Sunday, February 13, 2011

Boleh Makan Ular Ke?

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Masa tu cakap omputeh pun tak berapa nak pandai lagi. So satu hari masa keluar jenjalan ngan pakcik aku, singgah lah kat kedai runcit ni. Kat luar kedai tu adalah signboard gambar Cikedis lah dan macam2 lah gambar jajan-jajan yang lain. Kat bawah gambar tu dia tulis "Turut Menjual Pelbagai Snek" (Lebih kurang cenggitu ler ayatnya). Aku pun tanya pakcik aku, "Kita boleh makan ular ke?, Cikedis tu kira ular ke?" Terkebil-kebil pakcik aku sekejap ngan soalan cepu gangsa aku tu. Biladia tengok signboard tu terus gelak guling2..ah..yang tu tipu sikit sebab tak guling2 lah..."Apa lah Ana ni, itu bukan ular, ular snake, yang ni snek (eja dalam bahasa melayu) kalau bahasa omputeh snack". "ohh..."..sambil tersenyum siput.


Tapi itu citer zaman dolu-dolu. Sekarang aku dah pandai dah cakap omputeh..he..he..
Dah lah tu, jom buat snack yang lazat ini.

Bahan:-
3 Keping Puff Pastry
1 Biji Telur
Sedikit Gula
Sedikit Almond Flake
Sedikit Choc Chip

Caranya:-

1. Pukul telur dan ketepikan;
2. Potong puff pastry menjadi 3 atau 4 dan susun atas loyang pembakar;
3. Sapu telur di atas puff pastry;
4. Taburkan gula, almond flake dan choc chip;
5. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 C

Hidangan ni sesuai untuk minum petang dan mesti bebudak suka punya lah.

0 comments:

 

Dapur Berasap © 2011 Designed by NC