Sunday, March 4, 2012

Serikaya Made In London


Salam semua,

Hari ni kita share resipi serikaya je ya. Kalau kat Malaysia, memang tak gaduh lah nak makan kaya ni. Tapi bila dah jadi perantau macam ah kak ni baru lah teringin nak makan itu, nak makan ini. Actually kat London ni ada je kedai yang jual kaya ni, memang import dari Malaysia pun, cuma kedainya tu kat central dan itu pun ikut nasib ler, kalau time pergi tu stok takde, alamatnya putih ler mata. Dah lah tak ada urusan lain pun kalau setakat nak membeli kaya kat central tu memanglah tak berbaloi.

Ada satu lagi kedai oriental yang jual kaya ni tapi brand Ayam, rasa dia tak lah sesedap Kaya Nona atau Kipas Udang. Bebudak kat rumah ni suka lah sangat makan kaya ni. Kat kedai oriental tu sebotol kecil dalam £3 +, lebih kurang RM15 sebotol kecil ler kiranya.

So, alternatifnya, kita godek2 ler resipi kat Internet ni dan memang dah rezeki jumpa resipi kat Blog Ijayuji @ Kurniaanmu.blogspot.com yang duduk kat Thailand. Dia pun susah gak nak dapatkan kaya ni, so kenalah buat sendiri.

Oklah, jom tengok resipi.



HOMEMADE KAYA

Bahan Binaan :-
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat (500gm)>>Kita gunakan 500ml santan pekat dlm tin :D
5 biji kuning telur
2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan 
  
Cara Binaan :-

1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Biarkan sejuk betul2.
3. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. 
4. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.



Ok, dah siap. Boleh lah buat banyak2 dan simpan dalam fridge. KAYA lah ah kak lepas ni, sebab tak payah beli KAYA lagi hihi...

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC