Friday, February 24, 2012

Karipap Biasa vs Karipap Pusing


Salam bersiaran,

Antara kuih muih tradisi yang menjadi pojaan hati adalah karipap, tapi ah kak suka karipap pusing berbanding karipap biasa. Mungkin kerana karipap pusing ni di buat menggunakan dua jenis adunan tepung yang menjadikan kulitnya tu rapuh dan bila kena dengan inti kentang dan keledek memang wallah. My mum pulak suka karipap biasa je sebab dia malas nak menguli 2 jenis adunan tu. Hihi..macam2 kan. 


Neway, semalam kitorang joint venture buat karipap ni. Ah kak as usual lah mesti nak karipap pusing, so jenuhlah jugak mencanai doh tu kan. Resipi karipap ni pun ada macam2 jenis tapi dah berapa kali buat karipap ni, ah kak guna resipi dari Fotopages Rinchan ni. Yang bagusnya dia ada tunjuk step by step cara nak menguli doh karipap pusing tu.

As for the karipap biasa punya doh tu my mum tak guna apa2 sukatan, biasalah orang lama ni pakai agak2 je.



Karipap Pusing

Bahan binaan :-

1. Doh minyak

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan. 

Cara binaan Doh :-

1. Bulat2kan 2 jenis doh tadi. Doh minyak lebih besar dari doh marjerin.
2. Masukkan doh marjerin ke dalam doh minyak dan balutkan.
3. Gumpal doh kemas2 dan gelekkan di atas papan pencanai.
4. Gulung doh tadi seperti menggulung swiss roll.
5. Gelek semula doh tadi secara memanjang.
6. Gulung semula seperti menggulung swiss roll.
7. Potong setebal 1 cm.
8. Canai doh yang telah dipotong tadi.
9. Letakkan inti secukupnya dan kelim karipap.

For a detailed step by step picture boleh tengok kat SINI.




Inti keledek :-

2 biji ubi keledek, dipotong kiub (I used 1 kentang & 1 keledek)
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk (I guna daging)
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

Cara binaan :-

1. Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelakkan tumisan hangus.
2. Masukkan udang / daging, tumis lagi dan masukkan kentang /keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek..
3. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
  




Karipap Biasa

Bahan binaan :

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara Binaan :-

1. Di dalam satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulat2kan doh dan canai nipis. Kelim kemas dan boleh di goreng atau disimpan (frozen). 





Ok, dah pun siap. Kalau ikut resipi ni boleh dapat dalam anggaran 25 -35 biji karipap ikut size masing2 lah ya. Selamat mencuba.

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC