Friday, February 3, 2012

Tutty Fruity Peach Pudding


Salam bersiaran lagi semua,

Hari ni ah kak free sikit sebab dah habis kelas untuk minggu ni. Since banyak masa free ni maka banyak ler benda yang nak di experimentkan tak gitew?? So experiment hari ni ialah buat puding buah2an segar ni. Actually resipi asal tengok kat blog Juwitafariz ni. Dia buat Strawberry Fruitti Crystal Pudding, tapi as usual telah ku ubah suai mengikut citarasa sendiri. Dah nama pun experiment kan.


Puding ni memang nampak menarik sebab bahagian atasnya ala2 kristal dan menampakkan susunan buah2an segar dan bahagian bawahnya ada puding. Actually kalau takde buah2 segar ni boleh je ganti ngan buah dalam tin, sebab kalau kat Malaysia kan sedia maklum je lah rege buah2 ni melampau2 mahalnya.

Ok, jom kita tengok resipi.


Bahan Binaan Lapisan Atas :-

4 g serbuk agar2 atau agar2 tali (Kalau pakai agar2 tali, rendam dulu selama 2 jam)
5 sudu besar gula pasir (ikut suka nak manis atau kurang)
350 ml ke 450 ml air

Bahan Lapisan Bawah :-

5 g serbuk agar2 atau agar2 tali
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1 tin buah peach (atau apa2 jenis buah) - buah peach tadi di blend
1/4 cawan tepung kastard


Cara Binaan Lapisan Bawah :

1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. Bila mendidih, tutup api dan angkat.
3. Susun buah2an dalam acuan agar2 yang telah dibasahkan sedikit, dan tapis adunan tadi ke dalam acuan agar2.
4. Sejukkan seketika.


Cara Binaan Lapisan Bawah:-

1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 larut.
2. Masukkan air buah peach dan buah peach yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan susu cair yang telah dicampur dengan tepung kastard dengan menggunankan penapis.
4. Kacau hingga adunan hampir pekat.
5. Bila dah masak, tuangkan ke atas lapisan atas tadi. Sebelum itu, lorekkan lapisan atas tadi dengan garfu supaya kedua2nya melekat.
6. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti ais.
7. Sesuai dimakan sejuk2.


Ok, dah pun siap. Mudah je kan. Actually lapisan bawah tu boleh je ikut mana2 resipi yang kita suka mengikut selera masing2.


Selamat mencuba.

2 comments:

AZLITA AZIZ said...

Salam anna
Baru pertama kali singah sini
Salam kenal dari ita
Menariknya puding ni
Nampak segar dan menyelerakan..
Boleh ye nanti ita cuba :-)

Anna said...

Tq Ita sebab sudi singgah. Selamat mencuba :)

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC