Monday, May 23, 2011

Jangan Risau Tak Manis Punya

Ini adalah kek permintaan ibu mertuaku yang nak kek panas. Kek panas?? Ye lah dah tentu2 menantu sorang ni hantu buat kek so mak metua pun nak merasa kek yang panas2 baru kuar dari oven lah gitew. Memula hajat nak buat Sicilian Orange Cake sebab dah lama teringin nak makan kek oren tapi disebabkan kejadian yang tidak diingini telah berlaku, maka kek pun bertukar rupa. Resepi ambik kat dapur Rima Singapore.

Nama kek ni kalau di melayukan namanya Kek Susu Pekat Manis. Ha tu dia, mesti seram nak makan kan. Tapi jangan risau, kek ni tak lah semanis nama dia. Kalau tidak sure mak mertua aku dah reject punya. Kek ni macam kek buter tapi sangat gebus dan moist dan tersangat mudah pun nak buat.


Condensed Milk Pound Cake

Bahan Binaan:-
 
240 gram mentega berkualiti tinggi
240 gram tepung kek (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh baking powder
90 gram gula halus 
1 cawan susu pekat manis
4 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus



Cara Binaan :-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, satukan tepung gandum dan baking powder, gaul rata dan ayak. Campur garam halus dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga rata dan kembang, masukkan susu pekat manis dan putar rata. Tambah esen vanilla.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati dalam adunan.
  4. Bakar selama 50 minit atau hingga kuning keemasan. 

1 comments:

norlie said...

gebunya kek..

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC