ni diorang panggil ikan ni 'King Fish'. Hari tu punya lah payah nak tanya kat tukang jual ikan tu, nak sebut tenggiri dia tak kenal, nak tunjuk rupanya tak nampak pulak kat mana dia letak ikannya. Last2, lepas 10 minit duk mundar-mandir depan kedai, baru lah teringat namanya. Orang kedai tu pun terus tunjuk ikan tenggiri yang belum di potong tu. Ha..yang tu lah kitorang nak beli hihi.....

Ok, jom tengok resipi. Resipi ni resipi kari ikan biasa2 je.



Kari Ikan Tenggiri


Bahan Binaan :-
3- 5 keping ikan tenggiri
2 tangkai daun kari **
4 biji bawang merah, hiris **
2 ulas bawang putih, hiris **
1 inci halia, hiris halus **
1 camca teh halba** 
2 sudu besar jus asam jawa atau 1 keping asam keping
1 cawan santan
2 1/2 camca besar rempah kari di bancuh dengan sedikit air
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
  

Cara Binaan :-
1. Cuci ikan tenggiri dan toskan.  
2. Tumis bahan-bahan bertanda * ke dalam periuk sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan terus menumis dengan api kecil hingga pecah minyak, kacau selalu.
3. Tuang air dan kacau rata. Bila mendidih masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Tambah kiub ikan bilis dan masak sekejap. Masukkan santan, jika kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Kacau perlahan dan biar mendidih
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
5. Boleh di hidang dengan nasi panas dan lauk2 lain.


Ok, jemput makan ya.





2 comments:

qist. said...

yay! sayang akak! dh lama sy nak makan ikan tenggiri. sy student kat coventry. selalu bukak blog akak tengok resepi.. hehe..

so, now, king fish = ikan tenggiri. orait! :D

Anna said...

Hihi..ur welcome dear.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC