Sunday, May 29, 2011

Nasi Ayam Vogie De Vast

Salam semua,

Weekend kali ni tak busy macam selalu so dapatlah nak buat lunch yang vogie de vas sikit. Hee... tak de yang extraordinary pun tapi bagi mak2 yang sibuk kerja tak tentu hala macam aku ni, kira hujung minggu je lah dapat nak masak2 yang mengancam kolbu sikit. So hari ni dah plan nak masak nasi ayam. Walaupun kedai jual nasi ayam tak berapa jengkal je dari rumah tapi kalau buat sendiri kan lagi afdal. Cewah...ok, resepi ni semua hasil intipan dapur MADIHA dan ubah suai sikit ikut selera sendiri.


Nasi Ayam


Bahan Binaan:-

2 pot beras (Ikut keramaian rakyat jelata ya)
6 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras
sehelai daun pandan
secubit garam
2 ulas bwg putih*
1 biji bwg besar* Bahan2 bertanda * dikisar halus
1/2 inci halia*
sedikt planta untuk menumis
2 biji cengkih
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

Cara Binaan:-

 
1.
Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam dan daun pandan.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis bahan bahan2 blend dan adik beradik rempah ratus tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.


Ayam Madu Lada Hitam


Bahan Binaan :-

    * 1 ekor ayam (dipotong empat) - Pun ikut keramaian rakyat jelata.
    * 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
    * 1 inci halia (dikisar)
    * 3 ulas bawang putih (dikisar)
    * madu secukupnya
    * 2 sudu besar sos cili
    * 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
    * 1-2 sudu besar kicap pekat
    * garam secukup rasa
Cara Binaan:-
 

Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng atau di bakar hingga masak.  


* Lebihan bahan perapan simpan untuk di buat sambal kicap.



Sup

Bahan Binan :-

Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
1/2 inci halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga

garam
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara Binaan :-

 
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam secukup rasa.


Sambal cili
 

Bahan Binaan :-

5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara Binaan :-
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Sambal kicap
 

Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.


Ha..tu dia... jenuh jugaklah bersilat kat dapur sensorang. Tapi sebenarnya tak lah sesusah manapun. Dah siap pun satu hidangan. Jemput makan semua....:)

1 comments:

norlie said...

kompliknya hidangan ni bersama resepi dan gambar sekali

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC