Thursday, January 19, 2012

Sotong Sumbat Percik Cili Padi

Salam hari Khamis semua,

Hmm...hari ni rasa teringin lak nak makan sotong sumbat. Actually isi sotong tu boleh dipelbagaikan. Ada yang sumbat ngan pulut, ada yang sumbat ngan kentang, telur dan macam2 lagi lah. Kali ni kita sumbat dia ngan pulutlah.  Resipi ni kira resipi campak2 je, so semua bahan2 tu main agak2 je lah sebenarnya.

Bahan binaan :-

Bahan Sumbat


150 g beras pulut
200 ml santan (I buat 150 ml santan pekat dalam tin campur 50 ml air)
Sedikit garam

4-6 ekor sotong direbus dahulu.
1 biji tomato di potong dadu
1 sudu besar santan
1 kiub ikan bilis (optional)
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

5 cm halia
5 cm kunyit hidup
5 cm lengkuas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi (Nak lagi pedas, tambah lagi)
2 biji cili hijau
1 batang serai


Cara binaan :-

1. Kukus beras pulut dengan santan dan garam selama 1/2 jam atau sehingga masak. Sejukkan seketika.
2. Bersihkan sotong yang  telah direbus tadi dan sumbatkan pulut yang sudah masak tadi kedalam sotong hingga penuh dan cucuk lidi di hujung sotong tadi.
3. Panaskan  minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan tomato yang telah didadu dan kiub ikan bilis hingga naik bau.
4. Masukkan santan dan masak seketika.
5. Masukkan sotong tadi dan masak hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.


Hidangan ni agak agak pedas, so kalau nak kurang pedas, kurangkan cili padi atau boleh ganti tomato dengan asam keping atau air asam jawa.


Ok, dah siap...boleh dihidang dengan nasi panas2. Kalau nak makan macam tu je pun boleh jugak sebab inti sotong tu pulut, so memang agak mengenyangkan.

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC