Tuesday, February 15, 2011

Ni lah Rupanya

Pepagi tadi gigih aku buatkan bento anak aku. Bento ni kira bekal lah sebenarnya. Kat Jepun, kira popular habis lah Bento ni, bukan setakat untuk bebudak, mak bapak budak pun bawak Bento gi opis. Cuma kalau Bento Jepun ni mungkin ada nasi pulut yang pelbagai bentuk atau sushi lah. Since kita kat Mesia ni, tak de lah aku nak masak nasi pepagi buta semata2 nak buat macam2 bentuk tu.

Just nak recap benda yang aku beli kat Daiso semalam. Yang hijau macam rumput tu Baran atau food divider, tapi saje aku letak kat keliling bekal tu bagi meriah. Pagi ni rebus kan sosej, jaagung dan buah anggur je untuk Dalea.


 Yang kaler hijau bentuk love tu pun Baran jugak. Yang kaler hijau lagi satu tu bekas sos, aku letakkan mayonis.

Ni pulak, food pick yang bermacam jenis aku beli semalam tu. Menarik kan untuk budak2.

2 comments:

siti asiah said...

camne nak dapatkan bento anna ni..comel2 la..beli online kew??

Anna said...

Salam asiah, bento ni beli kat kedai rm5 daiso kat ioi mall.

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC